Video 'Sajak Kematian' yang memuatkan aksi mayat menerima azab kubur, yang menjadi kontroversi selepas ditayangkan kepada murid sekolah rendah, mendapat sambutan hangat, kata penerbitnya, Mawaddah Production.
Menurut syarikat berkenaan, sejak diterbitkan pada tahun 2000, VCD tersebut diulang rakam hampir setiap tahun. Setiap ulang rakam melibatkan lebih 1,000 keping VCD.
Media sebelum ini melaporkan bahawa klip video 'Sajak Kematian' itu telah ditayangkan di sekolah, yang antara lain, memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.
Tayangan klip video tersebut di zekolah telah menimbulkan bantahan beberapa pihak termasuk ibubapa dan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Kementerian Pelajaran juga dilaporkan akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video itu di sekolah-sekolah.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Pegawai Perhubungan Awam syarikat penerbitan itu, Alifi Alias berkata, jualan VCD tersebut semakin meningkat selepas tercetusnya kontroversiti tersebut.
Ceramah motivasi
"Sejak sebuah stesen TV siarkan (mengenai kontroversi video itu), jualannya bertambah," katanya.
Bukan sekadar jualan, tambah Alifi, VCD 15 selama minit arahan bekas penyanyi terkenal Sheqal itu, sering digunakan dalam program ceramah motivasi anjuran syarikat berkenaan..
Menurutnya lagi, terdapat juga syarikat lain termasuk dari luar negeri yang berminat menggunakan VCD itu untuk tujuan yang sama.
Bagaimanapun, tegas Alifi, Mawaddah Production menayangkan video tersebut dengan memberikan panduan dan kupasan mengenainya untuk mengelak sebarang kekeliruan.
Sehubungan itu, katanya lagi, jika ada pihak lain yang menayangkannya tanpa membuat kupasan, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
Beliau juga tidak pasti sekolah dan pihak mana yang menayangkan VCD itu kerana sejak lapan tahun lalu, sudah terlalu banyak unit VCD yang diedarkan di pasaran.
‘Alam Barzakh'
Diminta mengulas aduan ibubapa berhubung tayangan itu, Alifi berkata, sepanjang VCD 'Sajak Kematian' beredar, anak syarikat Global Ikhawan Sdn Bhd itu tidak pernah menerima sebarang aduan dari pembeli dan orang awam.
"Tidak ada aduan. Yang ditunjukkan di TV3 itu kali pertama," katanya.
Diminta mengulas kenyataan mufti Perlis yang dilaporkan berkata tayangan video itu kepada murid sekolah rendah, perlu dihentikan segera kerana boleh membawa kepada khurafat, Alifi berkata:
"Kalau hendak mendidik anak biarlah daripada kecil. Kalau tidak, macam mana mereka hendak kenal syurga dan neraka."
Alifi berkata, idea menerbitkan VCD itu lahir selepas operasi sebuah tempat untuk mengingati kematian 'ala rumah hantu' yang dikenali sebagai ‘Pengembaraan ke Alam Barzakh' mendapat sambutan hangat.
Bagaimanapun, selepas lebih enam bulan beroperasi di Rawang, ia ditutup atas arahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kes ini, menurut Alifi, di bawa ke mahkamah dan masih belum selesai.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Di dalam zaman yang mencabar ini, dakwah harus dilakukan dengan pelbagai kaedah supaya ianya lebih mudah diterima dan berkesan. Ianya juga harus bermula dari bawah, maksudnya sejak dari kecil. Ia perlu kerana semasa kecil, kita masih mudah dibentuk. Pepatah juga mengatakan 'kalau melentur buluh biar dari rebung'. Jika dah besar panjang baru nak sedarkan, maka agak sukar sedikit, lebih-lebih lagi remaja kerana pada peringkat umur ini, mereka lebih mudah memberontak. Jadi tindakan berdakwah melalui vcd dan ditayangkan kepada kanak-kanak sekolah adalah perkara wajar. Cuma isi kandungan vcd dakwah tersebut harus diteliti dan disiasat supaya tiada penyelewengan. Sekiranya tiada penyelewengan, maka bolehlah ditayangkan tetapi haruslah disertakan dengan penerangan oleh ustaz atau ustazah sekolah masing-masing. Dengan ini penyampaian vcd akan lebih jelas...
...please where can I buy a unicorn?
Post a Comment