ANGKA RM5 juta hanya untuk pembinaan padang sintetik kedua Stadium Hoki Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menimbulkan keraguan di sebalik kewujudan stadium utama menelan kos RM17 juta menjelang Piala Dunia Remaja 2009, Jun depan.
Berdasarkan maklumat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), stadium hoki di Taman Bukit Serindit, yang dibina mengikut spesifikasi tidak jauh berbeza dengan padang MBJB - hanya menelan kos RM6.3 juta.
Sumber dari lembaga pengarah MBMB berkata stadium itu dilengkapi 2,000 tempat duduk grandstand padang utama, yang dibina berbumbung selain baki 200 kerusi di padang kedua.
“Berdasarkan kontrak kerja pembinaan pada 1998, rumput tiruan padang utama akan ditukar selepas selesai kerja-kerja pemasangan rumput sintetik padang kedua. Ketika ini, sistem perparitan padang kedua baru siap dibina dan menanti pemasangan rumput tiruan.
“Semuanya termasuk dalam kontrak RM6.3 juta dan projek ini dijangka siap sepenuhnya, Februari 2009,” katanya.Pendedahan itu ternyata bercanggah dengan nilai tambahan RM5 juta seperti dinyatakan Presiden Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika melawat Stadium Hoki MBJB, Isnin lalu - hanya untuk membina padang kedua.
Malah, kos itu jauh berbeza dengan nilai pembinaan padang sintetik dikemukakan dua badan negeri, Persatuan Hoki Negeri Melaka (PHNM) dan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL).
Jelas Presiden PHNM, Nur Azmi Ahmad: “Mengikut nilai padang spesifikasi tinggi, saya fikir ianya sekitar RM1.5 juta. Saya tidak tahu jumlah yang diperlukan Persatuan Hoki Johor kerana kami akan mengadakan perbincangan bagi menilai kembali harga dikemukakan.”
Anggaran itu dipersetujui Setiausaha PHKL, V Rajamanikam, yang menganggap kos terbabit mencakupi keseluruhan pembinaan padang termasuk sistem perparitan dan pemasangan rumput sintetik.
“Tapi, andai mahu menukar rumput saja, nilainya sekitar RM800,000. Jumlah antara RM1.5-1.6 juta pula diperlukan untuk membangunkan padang di atas tapak kosong,” katanya.
Tiada gunanya mempertikai nilai RM17 juta yang sudah dibelanjakan - mungkin atas tiket spesifikasi kelas dunia kerana nilai RM5 juta itu masih boleh dikurangkan - atau lebih tepat, diselamatkan.
Apapun, tindakan pantas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Majlis Sukan Negara menetapkan pertemuan dengan PHM, satu langkah bijak bagi mengenalpasti ‘kos sampingan yang boleh dipotong dari senarai barangan keperluan'.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
5 juta..nak sub keja amik 10-12%..mana nak untung..skrg kontaktor mat2 umno..sibuk la tue..dpt projek..bagik sub jer semua..dapat duit "atas angin"..5 juta..tolak percent 10%..untung sikit jer..mmg tak cukup brader..kah kah kah..
Post a Comment