"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 05, 2008

Fatwa Untuk Pakatan Rakyat Rampas Kerusi Kuala Terengganu?(bhg 2) - malaysiakini

Entri ini adalah sambungan daripada bahagian 1. bagi pembaca yang belum membaca bahagian 1, boleh membacanya dengan mengklik pada mana-mana perkataan "bahagian 1".

2. Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendaklah memberi sokongan sepenuhnya. Jangan timbul perasaan kalangan PKR bahawa pilihan raya itu adalah hak Pas kerana Pas bertanding. PKR juga jangan sesekali mengungkitkan mengenai sikap Pesruruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali yang sebelum ini bersikap dingin dengan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan tidak berkecimpungan dalam pilihan kecil di Permatang Pauh dulu. Jangan sesekali insiden itu dijadikan sebagai dendam.

Dalam hal ni aku yang tak mewakili mana-mana parti tapi komitmen menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, dah tentu aku akan turun sama berkempen di Kuala Terengganu (ikut rancangan, aku akan turun dengan beberapa geng blogger pada 15hb.Januari,2008/khamis malam jumaat).

Tapi berkenaan dengan kenyataan "jangan sesekali mengungkitkan mengenai sikap Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali yang bersikap dingin dan bla bla bla..." aku rasakan akan ada sikit masalah dekat sini sekiranya pihak PAS meletakkan Pesuruhjaya PAS Terengganu sebagai calon Pilihanraya Kecil tersebut seperti mana yang dicadangkan oleh saudara MSO - rujuk [sini].

Dari awal sepatutnya pihak PAS Terengganu menyelesaikan maslah ini dan bukannya mengambil sikap berdiam diri dan mengharap "cerita akan hilang dek peredaran masa".

Bagi pandangan aku sendiri, Mustafa Ali bukanlah seorang calon yang layak dicalonkan oleh PAS Terengganu bagi mewakili penduduk Kuala Terengganu. ini berkenaan dengan kisah-kisah yang berlaku didalam isu muzakarah UMNO-PAS. banyak maklumat sahih yang melaporkan bahawa individu ini terlibat secara langsung dan juga kenyataan-kenyataan Mustafa Ali yang tidak konsisten dan amat-amat tidak diyakini.

Semua penafian yang dibuat oleh Mustafa Ali sedikit pun tidak meyakinkan. untuk aku, sekiranya Mustafa Ali dicalonkan oleh PAS Terengganu, perkara pertama yang aku akan hadapi dalam kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu ialah kepercayaan bakal-bakal pengundi disana.

Entah macam mana nak menghadapi soalan-soalan daripada bakal pengundi tentang berita-berita tersebut? tak kan aku nak nafikan sedangkan aku tau perkara tersebut benar-benar berlaku? perlu ke aku menipu bakal pengundi dengan menafikan perkara tersebut? mahukah bakal-bakal pengundi memilih seorang calon yang kreadibilitinya kurang diyakini?

Kalau aku sendiri yang jadi bakal pemilih, aku tak kan mengundi seorang wakil yang komitmennya pada parti tidak diyakini. aku tak kan mempertaruhkan walau 1 pun undi untuk memilih wakil yang kelihatan condong kepada UMNO/BN ataupun "pekat sifat keMELAYUannya".

Kalau terpilih sebagai wakil, apakah janji PAS bahawa Mustafa Ali akan komitmen dengan perjuangan memartabatkan Islam dan bukannya memartabatkan bangsa? silap gaya, hari ni masuk parlimen, minggu depan isi borang keahlian seumur hidup UMNO... ada jaminan ke dari PAS bahawa perkara ini tak kan berlaku?

Kalau dari awal PAS Terengganu "tak buat hal" sampai timbul krisis "muzakarah PAS-UMNO" aku boleh jamin, letaklah sape-sape pun calon kemenangan pasti dalam tangan Insya-Allah, tapi kalau diletakkan seorang yang condong "membelot"... hangpa tanya la sendiri para bakal pemilih, nak ke depa pilih orang yang dilihat tak konsisten perjuangannya?

