"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, December 28, 2008

Wanita kes blog hina nabi ditahan - malaysiakini

Wanita Melayu yang identiti serta gambarnya tertera pada sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad, ditahan polis petang semalam, bagi membantu siasatan kes itu mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Berita Minggu difahamkan, wanita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, ditahan di rumahnya di Kota Damansara, dekat sini, kira-kira jam 6.50 petang.

Selepas ditahan, wanita terbabit dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Perdana, di sini, untuk diambil keterangan.

Difahamkan, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 298(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Sementara itu di CHUKAI, Terengganu, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, wanita itu menemuinya dua minggu lalu dan menafikan dia adalah penulis dan pemilik laman blog berkenaan serta meminta bantuan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membersihkan namanya. Katanya, wanita itu percaya laman blog itu disalahgunakan pihak lain untuk memburukkan dirinya serta syarikat tempat beliau bekerja, tanpa diketahui motifnya.

“Saya sudah meminta RTM memuatkan cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan daripada laman blog terbabit supaya berhati-hati dan membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Nur Sejahtera dan Pembangunan Wanita Parlimen Kemaman, semalam.

Media semalam melaporkan sebuah laman blog, yang didakwa milik seorang wanita Melayu, didapati menyiarkan artikel berbahasa Melayu dan beberapa lukisan menghina Islam serta Nabi Muhammad.

Ahmad Shabery berkata, wanita itu juga berharap RTM menghebahkan perkara itu kerana laman blog itu turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu.

Katanya, beliau yakin wanita itu tidak bersalah kerana jika benar beliau mempunyai tanggapan negatif terhadap agama Islam, tidak mungkin masa yang sama laman blog berkenaan turut mempunyai ucapan berbaur penghinaan terhadap agama lain.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab kerana menyiarkan artikel menghina Nabi Muhammad dalam sebuah laman blog yang menggunakan nama seorang wanita Melayu lengkap dengan gambar dan profil peribadinya.

Oleh Ifwan Tun Tuah dan Suhaidi Mohamed Amin

9 comments:

Anonymous said...

Topeng perak,
Jika wanita ini tidak bersalah jangan dibiarkan dia dihina oleh orang yang ambil kesempatan.

kekwa66 said...

Siang-siang dah tau, kenapa tak siarkan di rtm, ini lepas tv3 hebohkan baru bersuara..apalah menteri ni...

Re!D [TeaSeRS] said...

tegakkanlah kebenaran... :)

Anonymous said...

ANA HARAP ANTA TOLONG KOMEN SIKIT,KOMENTAR YANG ANA COPY PASTE INI………….. bungaraya said…
Selepas habisnya pemerintahan Khalifah Al-Rasihidin yang empat, timbul pemerintahan Abbasiyah dan Umayiah dan seterusnya, dan sejak Bani Abbasiyyah menerajui pemerintahan islam lagi para ulamak tidak lagi berada ditampuk pemerintahan negara islam. Islam berkembang hingga ke barat dan Asia dan Gebenaornya terdiri dari pejuang-pejuang islam yang bukan ulamak. Namun islam terus berkembang. Ramai ahli ilmuan yang bukan sahaja mahir dalam pentafsiran Al Quran dan Hadith dan Usuluddin dan Syariah dan hukum hakam islam yang bercambah, malah ahli kajibintang, ahli geogharaphy, ahli mathematik dan sebagainya yang dianggap oleh sebilangan ortodok islam sebagai sekular. Negara Turkey juga ramai yang mempertikaikan islamiknya apabila Othman Antartuk menjadi pemerintah negara tersebut. Tapi ramai juga yang menganggap sampai kini itulah sahaja negara terbesar islam dikawasan sebbelah eropah.
Sehingga kini berapa banyak negara islam didunia ini yang mengamalkan / melaksanakan hukum hudud? Kafirkah mereka jika tidak melaksanakan hukum tersebut.
Saya duduk dalam sebuah negera islam seperti Malaysia. Saya kata saya seorang penganut islam sejati. Sembahyang lima waktu sehari, saya juga kadang-kdang bangun waktu malam dan membuat sunat tahajud, kadang terus sampai kepagi membuat kial mulail. Saya melaksanakan arahan puasa bulan ramadahan, saya melaksanakan zakat dan saya seorang haji. Kadang jemahan islam kampong saya memanggil saya untuk membaca doa tahlil. Negara saya tidak mengamalkan hukum hudud. Bagi pihak saya secara ain saya telah membuat suruhan Allah dan meninggalkan larangan nya. Insyallah saya akan diterima sebagai salah seorang yang beriman dan termasuk orang-orang yang salleh. Mungkin kah saya bersalah kerana tidak marah kepada kerajaan?. Aatau mungkin salah berdosa kerana tidak memaki dan menuduh kerajaan munafiq sepertyi Bro dan kifli?

Re!D [TeaSeRS] said...
This comment has been removed by the author.
Re!D [TeaSeRS] said...

new post di blog aku...
comment ya...
thanks... :)

Anonymous said...

Hukum hudud adalah diantara undang-undang yang dikeluarkan oleh agama islam. Perlu atau tidak perlu hukum hudud ini dilaksanakan disebuah negeri adalah bergantung kepada kadar jenayah yang berlaku dalam negari tersebut.

Hukum hudud akan jadi perlu dilaksanakan jika cara perbicaraan terhadap pesalah tidak adil. Di Malaysia, kita sendiri boleh lihat cara mahkamah membicarakan pesalah, keputusannya amat meragukan malah boleh dipertikaikan cara perbicaraan tersebut dijalankan.

Mengapa DAP tidak mahu hukum Hudud dijadikan undang-undang orang islam...? kerana dia sangka dia lebih berkuasa dan menentukan undang-undang mana yang patut orang islam gunakan.

Kenapa DAP menentang undang-undang islam...? Itu kena tanya UMNO kerana UMNO bersetongkol dengan DAP! UMNO gunakan DAP untuk jahanam kan orang melayu beragama islam dalam Malaysia.

Mengapa UMNO bersikap bergitu...? kerana dalam UMNO penuh dengan orang separuh melayu dan orang jadi melayu. Orang jenis ini yang secara tidak langsung jadi anai-anai dalam dalam kayu.

Dan orang jenis inilah yang sedang menghuru-harakan sistem pentadbiran parti, yang bersalah masih bergerak bebas, yang tidak bersalah dituduh melakukan kesalahan.

Anonymous said...

Saya tidak menyalahkan wanita penulis blog tersebut. Tetapi mulai mengisafi diri sendiri. Bagi saya lahirnya penulis blog tersebut dan juga golongan penentang Islam adalah disebab orang Islam tidak melaksanakan ajaran Isalam (berdakwah sama ada secara lisan atau menunjukkan contoh yang baik). Sebagai kesannya ramailah orang yang memahami Islam berdasarkan perspektif pemikiran mereka. Orang Kristien melihat Islam sebagai mana mereka melihat ajaran Kristien itu). Bagi orang yang menganut fahaman liberal, mereka melihat islam berdasarkan kebebasan fikiran mereka (tapi mereka terlupa kekuatan akal itu ada batasannya)
Dalam menghadapi isu ini, kita tidak boleh berterusan menghukum penulis blog -- hukum bunuh kalau dia Islam (hukum hudud). Kita kena siasat dahulu dan beri penerangan kepada dia tentang Islam, kemudian setelah dia faham dengan sefaham-fahamnya minta dia tarik balik kenyataannya. Setelah semua itu dilakukan baru kita jatuhkan hukuman.
Saya rasa masalah besar dalam dunia hari ini apabila semua orang mahu menghukum (menuduh, menghina atau sebagainya) dengan tanpa usul periksa. Keadaan ini akan membawa huru hara kerana yang dihukum tidak berpeluang membela diri atau menerangkan kenapa ia membuat kesalahan itu.
Dalam hal ini kita kena kembali kepada Islam yang sebenarnya kerana kes ini berkaitan dengan Islam

Unknown said...

Makeup bisa mengaburi mata kita.
http://petai.my/2010/04/lelaki-mudah-tertipu-dengan-makeup-wanita/