"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 26, 2008

Utusan wajar saman Teresa

YAN 25 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, akhbar Utusan Malaysia wajar menyaman Teresa Kok berhubung kelantangannya menuduh akhbar itu memutarbelitkan kenyataannya pada 19 September lalu.



Menurut Mahdzir, Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu seharusnya membuat pertimbangan sebelum memberi sebarang kenyataan.



''Seharusnya sebagai ahli politik dia perlu ada kredibiliti untuk menilai apa jua makanan yang diberikan semasa dalam tahanan.



''Dia juga perlu bertanggungjawab ke atas kenyataan yang telah diberikan berhubung isu makanan yang dibangkitkannya tanpa perlu menuding jari kepada pihak lain terutama Utusan Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir di Pertubuhan Peladang Kawasan Guar Cempedak di sini hari ini.



Beliau mengulas desakan para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa Utusan Malaysia menyaman Teresa kerana membuat pelbagai tuduhan tidak benar terhadap akhbar itu.



-Utusan Malaysia Online



TP - Mana la berani Utusan nak saman Teresa Kok... ala... sebelum ni pun Utusan dah putar belit cerita Teresa dah... bukti? baca kat bawah ni ha... pasal isu kat bawah ni, Teresa nak Fail saman sebanyak RM30,000,000,00



Berani ke Utusan???


Klik pada gambar atau [sini] untuk visual lebih jelas

No comments: