SHAH ALAM, 15 Sept (Bernama) -- Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang penjelasan dari pihak pendakwaan mengenai misteri kelainan pada kunci rumah tertuduh kedua itu bagi membuktikan dia terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Kamarul Hisham berkata ketika mengemukakan hujah dua minggu lepas, pihak pendakwaan menyatakan ASP Zulkarnain Samsudin hanya ingat dia diserahkan tiga batang kunci dan persoalan yang ditimbulkan adalah kunci yang mana digunakan untuk membuka pintu rumah Sirul Azhar tanpa menjelaskan mengapa kunci itu tidak sepertimana yang diserahkan pada awalnya.
Katanya ACP Mastor Mohd Ariff dan Sarjan Rosli Ibrahim ketika perbicaraan telah memberitahu bahawa tiga batang kunci (yang digunakan Zulkarnain) bukanlah kunci rumah Sirul Azhar dan ia sepatutnya berupa segenggam kunci yang banyak.
"Pihak polis mungkin mempunyai satu lagi set kunci, tetapi siapa yang boleh menjelaskan perkara ini?. Kunci yang digunakan oleh Zulkarnain untuk membuka pintu rumah itu diterima dari Cif Inspektor Koh Fei Cheow tetapi Mastor yang menerima kunci itu dari Sirul Azhar telah mengesahkan bahawa ia (tiga batang kunci) bukan kunci rumah Sirul Azhar.
"Rosli juga menafikannya. Timbul banyak persoalan dan keraguan yang serius di manakah kunci asalnya," kata Kamarul Hisham yang berhujah kira-kira tiga jam di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin di Mahkamah Tinggi di sini.
Kes berprofil tinggi ini melibatkan Sirul Azhar, 36, dan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi hari berikutnya.
Abdul Razak Abdullah Baginda, 47, seorang penganalisa politik pula dituduh bersubahat dengan mereka.
Kamarul Hisham turut menghujah bahawa keterangan Zulkarnain dan Koh mengenai penjumpaan barang kemas Altantuya di dalam jaket Sirul Azhar juga amat meragukan dan pendakwaan tidak menjelaskannya dalam hujahan balas mereka.
Katanya pada perbicaraan lepas Koh menukar jawapannya sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai 'siapakah yang mengeluarkan jaket dari dalam almari' dan pada awalnya Koh menyatakan Zulkarnain yang melakukannya tetapi apabila ditanya kepada Zulkarnain, beliau menyatakan jaket dikeluarkan oleh Sirul Azhar.
"Zulkarnain ketika itu (perbicaraan) banyak menyatakan tidak ingat dan sekiranya tidak tahu siapa yang mengeluarkannya, apakah yang dikatakan penemuan?," katanya.
Beliau turut berhujah bahawa tiada sebarang pengakuan sukarela dibuat oleh anak guamnya dan pendakwaan juga tidak membuktikan sebarang rekod dicatatkan.
Mengenai catatan dalam buku rekod Zulkarnain (tentang barang kemas Altantuya yang didedahkan Sirul Azhar), Kamarul Hisham berhujah bahawa pendakwaan masih tidak menjelaskan tentang kekeliruan tiga waktu yang dicatatkan dan pihak polis sebenarnya telah ada pengetahuan mengenainya.
"Pihak polis hanya minta Sirul Azhar mengakuinya sahaja sedangkan dia tidak pernah membuat sebarang pendedahan," katanya.
Perbicaraan disambung esok.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, September 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment