"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 29, 2008

Kronologi beli Eurocopter

18 Julai 2007 - Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri.(masa ni UMNO/BN dah "sakit" sebab 5 negeri kaya jatuh ketangan Pakatan Rakyat...maka dengan itu KERAjaan memutuskan untuk "membuat perolehan bagi menggantikan pesawat nuri" dengan harapan dapat mencilok sedikit wang yang bakal digunakan untuk pembelian tersebut.)

3 September 2008 -
Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS). Kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.(Mat Najib yang berselindung disebalik "kementerian pertahanan" menerima keputusan persetujuan Pak lah yag berselindung disebalik "kementerian kewangan" didalam menjayakan rancangan "cilok sebelum berundur" ini...pengarahnya mungkin jugak geng-geng tingkat 4...Pak Lah reti berfikir ka?mungkin tidak...)

26 September 2008 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi menggantikan penggunaan Nuri.(gerombolan ini berjaya dalam rancangan awalnya...masa ni depa pakat-pakat dok kire dah berpae tingkat 4 nak bagi kemisen masing-masing...)

13 Oktober 2008 - Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli kumpulan pertama lapan hingga 10 helikopter keluaran Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri secara berperingkat.(Panglima ATM yang tak tau apa-apa dipergunakan "kunun" untuk menutup rancangan depa)

13 Oktober 2008 - Ketua Pembangkang membangkitkan isu pembelian Eurocopter di Dewan Rakyat, didakwa dibeli dengan harga yang begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.(kantoi...depa ingat geng-geng Pakatan Rakyat tak de akses maklumat berkenaan eurocopter...depa ingat geng-geng Pakatan Rakyat ni lembab macam pencacai-pencacai UMNO...depa jugak lupa nak cover rege item yang sama yang negara lain beli dari eurocopter sebab depa bodo...)

19 Oktober 2008 - Kabinet bersetuju pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri yang dipertikaikan pihak tertentu diperhalusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).(oleh kerana dah terkantoi, maka langkah untuk meng"cover" balik hal-hal yang dah terdedah terpaksa dilakukan...kabinet bersetuju sebab nak tunjuk ketelusan...cit podah..!)

19 Oktober 2008 - Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kewajaran Kementerian Pertahanan dalam pembelian Eurocopter EC725, sambil menegaskan tidak ada sebarang penyelewengan dalam urusan dengan syarikat pembekal.(Mat Najib Monggol masih nak cover...dia ingat lepas dapat cover kes Atlantuya, yang ni pun dia dapat cover jugak tapi dia lupa sebelum ni dia dah terkantoi dalam kes budak pejabat yang kene liwat...mula-mula habaq tak kenal, pas tu bila kantoi, tergagap-gagap macam budak kene paku karat...sikit lagi nak kancing gigi masa kena soal dekat wartawan...belit, jangan tak belit Najib...)

20 Oktober 2008 - Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.(gedegang...Mat Najib dan jugak Pak Lah dan jugak geng-geng tingkat 4 dah gegar sikit-sikit...tak pe...bertahan...)

24 Oktober 2008 - Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter.(BPR pulak masuk campur...mampuih...masa ni Mat Najib dah terkedu...Pak Lah langsung hilang...mungkin Pak Lah masih menunggu "Ilham"..."Ilham"???bodo betul Pi Em nih...eh...Pi Em tak bodo...Pi Em jugak yang rilek sebab jawatan menteri kewangan dah passing dekat Najib...bakal Pi Em ni la yang bodo...jadik punching bag Pak Lah la mamat monggol nih...kah kah kah kah kah...)

28 Oktober 2008 - Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.(oleh kerana pembelian telah ditangguhkan, maka segala hasil siasatan BPR dipercayai tidak akan dibentangkan walaupun terdapat penyelewengan...hangpa tak percaya ke? alasan BPR lepas ni ialah... tidak berlaku urus niaga, maka tiada kes...)

Percaya ka tak percaya???

3 comments:

Anonymous said...

mana pegi keris warisan...mana pegi k.i.t (kami ikut Tajol)...mana pegi pejuang melayu...mana pegi sukj...nyorok ke? sama macam depa punya menteri main nyorok2...komisyen belum dapat ke? tak apalah banyak lagi benda lain yang boleh dikaut... duit Tabung Haji ke? duit zakat ke? duit KWSP tak boleh dah kering...duit royalti negeri Terengganu ke...banyak tu...buatlah apa2 projek kat Terengganu guna duit tu...buat tugu UMNO ke, buat jeti Scorpene ke...banyak faedah tu untuk rakyatTerengganu??? Lingkup!Lingkup!

Anonymous said...

mana hishamudin ni. aku nak pinjam keris dia tu buat rodok perut pi em dgn bakal pi em tu. biar terburai urat perut. perjuangkan melayu kunun. masuk kocek sendir ada la

duit rakyat pun depa nak gelapkan jugak. semoga ditunjukkan kebenaran satu hari nanti.

mugen said...

artikel nie mungkin bole memperjelaskan masalah ini...

http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/04/analisis-ec725-cougar-gerenti-dibeli.html