"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, November 23, 2008

Tiada peralihan kuasa Jun 2009

PETALING JAYA: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz tidak akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Kamilia Ibrahim jika beliau mengambil alih jawatan nombor dua pergerakan tersebut kelak.

Perkembangan terbaru dalam pergerakan itu sekali gus 'mengkuburkan' pelan peralihan kuasa Jun 2009.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pelan peralihan pergerakan itu yang diumumkan Ogos lalu hanyalah antara beliau dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Memandangkan saya akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita, mandatnya adalah selama tiga tahun... tidak sekejap sekejap.

"Sebab itu, saya mengatakan (dari awal) tidak perlu ada pertandingan (bagi jawatan Ketua Wanita). Jika tiada pertandingan, saya akan (sepatutnya) menyerahkan (jawatan itu) kepada shahrizat pada Jun nanti," katanya kepada The Star.

Rafidah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar memberitahu, kini pergerakan itu kembali kepada proses pemilihan mengikuti demokrasi yang akan memilih sama ada "saya atau beliau."

Dengan keputusan Shahrizat mencabar Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita, Kamilia akan menjadi calon tunggal bagi kerusi Naib Ketua Wanita.

Justeru, Kamilia sudah pasti memenangi kerusi itu tanpa cabaran.

-mSTAR Online

2 comments:

ISA said...

Elok lah tu..., macam nak mampus je aku tengok muka nenek lanun ni...

Unknown said...

Memang itu pun rancangan asalnya....tak terkejut pun...selagi tak tergolek jatuh kerusi..sampai mati berdiri lah nak jadi ketua wanita tu...Seribu alasan boleh diberikan kemudian...dan spt biasa penyokong berkulat akan 'menyalak' tanda menyokong walaupun apasekali alasannya...Biarlah depa terjun ngan labu2nya...