"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, September 26, 2008

Samakan habuan seks sedekah, Ahli Majlis Perak disaran bertaubat

IPOH: Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China, disarankan supaya bertaubat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin, yang terkejut dan kesal dengan kenyataan itu berkata, sebagai orang Islam, Zul seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu secara terang telah memalukan umat Islam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau juga meminta ulama khususnya daripada Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah Zul.

"Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas mencari dalil dan alasan untuk menutup perkara berkenaan," katanya.

Zul, seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan itu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap orang tertentu yang kononnya telah memfitnah, menghina dan menganiaya beliau kerana mendakwa dia terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China itu.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria sebelum ini berkata bahawa kenyataan Zul itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama selain merupakan satu tindakan yang cukup bodoh jika kenyataan itu bertujuan mempertahankan diri daripada kesalahan yang telah dilakukan.

Zainol Fadzi, yang juga Ketua Pemuda Umno Perak, berkata pengakuan seorang lagi anggota PKR, Fairul Azrim Ismail, 30, bahawa dia (Fairul Azrim) telah mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita China juga membuktikan amalan rasuah telah berlaku dalam sebuah kerajaan (Pakatan Rakyat Perak) yang kononnya mengamalkan prinsip kebenaran dan ketelusan.

"Malah kepada Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anakanak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang dalam Islam," katanya.

Fairul Azrim pernah ditahan BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangun di Seri Iskandar dekat sini tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lalu.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua Exco Perak dari PKR, Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, serta bekas Adun Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, kini menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari depan di Mahkamah Sesyen di sini.

PKR Perak dijadual mengadakan satu sidang akhbar berhubung kontroversi kenyataan Zul dan pengakuan Fairul Azrim itu di sini pada 10 pagi esok.

-mSTAR Online

TP - PKR kene kaji balik kedudukan orang kurang akal macam ni dalam Majlis. kalau dah yang ada jawatan tunjuk contoh "pemikiran" kafir lakhnat (kafir lakhnat je yang anggap seks tu sebagai "sedekah") , apa la yang nak diharap?

Buat rosak anak bangsa je...

Khak Ptuih..!

3 comments:

Anonymous said...

dasar melayu lupa diri, dasar orang yg jahil dan fasiq. Sampai tak tau ka yang zina itu haram. Maksiat yang bleh memusnahkan. Apa bengong sangat. Buat malu umat islam saja. khhiiaq ptuih..

Buaya-Merah said...

hahaha..itu selamat BPR ada bukti gambar..kalu x de jgn harap la si laknat nie mngaku yer..bodoh yer anwar ibrahimmm..berani ape benda tu....

Anonymous said...

bagus2...sikit2 dah terkoyak..
hentam lg ulamak2..silakan2...