KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan turut menyambut baik pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan yang mana sebanyak RM250 juta bakal diperuntukkan untuk menaik taraf, mengubah suai dan membaik pulih balai dan kuarters pasukan polis.
Beliau berkata peruntukan itu akan dapat memberi kemudahan yang lebih selesa kepada anggota-anggota polis.
"Bagus, itu memberikan kemudahan kepada anggota kita untuk tinggal di kuarters dan bertugas dengan lebih selesa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.
Musa berkata dengan peruntukan tambahan itu, balai-balai dan kuarters dapat dinaik taraf supaya lebih sempurna dan selesa.
Beliau diminta mengulas mengenai pakej rangsangan ekonomi yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan semasa mengulung perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.
Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment