"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 17, 2008

Umno, PAS sama mantap jika Wan Farid lawan Mustafa Ali? - malaysiakini

Quot dari blog MSO dari artikel bertajuk Spekulasi Calon -
  • Justeru itu Umno kena letakkan calon yang dikira mempunyai peratus kemenangan tinggi. Dalam hal ini Wan Farid memiliki kelebihan itu berbanding dengan Nordiana Shefei atau seorang lagi nama iaitu timbalannya, Sabri Alwi ataupun ketua Peneranganya, Zumber Embong.
  • Pada hemat saya sekiranya BN tidak memilih Wan Farid parti itu kemungkinan besar tidak mudah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Selain Wan Farid adalah Timbalan Menteri beliau juga ada beberapa keistimewaan lain yang tidak ada kepada lain-lain calon.
Dan yang ni pulak -
  • Berbalik kepada Pas pula semakin hampir dengan pengumuman calon, nama Naib Presiden Pas Mohamad Sabu makin terpinggir. Seperti dikatakan sebelum ini petunjuk dari blog tidak menggambarkan petunjuk dari Kuala Terengganu dan dipedulikan oleh Pas Terengganu. Masalah orang luar orang dalam terus menjadi isu dan mengenepikan nama Mohamad Sabu.
  • Dalam pemerhatian saya Mustafa Ali masih mempunyai kelebihan kerana kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu. Dari risikan beliau tidak ada menghadapi apa-apa masalah di Kuala Terengganu kecuali dengan seorang individu yang sedang mencari populariti dan menatahkan diri untuk menjadi pemimpin di situ. Setakat ini tidak ada apa-apa protes daripada mana-mana pihak Pas Kuala Terengganu.
  • Semua Dewan Pemuda, Ulama, Muslimat tidak kedengaran menimbulkan apa-apa isu di sekitar diri Mustafa. Walaupun Mustafa tidak popular di luar Terengganu ekoran beberapa tindak tanduk dan kenyataan politiknya yang songsang dalam beberapa perkara, namun tokoh veteran itu masih dihormati di Terengganu. Suasana ini cukup baik kerana selalunya dalam pilihan raya kecil tumpuan kepada isu setempat menjadi utama.
Maknanya MSO bersetuju jika Mustafa Ali bertemu dengan Wan Farid...

Hmm... betul ke analisa tu? Mustafa Ali bertemu dengan Wan Farid...

PAS Terengganu jangan silap buat percaturan buat kali ke-3...

Silap percaturan PAS Terengganu yang pertama ialah pada PRU-11. PAS Terengganu ingat dapat pertahankan Terengganu dengan adanya serba makneka isu-isu panas yang dilihat "menyebelahi" PAS Terengganu. jadi teguran-teguran dari "luar Terengganu" tidak diambil kira sebab PAS Terenganu "selesa"... akibatnya? PAS Terengganu "berjaya" mengembaikan Terengganu kepada UMNO/BN - tahniah

Silap percaturan PAS Terengganu yang kedua ialah pada PRU-12 tempohari. dengan adanya isu-isu terkini dan ditambah pula dengan kebangkitan sokongan kepada Pakatan Rakyat, PAS Terengganu sekali lagi mencipta sejarah tersendiri bilamana parti-parti gabungan Pakatan Rakyat di 5 negeri masing-masing menikmati kemenangan mudah, PAS Terengganu pula memberi kemenangan mudah kepada UMNO/BN dan hampir-hampir berjaya di TKO (bukan Tranungkite Online) kan oleh UMNO/BN pimpinan Deris Natang.

Kesilapan kedua juga berlaku kerana "salah percaturan". PAS Terengganu jarang bersama dengan PAS "luar Terengganu" dalam menyusun strategi atau membuat percaturan dalam apa-apa perkara dalam negeri Terengganu. seolah hanya PAS Terengganu je yang betul.

PAS Terengganu membina tembok yang memisahkan diri mereka dari PAS luar Terengganu dan semua suara-suara dari luar Terengganu "dok ppaka" bagi mereka.

