"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 15, 2008

SURAT AKU KEPADA KAU

aku tahu di mana kau berada malam tadi
aku tahu di atas lampiran apa kau tidur
bilik itu pun aku tahu
tingkap kecil besi itu pun aku tahu

setiapa kali klik klik klik... bunyi itu pun aku tahu

apa yang kau makan aku pun tahu
jam berapa makanan itu sampai aku pun tahu

dimana tandas dan dan warna apa baju kau pakai aku pun tahu

( dalam perjalanan ini bang .... jauhnya bukan main – suara isteri kau menusuk ke telinga aku )

aku telah melihat tangisan seorang ayah di hadapan jeriji besi
aku telah melihat lelehan air mata seorang isteri yang suami nya entah dimana
aku telah melihat jeritan seorang anak yang ayahnya telah hilang pergi

bila matahari jatuh aku tahu kau mengira hari
aku tahu kau akan mencakar dinding tembok itu agar kau tahu hari begerak
aku pun tahu siang dan malam kau adalah sama

hari pun berjalan
aku pun tahu betapa lambatnya detik dan saat beralih
hari pun berjalan
aku pun tahu betapa hati kau dirusuk rindu
hari pun berjalan
aku pun tahu

( dalam perjalanan ini aku pun tahu masih ramai yang tidak tahu )

kepada mereka yang tidak aku
lalu aku ingin tahu

katakanlah kepada aku berapa banyak lagi kitab yang wajib aku tuliskan agar hati kau terbuka luas
katakanlah kepada aku berapa timbun jongkong emas yang perlu kau kumpulkan sebelum hati kau terbuka luas
katakanlah kepada aku berapa ratus jong di laut yang kau perlu sauhkan sebelum hati kau dapat menilai erti kemanusiaan
katakanlah kepada aku berapa banyak lagi kuasa yang kau perlukan sebelum hati kau berdetik untuk melihat
katakanlah kepada ku berapa mayat bergelimpangan yang kau perlukan sebelum kau dapat menjadi insan

bila kau tidur malam ini bayangkan malam yang tidak sudah-sudah
bila kau tidur malam ini bayangkan salji turun tidak berhenti-henti
bila kau tidur malam ini bayangkan tangisan seorang anak
bila kau tidur malam ini bayangkan seorang isteri sujud berdoa
bila kau tidur malam ini bayangkan sorang ibu sedang membakar lilin
bila kau tidur malam ini bayangkan seorang insan yang tidak boleh tidur

(bila kau membaca surat aku kapada kau
jika kau marah – delete lah surat aku ini –)

perjalanan ini masih panjang
tangisan itu masih ada
lilin itu masih terbakar
doa itu akan berterusan

salji itu akan mencair
ribut itu akan berhenti
malam itu akan membawa subuh
subuh akan membawa matahari

bila matahari sampai aku akan menghulurkan tanganku kepada kau
tanda setiakawan kita sesama manusia
kerana aku yakin kau juga adalah seperti aku juga
yang hidup dalam satu perjalanan

-Tukar Tiub

No comments: