Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui bahawa keputusan pilihan raya lepas sebagai satu pengajaran yang perlu diambil iktibar oleh Barisan Nasional (BN) berkata, parti pemerintah itu akan mengatur pelbagai langkah baru dalam usaha membaiki keadaan politik dalam negara.
Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata ia merupakan satu petanda bahawa BN perlu melakukan perubahan kearah kebaikan.
"Kami perlu mulakan satu usaha bagi menjadikan keadaan lebih baik, bagi menangani beberapa kebimbangan, bagi meringankan masalah yang dihadapi setiap komuniti, dan diharapkan dengan langkah-langkah baru ini kami akan dapat membuat pembaharuan dan keadaan akan menjadi bertambah baik, secara politik," katanya.
Bercakap semasa ditemuramah oleh saluran berita BBC yang disiarkan Jumaat malam, Najib berkata walaupun BN tidak memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya lepas, sebagaimana yang diperolehinya pada pilihan raya sebelumnya, ia masih sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
"Memang kami tidak dapat menampilkan prestasi yang baik pada pilihan raya lepas, tapi kami memiliki majoriti, majoriti yang cukup," katanya.
"Keputusan itu menunjukkan bahawa demokrasi tetap subur di Malaysia," katanya.
TP - Ceh... berubah? perubahan macam mana agaknya ya Bijan? Kalau Bijan masih bakal Pi Em. maknanya sampai hari ni perubahan tu cuma retorik.
Perubahan bagi UMNO/BN cuma dongengan, macam cerita pak kaduk, macam cerita mat jenin, macam satira filem lama...
Maknanya apa yang ada dalam UMNO/BN semuanya satira, lakonan penyedap selera penonton... hakikatnya semua tu lakonan... tak de perubahan... 50 tahun beb... 50 tahun... kalau depa nak berubah, dah lama dah depa ubah... i'm sick..!
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment