"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, October 05, 2008

Hari Raya di Kelantan: Lebuhraya empat lorong diperlukan

Catatan I

Boring! Boring! Boring! Kenapa tak boringnya. Semasa menghantar anak ke MRSM Kuala Krai mengambil masa 4 jam dari 1.30 petang hingga 5.45 petang dari Wakaf Bharu ke MRSM Kuala Krai (balik semula ke Wakaf Baru memakan masa dua jam) yang kebiasaannya hanya mengambil masa tiga jam pergi dan balik sejauh 80 km itu.

Kereta yang begitu banyak diatas jalanraya bermula dari Pekan Ketereh lagi sehinggalah ke Kuala Krai, ‘jem’ ‘jem’ ‘jem’. Begitulah keadaan kenderaan rakyat Kelantan hari ini (4 Syawal 1429/ 4 Oktober 2008) yang akan mula pulang ke tempat kerja masing-masing.

Dalam perjalanan, seorang kawan yang pulang ke KL menelefon, “aku dah tiga jam dari KB Ke Machang, tiga jam lagi nak sampai ke Kuala Krai, nampaknya tak jadi pulang ke KL, kena patah balik”, letih! letih!

Begitulah suasana rakyat Kelantan pulang berhari raya. Ada setengahnya bukan setakat pulang berhari tetapi mengambil peluang mengadakan walimatul urus, kenduri-kendara dan sebagainya.

Sudah sampai masanya kerajaan persekutuan membina jalanraya atau lebuhraya empat lorong dari Gua Musang ke Kota Bharu. Dengan pembinaan lebuhraya empat lorong dapat memberi peluang projek jutaan ringgit kepada kontraktor-kontraktor dan sekaligus menjana ekonomi masyarakat sekitar lebuhraya. Difahamkan jalanraya yang menghubungkan Gua Musang-Kota Bharu merupakan Jalan Persekutuan.

Catatan II


Semasa dalam perjalanan, kami buka radio Kelantan fm. Disamping maklumat disampaikan oleh DJ didendangkan juga lagu-lagu dikir barat sebagai menghibur halwa telinga diselang seli dengan ucapan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim dan Pengarah JPJ kelantan, Encik Andul Ghani Kassim menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada rakyat Kelantan perantauan disamping memberi peringatan supaya berhati-hati di jalanraya. Tetapi tiada kedengaran pula Ucapan Menteri Besar Kelantan, sepatutnya disiarkan juga ucapan Tok Guru tapi itulah radio Kelantan fm hak milik Kementerian Penerangan.

Tetapi dalam banyak pemanggil Kelantan fm (Kak We), ada seorang pemanggil yang menarik minat saya semasa memandu adalah seorang ibu dari Johor yang bersuamikan orang Kelantan setelah ditanya oleh DJ Kak We mengenai suasana berhari raya di Kelantan, Ibu tersebut berkata suasana di Kelantan berbeza dengan kampongnya di Johor dengan suasana ‘ziarah menziarahi’ keluarga, sahabat handai sehinggakan tiga anaknya tidak mahu balik ke Johor lagi.

Baginya ziarah menziarah di hari raya teramat meriah berbanding dengan suasana berhari raya di kampongnya di Johor.

Apa tak seronoknya, bagi kanak-kanak, setiap kali menziarahi keluarga, jiran atau keluarga sahabat handai, anak-anak memperolehi ‘duit raya’ paling kurang RM1 seorang.

Semasa hari raya di Kelantan, kanak-kanak adalah orang yang paling gembira kerana dapat mengumpul wang beratus-ratus ringgit. Mana ada suasana ini di negeri lain.

-jiwo kelate

No comments: