KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Walaupun berdepan dengan keengganan pihak polis dalam memberikan permit dan berisiko menghadapi tindakan, namun Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap komited untuk meneruskan program yang telah dirancang.
Selain itu, prosedur untuk menganjurkan perhimpunan telah dibuat dengan baik dan sewajarnya program yang bertujuan baik tidak wajar dihalang.
Demikian pandangan dan ketegasan yang diutarakan oleh Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh apabila diminta untuk mengulas mengenai keengganan pihak polis dalam mengeluarkan permit bagi program 'Pelancaran Kempen Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)' Ahad ini (esok).
Menurut Syed Ibrahim, pihaknya kesal kerana telah membuat permohonan dengan baik untuk mendapatkan permit bagi program tersebut.
"Kita akan teruskan (program tersebut). Permit ini untuk maklumkan sahaja. Polis tidak patut halang," katanya semasa dihubungi lewat petang semalam.
Menurut Syed Ibrahim alasan pihak polis bahawa program mereka akan menganggu ketenteraman awam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas tidak boleh diterima.
Ini disebabkan,katanya, pihak GMI telah meminta bantuan penganjur bersama program berkenaan iaitu Pemuda PAS untuk membantu dengan menggunakan Unit Amal bagi mengawal kedua-dua situasi tersebut.
Katanya lagi, Pemuda PAS sebagai penganjur bersamanya, akan mengerahkan pasukan Unit Amal mereka bagi memastikan perhimpunan berlangsung dengan aman dan tiada kesesakan lalu lintas.
"Kita minta kerjasama polis. Ia akan jadi perhimpunan yang baik dan aman," katanya.
Majlis tersebut dijangkakan akan dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan melancarkan kempen tersebut di Dataran MPAJ, Pandan Indah pada jam 9 malam esok.
Kempen anjuran GMI bersama parti-parti pembangkang itu adalah bagi mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA yang merupakan antara tinggalan zaman penjajahan British lalu.
Selain Anwar, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang dijangka hadir dalam majlis berkenaan beserta pimpinan pelbagai peringkat dalam parti pembangkang dan NGO-NGO.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
isa adalah bagi menjaga keselamatan negara dan terpakai terhadap semua orang. Dalam hal ini, orang politikpun tidak boleh dikecualikan kerana acapkali merekalah yang menghuru-harakan keadaan. Perlu faham falsafah bahawa negara tidak menjawab kepada orang politik, sebaliknya orang politiklah dikehendaki menjawab kepada negara bahawa tindak tanduk mereka tidak mengancam keselamatan negara. Sememangnya ISA adalah undang2 sah yang berkesan mengekang apa jua tindakan covert atau overt terhadap keselamatan negara. Maka mana-mana orang yang “corner baring” menghuruharakan keadaan, ISA (bukannya mahkamah) adalah sebaik-baik kaedah mengekang perbuatan mereka. Perlu faham juga bahawa ISA adalah Undang2 Tuanku bukan UMNOpunya, maka orang politik tak kira UMNO atau pembangkang sama-sama terikat dengan ISA – maka jangan ada sesiapa, ada mana-mana golongan nak “corner baring”, kesudahannya jatuh terbaring. Perlu faham bahawa fahaman sosialisme, republik dan komunisme sebenarnya bertentangan dengan konsep raja berpelembagaan yang diamalkan diMalaysia.
Apa yang saya nampak, pemansuhan ISA yang diwawarkan lebih bersifat kepentingan politik bukannya bersifat kepentingan negara. Yang perlu dipertekankan sepatutnya adalah keharmonian, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan. Masaalah rumah2 terbengkalai dan pemaju-pemaju yang banyak melakukan penipuan terhadap pembeli2 – apakah mahkamah dan kerajaan telah dapat membendung penyangak-penyangak tersebut dengan Akta Perumahan? Kanun Keseksaan ataupun Undang2 Rasuah? Ini baru hal kesejahteraan rakyat belum lagi keselamatan negara!
Orang-orang yang menyalahgunakan ISA yang perlu diambil tindakan bukannya undang2 itu. Dan mereka-mereka yang tidak menggunakan ISA dalam keadaan sepatutnya juga sebenarnya telah juga bertindak mengancam keselamatan negara dan perlu diambil tindakan. Apakah kerana kemalangan jalanraya yang membabitkan kenderaan, maka dihapuskan kenderaan dijalanraya atau pemandunya diambil tindakan kerana cuai atau memandu dengan melulu?
Ramai tentera dan polis perisik mati tanpa anak-isterinya dibela dalam usaha mereka merisik demi keselamatan negara. Perbuatan-perbuatan underworld, mafia dan kumpulan gelap yang melacurkan perempuan-perempuan, pengedaran dadah, peras ugut, ahlong dan perbuatan maksiat-maksiat yang lain, pengganas-pengganas yang kita ketahui dan tidak diketahui, apakah kamu bersedia menjadi saksi terhadap mereka itu dimahkamah? Apakah kamu bersedia menjadi perisik (dengan berpura-pura menjadi kawan baik mereka) terhadap perbuatan penyangak2 tersebut? Mereka-mereka berjuang dan bergadai nyawa dengan penyangak-penyangak agar rakyat dapat hidup dan tidur dengan aman dan damai. Apakah mekanisme dan cara negara merisik tindakan overt dan covert musuhnya perlu didedahkan? Dalam rumahtangga pun ada rahsia, dalam perniagaan pun ada rahsia, dalam jabatan dan kulliyah pun ada rahsia, inikan pula negara.
Fikir masak2 dan jangan terlalu mengikut perasaan.
Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Post a Comment