"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 16, 2008

Ini Berita Betul Ke, Gimik Je???

Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, tetapi menjelaskan persetujuan berkenaan dicapai selepas kerajaan mengadakan rundingan dengan semua syarikat pemegang konsesi, termasuk Plus bagi menilai semula bayaran tol lebuh raya di seluruh negara, sejak beberapa bulan lalu.

"Saya yakin pengumuman berkenaan akan memberi khabar gembira kepada sebahagian besar pengguna lebuh raya di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tche Min, Sungai Pelek, di sini semalam.

Sebelum ini, Plus dilaporkan sudah menyediakan semua maklumat yang diminta kerajaan berhubung rancangan untuk mengkaji semula perjanjian konsesi bagi mengurangkan kadar tol.

-Berita Minggu

1 comment:

Unknown said...

Tol memang patut turun pun...Tapi selagi tak de pengumuman sah..Jangan percaya sekali-kali.
Sebab depa takut rakyat akan terkejut...Inilah alasan bangang yang pernah diberikan oleh mereka yang sewaktu dengannya....