"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 05, 2008

Semua Rakyat Korban Untuk PDRM, Tapi PDRM Korban Apa Untuk Rakyat? - malaysiakini

Setelah sekian lama menghilangkan diri, akhirnya hari ni KPN bersuara kembali.kali ni Musa Hassan mengulas mengenai pakej rangsangan ekonomi yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri.

Kata Musa - peruntukan itu akan dapat memberi kemudahan yang lebih selesa kepada anggota-anggota polis...

Kata Musa lagi - "Bagus, itu memberikan kemudahan kepada anggota kita untuk tinggal di kuarters dan bertugas dengan lebih selesa,"

Dan lagi kata Musa - dengan peruntukan tambahan itu, balai-balai dan kuarters dapat dinaik taraf supaya lebih sempurna dan selesa.

Kata aku pulak - peruntukan dah bagi... jadi gunakanlah ianya untuk memberi kemudahan yang lebih selesa kepada anggota-anggota polis sebagaimana yang dikatakan oleh "bung" Musa...

Kata aku - berikanlah kemudahan kepada anggota polis untuk tinggal di Kuarters dan bertugas dengan lebih selesa sebagaimana yang "bung" Musa katakan tu...

Dan lagi kata aku - dengan peruntukan tambahan tu, naikkanlah taraf balai-balai dan kuarters supaya ianya lebih sempurna dan selesa sebagaimana yang "bung" Musa katakan tu jugak...

Kita tak nak lagi dengar cerita anggota polis terlibat dengan rasuah lepas ni...termasuk "bung" Musa... siasatan mata lebam macam mana "bung" Musa?

Kita jugak tak nak dengar lagi lepas ni ada anggota polis terlibat dengan jenayah rompakan atau peras ugut... termasuk "bung" Musa... hasil siasatan mata lebam macam mana "bung" Musa??? bila nak bentangkan???

Kita jugak tak nak dengar lagi lepas ni ada kes rogol dalam balai polis macam yang dah beberapa kali berlaku dalam tahun ni...eh...kes lebam mata tu berlaku dekat mana ye???

Kita jugak berharap sangat-sangat supaya lepas ni tak de lagi kes kehilangan bahan bukti dalam balai polis...kes dadah hilang dalam stor polis dekat johor tu macam mana "bung" Musa??? tutup kes ka?

Peruntukan bagi banyak-banyak, kemudahan bagi banyak-banyak, keselesaan bagi banyak-banyak semua rakyat dah korbankan untuk pihak polis... (peruntukan tu semua hasil duit cukai rakyat...polis jangan dok angkuh sangat..!)...

Tapi nak harap polis bagi perkhidmatan yang berkualiti..?

Nak harap polis bagi perkhidmatan terbaik?

Nak harap polis untuk "dipercayai"?

Mungkin Tidak... bila agaknya pihak polis nak betulkan intergriti diri?

No comments: