"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, November 29, 2008

Jenazah Razali Ismail Selamat Dikebumi

Jenazah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail, 59, yang meninggal dunia petang semalam, selamat dikebumikan di sini kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham di Lorong Kenanga, Batu Burok di sini, pada pukul 10.45 pagi Sabtu.

Antara kenamaan yang hadir di kediaman Allahyarham ialah Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri Sains dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof serta Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Terdahulu, dari rumahnya jenazah Allahyarham dibawa untuk disembahyangkan di Masjid Sultan Zainal Abidin selepas solat Zohor.

Banyak ahli keluarga dan kenalan beliau memberikan penghormatan terakhir serta menyaksikan upacara pengebumian itu, dalam keadaan hujan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir secara mengejut ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands kira-kira 6.30 petang semalam.

Allahyarham berada di institut tersebut kerana menghadiri Konvensyen Nasional ke-8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Nooraini Lob Yusoff serta lima anak lelaki berusia antara 15 dan 30 tahun.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di kediamannya dari Hospital Bentong, Pahang kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas, Maimun Yusof, 89, (685).

Razali sebelum ini Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

No comments: