"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 15, 2008

Poster palsu Anwar ke Istana Negara

PKR menafikan menganjurkan perhimpunan di Istana Negara esok sempena menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "perdana menteri keenam" seperti poster-poster yang disebarkan di beberapa tempat di ibu kota.

false fake poster of anwar next pm sept 16 circulation 150908 04"PKR dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia tidak sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diuar-uarkan," kata setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim hari ini.

"Penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur."

Poster itu menyebut, antaranya, perhimpunan menyambut Anwar akan diadakan jam 10 pagi di situ.

Tambahnya, PKR juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang maklumat palsu yang "bertujuan untuk memburukkan pertalian yang baik antara PKR dan Raja-raja Melayu."

-malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Ni tentu kerja puak2 UMNO/BN..xpyh fikir panjang2 sah2 ni kerja dorang..Usaha ini untuk membuat kekecohan disamping akan adanya penahanan dibawah ISA lagi..Pastu kita boleh dengar jawapan "standard" dari Sheik Al-Botak..untuk menjaga ketenteraman awam..dah tahu dah....