"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 02, 2008

Apasal Blogger Ni Suka Sangat Mencarut?

Entri ini aku tujukan khas buat admin blog NYATAKAN KEBENARAN.

Lama dah aku nak tegur pemilik blog ni, tapi tak de cara sebab dalam blog hang tak boleh nak komen, tak dak shoutbox untuk aku tinggalkan komen dan jugak x dak tertera email admin blogtersebut dalam mana-mana ruangan diblog hang... jadi aku terpaksa buat entri ni dekat blog aku (sebab aku tau hang selalu jenguk blog aku) untuk tegur hang.

Ni bukan nak carik pasai ka, nak carik gaduh ka, nak apa-apa... cuma sikit teguran... asyik dok lanyak pimpinan atasan je tak jadi jugak... sesama kita nak kena tegur jugak kan?

Ringkas je... aku tengok hang suka sangat gunakan ayat "Pukimak" dan "Kote" dekat tajuk entri hang... awat lagu tu geng? aku tengok hang blogger pro Pakatan Rakyat dan aku rasa ayat yang hang selalu pakai tu amat-amat-amat tidak sesuai dengan pembawaan pro Pakatan Rakyat.

Kita dok tembak pimpinan yang suka dok mencarut dalam Parlimen, suka dok meraba-raba, tapi kalau kita sendiri dok buat hal yang sama (mencarut) rasanya tak baguih sangat-sangat.

Memang blog adalah ruang personal untuk luahkan pendapat dan perasaan, tapi kalau dengan cara mencarut bagi aku adalah amat-amat-amat tak sesuai.

Harap tuan punya blog dapat terima teguran ni.jangan sampai hang kena label blogger "pukimak" sudah... tak baguih... kalau marah sangat, cari ayat atau perkataan yang lebih sesuai. "pukimak" tu rasanya berat sangat geng. baguih sangat ka dok sebut alat sulit tu?

Yang dok baca blog bukan jantan je, pompuan pun ada jugak... pikiaq balik... banyak lagi perkataan lain boleh guna.

5 comments:

Unknown said...

Yang baik tu ..ambik lah untuk kebaikan bersama...Hanya kawan yang baik yg berikan teguran walaupun sukar untuk diterima...
Tapi tak lekat baloq pun kalau terima...

kulatlapok said...

betullah Bro akau dah lama gak tengok diani asyik nak mencarut je. kalau nak hentam, hentam jelah tapi biarlah berfakta. lagi satu aku tengok post diani selalu copy orang punya tanpa ada link pada tuan punya post atau berilah salam dulu...ini tak main sambrono je..

Anonymous said...

ya, kawe pun setuju,
kita orang islam, maki hakun ni tak molek,
kalu budak kecik baca blog tu..apa jadi?

harap geng blogegr ni buleh ubah sikap blogging.nak marah pun, kena ada cara dia.

Anonymous said...

Bukanke pro pembangkang memang suka mencarut ke? hehehe...

Anonymous said...

Topeng perak,

Aku amat percaya orang yang menulis blog "NYATAKAN KEBENARAN" bukan keturuanan melayu, tapi orang ini adalah jadi melayu (melayu jadi-jadian). Pada kebiasaannya orang keturunan melayu tidak akan mencarut tanpa sebab, apatah lagi menghina bangsa sendiri.

Sekarang ni, ramai orang asing yang ada dalam malaysia ambil kesempatan jadi melayu. Mereka menumpang senang atas nama melayu tapi disebalik tabir manusia ni adalah pengkhianat bangsa.

Kita perlu berhati-hati dengan manusia jenis ini. Kalau kita tahu siapa dia, tangkap dia, kita panggang dia macam satay....!

Perlu siasat siapa manusia ini..??