"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 16, 2008

Gabriel Adit Secara Rasmi Sertai PKR

SIBU, 16 Nov (Bernama) -- ADUN bebas bagi kawasan Ngemah Gabriel Adit Demong, 58, telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai parti itu kepada presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di sini Sabtu malam.

Turut menyertai tindakan Adit itu ialah 11,752 individu dari seluruh kawasan negeri ini.

Adit adalah Adun Ngemah selama empat penggal, tiga daripadanya atas tiket BN ketika beliau menjadi naib-presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan, sebuah parti komponen BN negeri yang dianggotai majoriti kaum dayak dan dibatalkan pendaftarannya ekoran krisis kepimpinan dalaman.

Berikutan tindakan Adit itu, PKR kini mempunyai dua anggota di dewan undangan negeri.

Seorang lagi ialah Dominique Ng yang juga pengerusi PKR negeri dan ADUN Pedungan.

5 comments:

Unknown said...

Tahniah buat PKR

Anonymous said...

memang lama telah dinantikan kan oleh golongan belia dayak.saya anak jati Ngemah amat mengalu-alukan penyertaan ini yang sepatutnya dibuat lebih awal lagi.Hidup iban ngemah.sedarkan iban yang menjadi tali barut taib yang merampas tanah orang iban.

Anonymous said...

Topeng Perak..,

Mampukan PKR dalam Pakatan Rakyat tukarkan kedudukan UMNO-BN menjadi pembangkang dalam pilihanraya ke13..?

Hijat Panjang... said...

salam bro..

bila masa lak ds anwar ibrahim jadik presiden pkr..?? muskil aku nih..??? yang aku tahu dia ketua umum a.k.a de facto leader...

broooo... said...

barah BN sudah semakin parah & tlah menular ke Borneo...
tandanya, dah tak lama dah... BN nk jadi arwah...

SYABAS PKR!!!!

teruskan usha PAKATAN RAKYAT!!!!

PAS mau cargas sikit... jgn dok bertelagah & dok nganga lagi....
pls be more "open minded"...
don't forget you're playing bigger role in PR...