KUALA LUMPUR - Sesiapa yang tidak menjadi pengikut Ajaran MLM kesemuanya dianggap kafir termasuk ibu bapa dan adik- beradik sendiri.
Tidak cukup dengan itu, sesiapa yang tidak menjadi pengikut mereka juga tidak layak meraikan Hari Raya dan menganggap korban haiwan ternakan sempena Hari Raya Korban sesuatu yang sia-sia.
Itu antara yang diajar oleh pentilawah (penceramah) Ajaran MLM seperti didakwa bekas pengikutnya, Remy, 20-an.
"Menurut mereka, daripada menyembelih korban baik wang itu disumbang untuk dana pembentukan kerajaan Islam yang baru,'' ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya lagi, selain itu, para pengikut juga diminta mengganggap setiap pentilawah sebagai nabi dan jangan sesekali mengingkari arahannya.
"Sememangnya pentilawah memang petah berkata-kata dan bijak memanipulasi tafsiran ayat al-Quran jika ada perkara yang kami bantah.
"Sebagai umat Islam, sudah pastinya apabila disebut tentang apa juga yang terdapat dalam al-Quran, pastinya tiada apa yang boleh dipersoalkan," akui Remy.
Menurutnya, pentilawah ajaran sesat itu biasanya menyalahgunakan maksud ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai senjata 'meracuni' fikiran ahli-ahlinya.
"Sebagai contoh, kerajaan Islam tulen yang hendak dibina oleh 'Ajaran MLM' pada 2015 juga akan dikaitkan sebab perlu adanya kerajaan itu dengan petikan ayat al-Quran begitu juga perlunya 'berhijrah' ke sana," katanya.
Sebelum ini, Kosmo! mendedahkan Ajaran MLM mewajibkan pelaburan sejumlah wang bagi membayar yuran kelas tilawah serta bayaran bagi beberapa siri perjumpaan seperti Aqabah juga diyakinkan dengan tafsiran al-Quran.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Apa itu ajaran MLM? Berapa ramai pengikutnya? Kalau dah sesat pihak berkuasa agama dok buat apa?
Post a Comment