"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, October 05, 2008

Harga barang keperluan di KL naik mendadak

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Harga beberapa barangan keperluan di sini dikesan naik mendadak sejak sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri sehingga hujung minggu hari ini.



Tinjauan Mingguan Malaysia di Pasar Pudu di sini hari ini mendapati antara barangan keperluan yang mengalami kenaikan harga ialah cili hijau dijual RM10 sekilogram (harga asal RM7), daging RM17 (RM15), ayam RM7.50 (harga siling RM7), ikan kembung RM10 (RM8), kacang panjang RM5 (daripada RM3) dan cili kering RM10.50 (harga asal RM6).



Seorang suri rumah, Asmah Abdul Majid, 44, berkata, belanja untuk barang keperluan rumahnya semakin meningkat sejak kerajaan menaikkan harga minyak Jun lalu.



"Kalau dahulu, kita boleh beli sayur-sayuran, ikan dan barangan keperluan lain cukup untuk seminggu hanya dengan belanja RM100, tetapi kini ia berlainan sekali. Semuanya perlu perancangan teliti," ujarnya.



Pendapat itu turut disokong oleh seorang lagi suri rumah, Faridah Mohd. Jaafar, 46, yang mengatakan kenaikan itu turut melibatkan minyak masak, telur, daging lembu import dan ikan bilis.



"Saya berharap kerajaan mempunyai cara untuk membantu rakyat mendapatkan kembali harga barangan yang berpatutan," ujarnya.



TP - Aku pulak berharap agar urusan pertukaran kerajaan dipercepatkan sebab yang pastinya KERAjaan yang ada sekarang memang tak mampu nak buat apa-apa pun...



Yang pastinya KERAjaan sekarang akan "memberi alasan" harga barangan terpaksa dinaikkan kerana bla bla bla manakala pengguna pula akan dinasihatkan supaya "berbelanja dengan bijak"... ala... banyak tahun dah depa dok pakai taktik yang sama...



ni semua bengong-bengong belaka nih...



Khak Ptuih..!

No comments: