"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 05, 2008

Kelab Menyokong Media Perdana (KPMP) - malaysiakini

Dalam Utusan Malaysia a Online hari ni melaporkan - Tidak wajar naikkan sewa rumah PPR : Tindakan kerajaan campuran Selangor menaikkan kadar sewa rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 tidak wajar dilakukan memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini.

Nampaknya puaka-puaka media peliharaan UMNO/BN masih tak muak-muak memainkan isu-isu yang sudah selesai dalam usahanya untuk memburuk-burukkan pentadbiran baru kerajaan Pakataan Rakyat.

Pada dasarnya hal berkenaan sewa rumah PPR sudah selesai setelah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui MB Khalid menjelaskan (dalam Sinar Harian Rabu 3hb.Disember,2008 mukasurat S21 tajuk berita - Kerajaan Negeri Umum Kadar Sewa PPR kekal RM124) bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan bahawa kadar sewa PPR kekal pada RM124 melibatkan keluarga berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan.

MB Khalid juga telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah memulakan kajian bagi mengenal pasti keluarga yang BENAR-BENAR LAYAK menikmati kemudahan itu.

Susah sangat ke nak paham makna BENAR-BENAR LAYAK?

Kerajaan Negeri juga telah menjelaskan bahawa nasib golongan yang BENAR-BENAR MEMERLUKAN BANTUAN akan terbela tanpa perlu dipolitikkan sesetengah pihak.

Macam juga dalam hal perumahan PPR. kita dimaklumkan bahawa ada terdapat sejumlah penduduk yang pendapatannya lebih dari RM3000 sebulan dan mampu memiliki kenderaan dan juga rumah sendiri masih tinggal di situ.

Disebabkan sikap mereka-mereka ini yang lebih mementingkan diri sendiri maka orang-orang yang sepatutnya layak dan berpendapatan lebih rendah tidak dapat menikmati kemudahan yang sepatutnya kerana hak mereka telah diambil oleh mereka-mereka diatas tadi.

Kerajaan negeri Selangor juga berharap supaya para penduduk memberikan kerjasama penuh didalam memastikan hak mereka-mereka yang lebih layak dapat dipenuhi dengan lancar.

Bagi para "pembela-pembela@reformis bogel" juga tak payah lah nak jadi "hero" dalam hal ini. cuba dapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku dan dapatkan juga maklumat yang tepat mengenai kedudukan beberapa penduduk PPR yang cuba anda bela.

Jangan sampai korang jadi bodoh dan juga boneka bagi pihak yang tak reti bahasa. kalau benar nak jadi "hero" korang sepatutnya bersama dengan Kerajaan negeri Selangor dalam hal ni kerana apa yang sebenarnya dilakukan oleh Kerajaan negeri Selangor ialah memberikan hak dan kemudahan kepada golongan yang sepatutnya dan bukan membela orang-orang yang lebih berkemampuan tetapi tidak sedar dek untung ini..!

Reformis bogel "kunun"nya nak membela rakyat bawahan yang kurang berkemampuan padahal yang dibela ialah mereka-mereka yang telah mencabul hak orang yang sepatutnya miliki.

Yang mampu berkereta dan menikmati rebet tahunan dibela, manakala yang berjalan kaki tanpa mendapat rebet tahunan tetapi menanggung beban kenaikan harga barang terpinggir. betul punya reformis taik minyak..!

Elok bubarkan saja "Reformis" dan tubuhkan "Kelab Penyokong Media Perdana" (KPMP) sebab hangpa semua dengan media perdana memang sehaluan.

Khak Ptuih..!

No comments: