"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 01, 2008

Kakitangan kerajaan minta rasuah RM5,000 ditahan

KUCHING 30 Sept. - Seorang pegawai kerajaan negeri yang bertugas di Pejabat Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurus Sumber ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini kerana disyaki meminta wang rasuah RM5,000 untuk pencepatkan pemohonan kelulusan pelan projek.



Pengarah BPR Sarawak, Mohd. Yusoff Akope berkata, Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Desa gred J 29 itu, ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di pejabat pengadu di Taman Heritage di sini.



Pegawai berumur 33 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, katanya.



Pada Sabtu lepas, BPR turut menahan dua pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersil Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kuching kerana disyaki meminta dan menerima suapan daripada seorang pengedar cakera padat video (VCD) cetak rompak.



Kedua-dua pegawai berpangkat Inspektor Percubaan yang berusia 25 dan 28 tahun itu ditahan pada pukul 3.40 petang di Pejabat JSJ Komersil Kuching, di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini.

No comments: