KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).
Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.
"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.
"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.
Bercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.
"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.
Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.
"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.
Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Wednesday, December 17, 2008
Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja - malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Memang jika dilihat daripada harga se'barrel' minyak, sepatutnya RM 1.42 sen tapi kita harus faham bahawa kerajaan ada kajian mendalam dan harus mengambil langkah awal untuk mengelakkan masalah di masa akan datang. Sebab itulah harga minyak hanya turun 10 sen baru-baru ini dan bukannya 48 sen. Pembangkang hanya pandai bercakap dan ungkit isu itu dan ini tapi yang akan menghadapi risiko, kerajaan...
Jgan lupa insentif masih diberi
sepot - hang memang pelawak.
"kita harus faham bahawa kerajaan ada kajian mendalam dan harus mengambil langkah awal untuk mengelakkan masalah di masa akan datang."
masa nak naikkan dulu awat tak payah nak buat kajian mendalam? sekarang apa dah jadi dgn rege barang yg x turun2?
"Pembangkang hanya pandai bercakap dan ungkit isu itu dan ini tapi yang akan menghadapi risiko, kerajaan..."
kerajaan yang dapat risiko? kah kahkah kahakahkahaakhakahkaha....
kerajaan yang tanggung risiko?
khakhakhkahakahkahakaahakaha....
oi sepot... cukup la melawak...
yang tanggung risiko bukan kerajaan sepot oi... ni ... rakyat ni yang dok nanggung beban...
rakyat yang dok tanggung kerajaan sepot oi...
kerajaan mana ada duit sepot oi... rakyat yang bagi duit dekat kerajaan sepot oi...
cukup la dok melawak sepot... nampak bangang pulak dahhhh...
salam...
just nak buat correction... no phone yg tertera untuk tempahan TEATER BILIK SULIT tu xbrapa betul... it should be 0124651671...
tq
Cuba check tengok, si sepot tu mana asal usul dia, woi... ni nak bagitau kat hang sepot oooiii...
Kerajaan nak turun sampai 8 kupang pun aku tak heran, tapi pasai kajian mendalam yang depa buat tu mengakibatkan rantaian harga barangan tak turun-turun sampai la ni. Hang paham tak....
Nak kipas pun tengok kiri kanan dulu la.... menggong...
kah... kahhh... kaaahhh... dh nk pecah perut aku baca lawak bodoo si sepot tu...
""kita harus faham bahawa kerajaan ada kajian mendalam dan harus mengambil langkah awal untuk mengelakkan masalah di masa akan datang.""
ish... ihh... kerajaan kena buat kajian mendalam...
masa nk naik mendadak dulu tu ada buat kajian mendalam ka?????????
ada pikiaq ka harga minyak mungkin jatuh balik secara mendadak & jika berlaku apa resikonya & tindakan yg akan diambil????
""Pembangkang hanya pandai bercakap dan ungkit isu itu dan ini""
kalau lah pembangkang tk bercakap alamatnya kena bayar RM2.70 seliter lagi lah kita... bodooooo....
sudah lah tu si sepot ooiiii... nampak bonggok sangatlah komen lu tu....
biar sepot tu aja yang bayar harga minyak 2.70 sen. Indonesia pun dah turunkan jadi 1.48 sen. Selalu kerajaan banding dengan negara lain, sekarang ni ngapa tak banding dengan indo, brunei dan lain-lain.Sebab sekarang harga kita yang mahaiiii. Bila murah turun le lagi, nanti bila mahaiiiii mesti dia orang naikkan terus berpuluh-puluh sen....ini pak lah yang ajaq
aku bkn nak hentam sesiapa,
tp aku setuju sgt2 dgn pendapat yang mengatakan bahawa kerajaan xpenah kajian yg mendalam ms naikkan harga minyak. tp bile time nak turunkan rega minyak, kene plak wat kajian mendalam.
pakar ekonomi pun ckp kalo harga minyak diturunkan, ianya baik untuk ekonomi sebab rakyat dapat jimat untuk harga petrol dan pd ms yang sama dapat pakai duit yang dijimatkan itu untuk berbelanja bg keperluan lain. maka makin mengembanglah ekonomi negara seterusnya dapat mengelakkan malaysia daripada terjerumus kemelesetan ekonomi.
Crude Oil $39.63 ▼ 1.07%
UMNO kata akan mencapai USD200 Berbuih-buih mulut !!! BoooooBOOOOOooobOOBOBOBoo
Brader TP,
Dulu masa minyak murah, kerajaan kata depa ada bagi subsidi. Tapi masa harga minyak RM2.00, menteri rambut putih kata kerajaan dah tak bagi subsidi, malahan rakyat bayar tax kat kerajaan. So, all this while, masa minyak murah dulu, betul ke kerajaan bagi subsidi?? Kalau harga minyak dunia USD47.00 dan harga minyak kita bayar RM1.42(seperti kata LGE), apa yg subsidinya?? Sapa yg boleh confirm yg kerajaan bg subsidi?? Entah2 kita dari dulu dah start bayar tax kat kerajaan....
Sepot...sepot kan dah jadi sempot!
Ko tengok le akibat kajian mendalam yang KERAjaan ko buat.
Mane pegi menteri dan penasihat mangkukhayun yg tak mampu nak forecast turun-naik minyak tu... Akibatnya barang naik tapi sampai sekarang tak turun.
Mana pegi Tuan Penasihat yg digaji dek PM sana-sini... ke tersalah lantik Tuan Pun-nak-sebat. Terbaru konoknya nak lantik KU LI jadi Pun-nak-sebat Kewangan. Nasib la labu.. Ko ikut la Si Labu je sepot oiiii...!
Yang korang bodohkan si sepot bangang tu ngape.. dia tu kan tokei stesen minyak.. memang laa dia kena kipas baaiiikkk punya..
sebab KERAjaan yg korang pilih tu bela org2 mcm si sepot tu.. bukan nak bela mcm aku ni.. hampeh betui..
Pada dasar nya kita semua rakyat Malaysia mengharagi penurunan harga minyak itu...namun kita tidak akan lupa pada sifat gelojoh kerajaan yang tak sabar sabar untuk menaikan harga minyak secara mendadak tempuh hari,jika kerajaan bersabar sedikit hingga bulan ogos(tahun 2007) untuk membuat keputusan,maka insyAllah kita tidak akan melihat kenaikan harga barangan harian dalam pasaran secara mendadak.Jadi adalah wajar kita meletakan bebanan kesalahan akan kenaikan harga barangan ini pada bahu kerajaan...siapakah kerajaan itu?
Tak turun bising, dah turun pun takda terima kasih atau bersyukur ke. Agaknya nak minyak free je kot, kalau semua orang macam ni tak lama bankrupt la negara kot. Elok cuba buat negara sendiri lepas tu ikut mentaliti macam ni nak tengok kemana perginya. Seronok sangat nak bagi rakyat semurah2 mungkin, bila timbul krisis ekonomi ke apa ke, takda wang simpanan. Cantik jugak tu..
Post a Comment