PAS Terengganu kena ingat, kalau ditempat lain Pakatan Rakyat boleh letak sesiapapun calon baik dari DAP atau PKR kecuali Fairus TKM1 Penang sebagai calon Pilihanraya tapi tidak untuk PAS. tindak-tanduk sebilangan pimpinan PAS dah banyak melukakan para pemilih.

Pemilih dulu dengan sekarang tak sama. pemilih dulu sekadar mengundi untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pengundi tanpa apa-apa harapan manakala pengundi sekarang keluar mengundi dengan harapan setinggi gunung untuk melihat perubahan.

Pemilih sekarang bukan sekadar mengundi kerana "aku suka parti bla bla bla" tapi pengundi sekarang lebih bijak. parti pilihan sudah lama dipilih tetapi undi akan dibuat berdasarkan kepada beberapa pertimbangan... kalau calonnya dari awal dah nampak sangat karektor pembelit, pejam mata, rosakkan kertas undi.

PAS Terengganu kena fikir panjang sebelum memutuskan siapa bakal calon anda. jangan sampai masa hari mengundi, pengundi terpaksa di"heret" keluar sebab depa tak minat nak mengundi kerana faktor calon parti A tak boleh dipercayai, manakala calon B pula mewakili "parti" yang tak dipercayai.

Tepuk dada, tanya selera.

- akan bersambung di bahagian ke 3.

10 comments:

Anonymous said...

sudah la ko si Topeng Perak...

plan nak gi pun 15hb mlm...ni nak gi tolong kempen ker nak gi buat menyemak?...

kalau kat permatang pauh dulu bukan main lama korang berkampung kat sana...

bagitau lah yg ko ni sebenarnya hardcore PKR...tak payah la duk selindung²...

ingat ayat Quran surah al-Hujurat yg ko published kat sebelah atas web ko tuh...

artikel kat website ko ni pun byk yg dicedok dari web lain...alahaiii

tak payah laa nak berkokok pilih org tu taknak org ni jadi calon...

tau lah Pas Pusat buat penilaian sendiri...

Mr Joker said...

Anon 3:56pm - topengperak "hardcore PKR?"

apa pulak komen hang dekat artikel ni? - http://perisik-rakyat.com/2008/12/lge-lucutkan-jawatan-km1-segera.html

Anonymous said...

itu masalah lain...
dah terang lagi bersuluh..

sama mcm yg ko ckp laaa...
"bangkai tenok ni kalau tutup ngan daun pisang mungkin orang tak nampak, tapi bau busuk bangkai tu lama-lama akan sampai jugak ke Zimbabwe kalau dibawak angin."

dok gitu Topeng Perak?

pasni nak cilok artikel maner pulak?...alahaiii

Mr Joker said...

Anon 4:28 - jangan bawak lari dari topik. memula hang cakap aku "hardcore PKR", skang bila hang baca artikel aku hentam PKR hang habaq - itu masalah lain.

masalahnya ialah bila ada orang-orang macam hang dalam parti PAS yang berjiwa UMNO.

x boleh ditegur, x boleh didedah.

kalau tegur, hangpa melenting macam kena cabai.

kalau dedah, hangpa habaq kami kapiaq sebab "memburukkan ulama".

orang macam hang la yang banyak buat rosak nama parti dan jugak melunturkan kepercayaan orang ramai yang memilih.

mungkin hang antara yang menyokong usaha penggabungan PAS dan UMNO?

Edyes said...

TP,

anon yang dok hingak kat blog hang nie macam serupa dengan anon yang dok menyalak kat blog aku.

depa nie kalau bukan orang yang sama, tetap ada satu persamaan yg jelas - BACUL.

nie aku nak habaq kat si anon;

1. aku antara geng bloggers yang akan turut serta untuk ke KT pada 15jan malam jumaat tu.

2. kami nak sokong atau nak nyemak, bukan urusan hang.

3. TP nak hardcore ke, softcore ke, hang pedulik apa?

4. kalau takde interest lain, sepatutnya Abg Mat jadi calon.

5. weblog perisik rakyat mengamalkan portal berita untuk pengunjung. bukan satu masalah kalau dia cedok asalkan taruk kredit.