Berbohong ke aku bila aku buat kenyataan tu?

Buktinya lihat berapa banyak teguran dari para penyokong PAS dibuat terhadap PAS Terengganu lepas PRU-12 tempohari dan berapa banyak teguran yang diambik perhatian?

Aku rasa dari 20 teguran yang penyokong-penyokong PAS beri pada PAS Terengganu, cuma 1 je yang PAS Terengganu terima. teguran yang lain hampas... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Bila orang bagi fakta sebab-sebab kekalahan PAS Terengganu, PAS Terengganu sanggah, dikata PAS Terengganu kalah sebab "undi hantu"... ikut suka hangpa... tapi cuba hangpa (PAS Terengganu) fikir balik... antara Kelantan dengan Terengganu, dekat mana dikatakan paling ramai pengundi hantu dihantar?

Aku cakap pengundi hantu paling ramai dihantar ke Kelantan.

Tapi di Kelantan yang jumlah pengundi hantunya paling ramai dihantar, berapa banyak BAS pengundi hantu ditahan dek PAS Kelantan berbanding di Terengganu? hangpa pikiaq dekat situ... dekat Kelantan aku rasa tak de dengar pun penyokong-penyokong PAS dok tahan bas.semua depa lepas... nak masuk, masuk... nak mengundi, pergi.

Semuanya dah ikhtiar buat sembahyang hajat mintak bantuan Allah s.w.t dan akhirnya tanpa perlu tahan-tahan bas, PAS Kelantan menang bergaya... kerusi betambah... UMNO/BN lingkup terus. Awang Adek tersungkur sebelum Maghrib.

Berbeza pulak di Terengganu... tahan bas pengundi hantu sampai nak berperang, kalau tak silap aku, PAS Terengganu tahan bas hantu dekat 10 bijik dan akhirnya PAS Terengganu berjaya memberi lebih banyak kerusi kepada UMNO/BN berbanding PRU-11... tahniah.

Strategi pelingkup yang ke-2 berjaya dengan bergaya.

Jadi lepas 2 kali silap percaturan, PAS Terengganu masih tak nak terima suara dari luar Terengganu?

Terpulang... bagi aku senang je... sekali orang panggil tersilap, 2 kali orang panggil tak dak rezeki, masuk kali ke-3 kalau out jugak aku panggey "BODOH SOMBONG"!!!

Pada aku, kalau Mustafa Ali lawan Wan Farid sama dengan saje-saje nak bagi P-036 dekat UMNO/BN.hangpa nak dengar ka, tak nak dengar ka, aku tak kisah... sape pun jadik calon aku tetap sokong & aku tetap turun ke P-036.

Tapi aku kalau turun (termasuk semua sukarelawan) bukan untuk tengok PAS kalah... PAS Terengganu kena rancang betul-betul... jangan buat silap sampai 3 kali..!

10 comments:

Anonymous said...

peduli ape aku org mcm ko ni nak dtg ke tak kat KT nanti...

kalau dtg dgn niat tak elok, nak cari keburukan PAS Trg baik tak payah dtg laa...

ckp ajer terus terang yg ko ni memang anti ngan Dato Mustaffa Ali, betul kan?...

abis tu, kalau lah betul Dato Mustafa dicalonkan, ikhlas ker niat ko dtg nak menyokong nanti?

statement ko buat ni berbelit² la wahai blogger taik ayam!

Anonymous said...

Hahahah....
TR memang dungu.. x nak dengar nasihat luar...

Anonymous said...

Baik letak DR.Syed Azman..Peluang nk menang lagi besar aku rasa...
Wallahualam

....AV..........

Anonymous said...

salam anon 10.31..

apa yg dikatakan bro TP ada betulnye..bukan kita nak tentang mustapa ali..tp hakikatnya PAS Tganu kena buat yg terbaik..kalau tuan rasa takbuleh terima nampak nye masih ada lagi sisa2 yg tuan sendiri tak pecaya dgn org2 luar yg sygkan PAS Tganu...

teguran bro TP ikhlas utk PAS Tganu cumanye mungkin org lain anggap agak kasar. Bak kata hampir semua penyokong PR 'siapa yg dicalonkan lawan dgn BN kami sokong sebab kami dah takmo dah depa'.

bab ikhlas kena tanya diri kita sendiri 'adakah aku sendiri rasa apa yg aku buat ni kerana Allah atau .......?' tepuk dada tanya iman...renung2kan

Anonymous said...

Sebagai ahli parti PAS yang menyokong penuh kepimpinan Ulamak dan Mursyidul Am, elok lah tidak membuang masa dan bertelaqgah.

Elok terima sahaja pandangan beliau dan seterusnya bergerak kehadapan untuk memenangkan calun parti dalam PRK K.Terengganu nanti.

Jika banyak berbalah dan bertiori, maka terdapat juga banyak masaalah dan kesilapan.

Saya berharap ahli-ahli dan penyokong PAS di P036 kurang bertiori, sebaliknya berdiri teguh berpadu tenaga dan akur dibelakang kepimpinan Ulamak.

JANGAN TINGGALKAN BUKIT UHUD.

Mr Joker said...

Anon 9:47am - ngko dah buktikan kenyataan aku yang PAS Terengganu memang degil dan tak pernah nak dengar nasihat dari "luar", teruskan.

Kalau "teguran" ngko anggap mempunyai niat yang "tak elok", maka yang ditegur itulah sebenarnya yang "tak elok".

Bila kita sesama Pakatan Rakyat "menegur", bermakna kita ambil berat. kalau tak ambil berat, kita takkan buang masa nak tegur sesama teman seperjuangan.

Quot "abis tu, kalau lah betul Dato Mustafa dicalonkan, ikhlas ker niat ko dtg nak menyokong nanti?"

macam kenyataan aku dalam artikel dekat atas - sape pun jadik calon aku tetap sokong & aku tetap turun ke P-036.

Tapi aku kalau turun (termasuk semua sukarelawan) bukan untuk tengok PAS kalah..."

quot "statement ko buat ni berbelit² la wahai blogger taik ayam!"

terima kasih sebab berkunjung ke laman "blogger taik ayam". tak tau pulak aku ada orang minat baca dan komen ruangan "blogger taik ayam".

Sang Knacil - rosak parti sebab penyokong.

....AV.......... - mu orang Gganu, mu lebih tau, aku sokong je.

thatguy886 said... - kadang-kadang bila kenyataan kita & pendapat kita tak sehaluan walau dalam satu rumpun, perjuangan tetap sama dan apa yang kita mahu ialah perkara yang sama.

tumbangkan KERAjaan yang "gagal".

tapi x semua dalam 1 rumpun tu dpt terima teguran. bukan baru hari ni kita buat teguran, seingat aku dari bulan april smpi sekarang macam-macam pihak bagi teguran untuk perbaik, tapi............

Mr Joker said...

pak brahim - terima kasih atas nasihat dan teguran.

"JANGAN TINGGALKAN BUKIT UHUD."

ayat ni saya ingat selalu.

Anonymous said...

betul tu bro TP.
bukan senang nak pham kan org lain yg dah terlebih paham...hehehhe..

sy sokong cakap pak brahim 110%...

Anonymous said...

Kadang kala letak calaon yang power untuk bertanding pun belum tentu boleh menang. Ada kalanya, suasana dalam suatu parti politik itu lebih banyak mempengaruhi emosi rakyat sekitar kawasan tempat mengundi...Just my opinion...

Anonymous said...

Satu lagi perkara yang sangat mempengaruhi adalah daya seseorang atau kemampuan sesebuah parti itu untuk membawa kepada kemajuan dan pembangunan. Mungkin sebab PAS kalah adalah kerana mereka dilihat tidak berkemampuan. Tengok je lah nanti macam mana.