"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 02, 2008

KL - Ipoh Hanya RM1..! - malaysiakini

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan promosi tambang RM1 untuk perjalanan sehala perkhidmatan kereta api Kuala Lumpur-Ipoh dan Ipoh- Kuala Lumpur mulai hari ini sehingga 31 Disember ini.

Pengurus Pemasarannya, Mohd. Noordin Kimi berkata, tambang murah itu merupakan promosi KTMB sempena tempoh percubaan perkhidmatan kereta api bagi laluan tersebut.

Promosi itu terhad kepada 400 tiket sehari dan untuk penumpang kelas ekonomi sahaja.

''Seratus 100 tiket pada harga RM1 disediakan untuk setiap perjalanan pertama pada pukul 5 pagi dan perjalanan terakhir pada pukul 9 malam dari kedua-dua arah.

''Hanya pengguna yang membeli tiket di kaunter Stesen Keretapi Ipoh dan Stesen Kuala Lumpur Sentral layak mendapat tawaran tambang RM1 ini dan tempahan tidak dibenarkan," kata Mohd. Noordin kepada pemberita selepas mengiringi kira-kira 180 ahli rombongan tajaan KTMB dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke sini.

2 comments:

Anonymous said...

wahh!!!ini satu promosi yang baik.kalau tiket bas takde bolehlah cuba naik keretapi pula tapi kena cepat la sebab tiket terhad dan tak boleh ditempah.ada peluang akan aku cuba nanti.yeah!

Anonymous said...

Kepada orang Ipoh, ini peluang baik untuk mereka merasa perkhidmatan pengangkutan dengan harga yang termurah. RM 1 je. Tapi anda kena awal sebab takut habis. Ia terhad...