"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, October 29, 2008

Pengusaha Stesen Minyak Terpaksa Bayar Wang Perlindungan

Aku tak pasti benda ni dah berlaku berapa lama tapi aku cukup yakin ianya dah berlaku sekian lama.nak salahkan pihak mana pun kita tak tau.agaknya sebab tersepit, tak berani nak buat laporan pada pihak yang sepatutnya, maklumlah benda macam ni selalunya berkait rapat dengan keselamatan keluarga.

Apa yang aku nak sembang dalam entri ni ialah satu cerita yang masih berlaku dalam beberapa individu diluar jangkaan kita tapi tak ramai yang tahu perkara macam ni.

Kalau tahu pun, mungkin agak terbatas kalau nak bantu.kalau berani sikit, mungkin bakal berlubang kepala otak sendiri tak pun kelapa otak mana-mana ahli keluarga.

Bulan lepas aku ronda-ronda dekat salah satu bandaraya sekitar ibukota.singgah isi minyak kereta.masa aku masuk dalam kiosk untuk buat pembayaran dekat kaunter stesen minyak, kebetulan ada 2-3 orang manusia yang pada pandangan aku tengah "enjoy" mengangkut apa saja bahan jualan yang sempat depa capai dalam kiosk tu.

Penuh sepemeluk hasil "enjoy" sakan depa aku tengok...dah penuh sepemeluk sorang, depa blah gitu je.tak bayaq pun... hari keluarga ke?

Aku rasa pelik... mula aku buat bodoh... lepas aku isi minyak aku tengok sorang attendant pam minyak dok lenggang dekat pam sebelah... aku panggil mamat tu, pastu aku tanya.

Sape budak-budak yang enjoy kat dalam tadi?mamat tu tengok kiri kanan pas tu dengan suara yang cukup perlahan dia habaq dekat aku - tu budak-budak "Boss" kawasan ni... budak tu habaq, tauke stesen tu kena bayaq wang perlindingan tiap-tiap bulan dekat "Bos" kawasan ni...

Betul ka aku tanya?... budak tu habaq kalau tak percaya hang sisat la sendiri...

La... terkejut jugak aku dengar... aku malas nak tanya banyak... dah tau dah... kalau report, sah kena dekat family... kalau tak report... duit habis tiap-tiap bulan... mau tak mau, baik la abis duit daripada hilang nyawa.

Tu baru 1 stesen minyak...

Hangpa agak berapa banyak lagi stesen minyak atau premis perniagaan yang dok bayaq duit perlindungan dalam negeri Selangor je?

Dalam hal ni sape yang salah?

Orang yang kene ugut salah sebab tak buat report?kalau report kang anak beranak kena apa-apa sapa nak tanggung?

Kalau report ada jaminan keselamatan untuk keluarga ka?

Kalau report agak-agak polis dapat selesai ke kes?

Hangpa rasa ungkapan Malaysia "Selamat, Aman dan Makmur" tu seswai ka tak seswai untuk kita pakai???

5 comments:

Unknown said...

Nampaknya pihak berWAJIB kena ambil tindakan segera perkara begini...jangan terlibat pulak..Biarlah mengharapkan pagar, pagar tetap jaga padi ..bukan sebaliknya..Sebelum melarat menjadi satu trend.. ala mafia lak..

azreen said...

transaprency konon, negeri berkebajikan, aman..mane pegi semua janji2 PR..sibuk duk berpolitik tanggungjawab kepada rakyat entah kemana..

Anonymous said...

yang sepatutnya jaga keselamatan pun dok kutip bulan2 kat penyangak2.. lu pikir ler sindrik..

pemanduteksi said...

biasalah...
Malaysia ni negara yang SELAMAT AMAN MAKMUR.. apa nak kisahkan..!!!
negara syurga bagi segala gengster..!!!

Edyes said...

Pulis kat Msia nie bab tangkap Anwar Ibrahim, bab angkut komputer riba blogger depa terror lah...

sampai la nie tak jumpa lagi sharlini...