"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, November 29, 2008

Banjir semakin pulih

Keadaan banjir di beberapa tempat di Pahang hari ini semakin pulih apabila hanya 29 daripada 90 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Bagaimanapun, banjir di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai di Terengganu yang melibatkan kira-kira 200 penduduk masih tidak berubah sejak dua minggu lalu.

PAHANG
- jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri itu memaklumkan, daerah Lipis dan Raub pulih sepenuhnya apabila semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Lipis - semua 66 mangsa yang ditempatkan di Masjid Seberang Jelai, Sekolah Kebangsaan Batu Yon dan Balai Raya Kampung Lentang dibenarkan pulang pada pukul 3.30 petang.

Raub -
lapan mangsa dibenarkan pulang selepas pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Pampong dan kedai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Ajai ditutup kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Temerloh -
seramai 16 keluarga dari Kampung Kuala Kuang, Lanchang masih ditempatkan di Balai Raya Taman Murni dan Masjid Kampung Kuang.

Cameron Highlands - hanya 13 mangsa daripada dua keluarga masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet.

Terengganu - keadaan banjir yang berlaku sejak dua minggu lalu masih berterusan melanda kira-kira 200 penduduk Kampung Padang Luar, Kuala Ibai.

Ekoran banjir, air naik sehingga 0.5 meter ketika hujan lebat namun tidak surut sepenuhnya walaupun hujan berhenti kerana longkang baru yang dibina awal tahun ini gagal menampung air.

Selain merosakkan rumah dan perabot, air yang bertakung lama menimbulkan masalah lain kepada penduduk iaitu menyebabkan penyakit gatal dan menjadi tempat lintah membiak.

Kota Kinabalu - seramai 104 orang daripada 29 buah keluarga dari Kampung Bakalan dan Kampung Limbawang di daerah Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan sementara apabila kampung mereka dinaiki air sedalam kira-kira 3 meter akibat hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Mohd. Shaid Othman berkata, mereka mula dipindahkan sejak lewat malam semalam dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Sekolah Menengah Beaufort dan di Balairaya Wanita Limbawang.

"Banjir tersebut disebabkan air sungai Padas melimpah dan membanjiri Kampung Bakalan dan Kampung Limbawang yang terletak berhampiran sungai berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, air sungai tersebut meningkat mendadak berpunca daripada air yang mengalir dari Bukit Keningau.

Tambahnya, pada masa ini, jawatankuasa bencana alam Beaufort masih terus memantau keadaan banjir di daerah itu.

No comments: