"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 16, 2008

Bubar Majlis Peguam Jika Mahu Berpolitik

Majlis Peguam Malaysia perlu dibubarkan jika badan itu bertindak tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang, mempersoalkan hak-hak pribumi di negara ini.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata badan itu kini tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya kepada peguam-peguam yang menjadi anggotanya.

"Saya menasihatkan supaya Majlis Peguam dibubarkan dan mereka yang terbabit menubuhkan sebuah parti jika ingin aktif dalam politik," katanya ketika berucap di program wacana isu perundangan dan hak-hak pribumi dalam perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn di sini hari ini.

Beliau juga meminta semua peguam Melayu di negara ini supaya bersatu dalam menangani isu bangsa mereka yang berada dalam keadaan "amat tertekan sekali" ketika ini.

Katanya, isu berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu sering dibangkitkan lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas dan "saya tidak sanggup lagi menghadapi situasi seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969."

Dalam ucapannya, Abu Zahar yang juga anggota jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno berkata lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengamalkan rasuah atau politik wang.

No comments: