Sebaik memulakan tugas sebagai Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) hari ini, Datuk Supiah Md. Yusof dipertanggungjawabkan untuk menyiasat mengenai 'kehilangan' RM223.7 juta rizab pihak berkuasa tempatan itu sepanjang tempoh sembilan tahun lalu.
Ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar Ketua Menteri, Lim Guan Eng di bangunan MPSP di Bandar Perda di sini hari ini, Supiah berkata, jawatankuasa itu akan menyiasat dalam tempoh dua minggu segala perbelanjaan MPSP sebelum hasil siasatan kepada kerajaan negeri.
"Tempoh dua minggu yang diberikan oleh Ketua Menteri untuk menyiasat perbelanjaan MPSP ini adalah mencukupi dan saya rasa tidak mempunyai masalah untuk bekerja dalam tempoh yang singkat itu. Ia tidak membebankan saya," katanya.
"Sekarang ini semua orang cerdik, kita susah nak kesan (penyelewengan atau salah guna kuasa). Bila kita masuk pejabat dahulu, fail pun tidak ada dan kita perlu membuktikan perkara itu melampaui keraguan yang munasabah," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika siasatan yang diketuai Supiah menemui maklumat berkaitan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa itu.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment