"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, October 05, 2008

Esok UMNO Tanah Merah Mula Tangkap Hantu

TANAH MERAH: Masalah Umno bahagian Tanah Merah yang didakwa dicemari anggota "hantu" akan diselesaikan mulai esok apabila 115 cawangan di bahagian yang memulakan mesyuarat itu diminta mengemukakan cadangan sama ada mahu menolak atau sebaliknya keanggotaan individu terbabit.



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata sekiranya keanggotaan seseorang itu diterima oleh cawangan terlibat bermakna mesyuarat cawangan boleh diadakan mengikut jadual yang ditetapkan.



"Kalau cawangan merasakan tidak puas hati dengan ahli-ahli itu (ahli hantu?) dia boleh kemukakan kepada mesyuarat untuk menolak atau menerima," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.



Bahagian Tanah Merah menghadapi dilema berikutan dakwaan terdapat 3,000 orang anggota "hantu" yang tidak dikenali termasuk dari Sabah dan Sarawak.



Annuar berkata keputusan untuk menerima atau menolak seseorang anggota terletak pada cawangan itu sendiri bukannya ditentukan oleh bahagian atau Umno pusat.



"Kalau cawangan itu rasa boleh terima, ahli terbabit mesti diterima dan boleh mesyuarat sebagaimana ahli-ahli lain," katanya.



Beliau berkata dakwaan yang mengatakan terdapat anggota hantu di bahagian itu adalah tidak benar kerana keputusan sama ada seseorang itu anggota atau sebaliknya di sesuatu cawangan bergantung kepada cawangan terbabit.



Sehubungan dengan itu beliau menasihatkan semua pihak akur dengan arahan yang ditetapkan oleh perlembagaan parti dan tidak melakukan salah faham terhadap keanggotaan seseorang ahli.



Beliau turut meminta anggota supaya tidak melakukan perkara-perkara di luar batasan peraturan mesyuarat yang boleh menjejaskan perjalanan mesyuarat di cawangan terbabit.



"Badan Perhubungan Umno Kelantan akan memantau setiap mesyuarat yang diadakan nanti bagi memastikan perjalanan mesyuarat diadakan mengikut perlembagaan parti," katanya.

-mSTAR Online

TP - Buang masa... baik bubar terus... hantu hilang, parti hantu hilang, masalah terusss hilang...

Khak Ptuih..!

No comments: