"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, October 05, 2008

Isu Pahang: "Contempt Of Court", Adnan Yaakob Bakal Dipanggil Ke Mahkamah !!

Terbaru maklumat yang diterima, MB Pahang Dato' Nan dikatakan bakal dipanggil ke mahkamah pada 14 Oktober 2008 ini. Tindakan ini adalah berkaitan dengan isu "Saman RM60 Juta" yang dibuat oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn.Bhd (SGM. Adalah difahamkan MB Pahang itu bukan sahaja didapati "gagal" untuk membuat bayaran berkenaan malahan juga te;ah "menghina" mahkamah atas keputusan yang dibuat itu. Beliau tidak serius dan menganggap perkara yang telah diputuskan oleh mahkamah itu sekadar "main-main". Inilah dia mentaliti MB Pahang, Adnan Yaakob yang cukup dikenali sebagai "MB Samseng" itu. Susulan daripada keengganan belia mengambil berat perkara ini, maka pihak SGM telah mendapat perintah mahkamah untuk membawa MB Pahang itu ke mahkamah atas "contempt of court" iaitu keengganan membayar RM60 juta itu.

Tindakan membawa Adnan ke mahkamah adalah langkah terakhir untuk mengajar MB Pahang itu tentang undang-undang di Malaysia. Selama ini beliau menganggap bahawa perkara ini sekadar "membuang masa" beliau sahaja, dan beliau langsung tidak mahu mencari jalan untuk berbincang atau pun membuat bayaran secara beransur-ansur. Maka kini setelah jumlahnya mencecah sehinggan RM60 juta, beliau barulah sedar akan kesilapannya itu agaknya. Namun, jalan yang dicari untuk menggunakan duit kerajaan negeri bagi membayar saman tersebut sudah pasti menemui jalan buntu. Ini kerana kantung kerajaan negeri juga sudah semakin "sontok" sekarang ini. Mana mungkin beliau ingin mengambil wang rakyat untuk itu.

Adnan harus bertanggungjawab, kes pembalakan itu adalah membabitkan UMNO dan bukannya kerajaan negeri. Maka UMNO Pahang perlu melunaskan bayaran tersebut. Adnan dan kerajaan negeri hanya disabitkan kerana kapisiti beliau sebagai MB Pahang yang campurtangan atas urusan berkaitan. Adnan yang bertanggungjawab mengarahkan Pengarah Perhutanan Pahang untuk tidak mengeluarkan lesen yang dijanjikan kepada syarikat berkenaan. Lantaran itulah Adnan dipersalahkan, kerana engkar dengan perjanjian yang telah dibuat antara UMNO dan SGM. Harus diingat bahawa Adnan juga adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang. Maka itulah kes ini jadi bersabit antara kerajaan negeri dan parti UMNO. UMNO yang lakukan kesalahan, kerajaan negeri dikenakan tindakan saman. Sungguh bijak Adnan mentadbir negeri Pahang ini. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua akhirnya.

Maka sekarang, Adnan tidak boleh lari lagi dari kenyataan. Saman sudah dikeluarkan. Apa cara sekalipun beliau perlu mengarahkan UMNO Pahang membayar saman berkenaan. Tindakan menggunakan duit kerajaan negeri, pasti bakal mengundang padah yang lebih besar. Ini kerana, rakyat Pahang tidak boleh dipertanggungjawab atas segala bebanan yang dibuat oleh UMNO. Beliau harus mencari jalan lain bagi menggelakkan perkara yang lebih buruk berlaku, termasuk tindakan menyita harta-harta kerajaan negeri. Apakah beliau mahu ini terjadi atau membuat tindakan membayar saman berkenaan. Apapun, 14 Oktober ini Adnan perlu hadir ke mahkamah. Jika beliau gagal berbuat demikian pasti tindakan "waran tangkap" atau "sapina" akan dikeluarkan. Sungguh malang nasib rakyat Pahang mempunyai Menteri Besar seperti Adnan Yaakob ini. Semoga masa depan beliau untuk terus menerajui negeri ini akan terus "malap" dengan segala apa yang berlaku ini. Perubahan pasti akan berlaku jua akhirnya.

[Adnan mencipta sejarah sebagai MB Paling gagal mentadbir sesebuah kerajaan negeri. Beliau bukan sahaja gagal membendung "kes kecurian balak" yang menyebabkan negeri Pahang mengalami kerugian jutaan ringgit. Malahan kini, beliau juga berhadapan dengan tindakan saman kes "Balak" akibat penipuan perjanjian yang telah dibuat oleh beliau sendiri].

No comments: