"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 05, 2008

Para Menteri Bidas Tindakan Pembangkang Keluar Dewan

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Jemaah Menteri dan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) membidas tindakan pembangkang keluar Dewan ketika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 hari ini.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata tindakan itu memperlihatkan cara pembangkang yang tidak konstruktif dan bersifat kebudak-budakan terutama dalam konteks bajet yang penting dan situasi ekonomi yang tidak menentu.

Beliau berkata ia kelihatan seperti telah dirancang kerana pembangkang membantah dan mengemukakan perkara-perkara berbangkit sebelum Najib mengumumkan perkara penting dalam menyalurkan penjimatan yang dilakukan.

"Tindakan itu menunjukkan pakatan pembangkang telah merancang kerana mereka keluar tepat jam 5.30 petang, sebelum itu mereka tidak sabar-sabar nak menganggu Datuk (Seri) Najib," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

"Saya tengok apa yang mereka cuba lakukan kali ini di mana Datuk (Seri) Najib boleh mencelah dan akan menjawab di penghujung, tetapi jelas mereka tidak mahu tunggu dan saya percaya mereka tidak mahu tunggu kerana bimbang apa yang akan dibentangkan oleh Najib," katanya.

Ketua Pemuda Umno itu menyifatkan perkara itu sebagai gimik politik yang melihatkan pembangkang takut pada perkara-perkara yang akan diumumkan oleh Najib bukan seperti dakwaan mereka yang mengatakan Najib takut kepada mereka.

Menteri Penerangan yang juga anggota Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata tindakan anggota pembangkang "lari" daripada dewan kerana mahu mengelakkan orang akan melihat pembohongan mereka.

"Ini jelas apa yang berlaku selepas 16 Sept (pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat) dan mereka kemukakan tarikh baru ternyata tidak benar dan bohong dan ini yang mereka takut apabila berlaku pengundian yang akan membuktikan mereka selama ini bohong," katanya.

Beliau berkata anggota pembangkang akan merasa malu sekiranya terus berada di dalam Dewan kerana bajet alternatif yang dicadangkan mereka begitu buruk bahkan dapat dijawab dan kerajaan telah mengemukakan banyak cadangan yang akan memberikan kekuatan kepada ekonomi negara terutama ketika menghadapi masalah ekonomi global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan anggota Parlimen pembangkang bertindak mengikut emosi.

"Saya fikir mereka (anggota Parlimen pembangkang) bertindak secara emosi kerana sepatutnya mereka mendengar apa yang dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri. Tujuannya ialah untuk memberikan gambaran yang menyeluruh dan selepas itu baru memberi peluang untuk dibahaskan.

"Seperti pada penghujung tadi, ahli-ahli parlimen mengambil bahagian dan Timbalan Perdana Menteri respons dan menjawab satu per satu. Jadi, bagi saya itu satu tindakan yang merugikan mereka. Sepatutnya mereka bersabarlah," katanya.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan semasa Najib memberikan ucapan penggulungan adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasan.

"Pembangkang tidak sabar, sepatutnya mereka lebih bertanggungjawab kerana mereka semua adalah mewakili rakyat yang mahu mereka berada di dalam Dewan bukannya bertindak secara emosional," katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata pembangkang perlu faham dan mematuhi peraturan dalam persidangan Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Bentong itu berkata pembangkang akan kehilangan peluang untuk bertanya dan mendapat penjelasan daripada menteri akibat dari tindakan itu.

"Tindakan mereka ini adalah satu tindakan yang hanya untuk mendapatkan `political mileage'. Kalau mereka hanya menggunakan Parlimen untuk bermain politik sahaja saya rasa itu tidak bijaksana," katanya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga anggota Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar menyifatkan tindakan pembangkang sebagai teruk dan ibarat 'kerbau dicucuk hidung' kerana terlampau taksub mengikut tindakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apabila tengok ketua (Anwar) keluar, mereka turut keluar Dewan. Di mana hebatnya mereka nak menyampaikan suara rakyat jika bersikap seperti itu," katanya.

Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata tindakan anggota Parlimen pembangkang itu adalah satu percubaan untuk mempolitikkan keadaan.

"Saya ingat mereka sengaja mempolitikkan kerana seperti yang kita sedia maklum, ini kali pertama Menteri Kewangan yang baru membentangkan bajet tambahan. Mereka mengambil kesempatan untuk mungkin memalukan beliau tetapi saya kira niat mereka tidak menjadi," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Bagaimana oulak dengan ahli parlimen BN yang langsung tak masuk dewan. Yang tu tak bidas?

Anonymous said...

Sedara anon 12:46 a.m,

Geng sediri,watpe nak bidas...Takut soru ngan proj2 subcon ilang...

Anonymous said...

Pembangkang memang kecoh tak habis-habis. Orang dah bagitahu jangan mencelah. Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya selepas pembentangan. Ini tak, nak memberontak je. Ikut la keras kepala Anwar tu... Inilah sikap kurang ajar pembangkang yang dilihat sebagai menghina dewan...Mangkuk punya Anwar dan konco-konconya...