6. hang nie takdak kerja lain ka? mak bapak hang tak ajaq budi bahasa ka..?

Anonymous said...

tak baik gaduh2,..
sapa2 menang pun kita tetap kena balik buat kje mcm biasa,..tul tak??

nak releks?? jenguk blog nih,..

RahsiaLelakiMelayu.blogspot.com
“Suamiku,..tidak kupinta wang ringgit berjuta,tidak kuharap banglo indah tersergam,tidak kuimpikan kereta mewah menjalar,.. Cuma,..dengarkanlah jeritan batinku,.wahai kekasih hatiku,…

Anonymous said...

aduuuhaiii...si Topeng Perak!

siapa yg melenting ni?..sape yg kena 'cabai' ni?...

okay lah..ko hentam laa si Fairuz tu...nak buktikan ko ni bukanlah hardcore PKR...

tapi ader tak artikel dlm blog ko ni yg pertikai kegagalan 16 Sep?..berani tak ko sindir DSAI berkenaan kegagalan tersebut?

pastu pernah DSAI kata mungkin berlaku sebelum raya haji...esok lusa raya haji dah ni...belum nampak tanda² apa pun...

Kongres baru² ni kata tunggu pilihanraya Sarawak pulak !

ada tak ko tulis artikel pasal perkara tersebut?...ada?

aku bukanlah anti DSAI...malah aku pun kagum dengan karisma beliau...dan aku sama² menunggu saat kejatuhan kerajaan BN

cuma yg aku jelek dengan ko ni sorang...kata telus, kata tak kira sapa² ko hentam, tapi takde pun ko nak hentam DSAI...tapi dengan ulama² PAS bukan main lagi kata macam²...tuduh mcm²...itu yg aku tak setuju...tuduh nak bergabung dgn UMNO...ko ader bukti?

Anonymous said...

Edyes...

aku tak pun jengah blog ko...dan aku tak penah komen apa² pasal ko..
tapi ko sedap² mulut kata org lain 'bacul'...apa ni wahai bloggers'?

ini ker sikap 'bloggers'...come on laa brader...

aku kadang² rase gatal ketiak bila korang gelrkan diri korang bloggers...pastu tuduh org bacul...

jadi korang berani laa...kalau berani apsal tak publish identiti sebenar biar org semua tahu?...amik tanggungjawab dengan artikel korang...

contohilah mcm RPK, Kickdefella yg berani amik risiko turun naik mahkamah masuk lokap dan sebagainya...korang berani?

jgn sedap² kata org lain menyalak ker aper...tanya kat diri sendiri dulu...

ni aku nak jwb balik kat ko ;

no 1. dtg laa, takde sape nak sekat ko pun

2. sepatutnya datang sokong laa

3. itu biar TP jwb sendiri, aku bukan tanya ko

4. kan aku dah kat, biar PAS Pusat tentukan calon, aku pun sokong Abg Mat atau sesapa saja yg PAS pilih...buat aper nak dengar drp ko pulak

5. tak payah cedok, kita org pun boleh masuk maner² laman web pun...kita org pun bayar laa kalau setakat nak baca berita kat malaysiakini tu

6. haa...yg ni best sikit...dah start main kasar nampak, babitkan mak bapak pulak dah...kalau ko kata aku ade ni takde budi bahasa, kwn ko si Topeng Perak tu baik ker budi bahasa dia?...kat blog dia aper yg dia tulis tu bahser baik² ker?...ko pikir laa sendiri

Anonymous said...

bkn isu pas ka, pkr ka, umno ka...
blogger ada pendapat masing2. kalau tak setuju, tak payah la dok baca block nie..atau buat blog sendiri...
asyhik2 nak melompat ja...
cool la..
rendah hati terima pendapat penulis
Apa pun aku sokong Pakatan Rakyat!!

Anonymous said...

ya betul tu...

kami ni sekadar pengunjung blog shj...

kami memang rendah hati dengan pendapat penulis...tapi kadang2 nmpak mc penulis tak boleh berendah hati dengan komen pengunjung...

penulis pulak yg melenting ! awat jadi lagu tu?

kalau kita boleh kritik org, kita mesti bersedia untuk dikritik