PETALING JAYA: Pengendali dan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin belum memikirkan soal sama ada hendak menyaman kerajaan kerana menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 52 hari sejak 12 September lalu.
Ketika dihubungi, Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, beliau belum lagi membuat sebarang keputusan mengenainya kerana masih mempunyai masa, malah sudah ada rayuan di pihak kerajaan.
"Belum lagi, lagi pun kerajaan kata hendak membuat rayuan... kita tunggu dulu, tengok siapa yang menang (dalam rayuan).
"Selepas menang dan kalah nanti, kita akan memutuskan (tindakan saman)," kata beliau.
Malah, menurut beliau, lagi pun tindakan menyaman menuntut ganti rugi boleh dibuat dalam tempoh enam atau tujuh tahun.
"Jadi ada masa lagi," kata beliau.
DIBEBAS 7 NOVEMBER
Raja Petra dibebaskan daripada tahunan ISA pada 7 November lalu. Pembebasannya diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Raja Petra mengemukakan permohonan mencabar penahanan di bawah Seksyen 8 ISA.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.
Raja Petra telah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan.
Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden.
Ketika dibebaskan, Raja Petra berkata, keputusan mahkamah menunjukkan dengan jelas bahawa ISA tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik.
RAYUAN
Sehari selepas dibebaskan, Syed Hamid berkata, pihaknya akan merayu terhadap keputusan mahkamah membebaskan Raja Petra.
Kata Syed Hamid, walaupun kementeriannya tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu, keputusan tersebut tetap dihormati.
Raja Petra juga berkata, beliau menerusi peguamannya sudah dikemukakan notis rayuan kerajaan.
"Peguam saya sudah diserahkan dengan notis rayuan," katanya.
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tok Hamid ni tak habis-habis nak bergurau dengan Raja Petra.
Ayah Pin jadi tuhan langit Tok Hamid dengan pegawai agama negara takut nak tangkap ke..?
Kalau dibiarkan bebas, nanti ramai anggota polis akan jadi pengikut Ayah Pin. Belajar ilmu "orang mati hidup balik". baru padan muka Tok Hamid.
kalau nak saman sesiapa pun,orang yang nak menyaman dan disaman kena banyak-banyak bersabar kerana sudah pasti banyak wang dan masa yang digunakan untuk naikturun Mahkamah.
jadi fikirlah sebetul-betulnya samada hendak menyaman atau tidak.kalau benar-benar ada kes,maka teruskan.tapi pastinya akan memakan masa bertahun-tahun.
Post a Comment