Benarlah Husam Musa apabila beliau berkata tujuan beliau menentang Ust Nasa baru-baru ini adalah kerana untuk menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.
Ia juga membuktikan bahawa:
a. Tidak wujud usaha untuk menjatuhkan ulama dalam PAS
b. TIdak wujud untuk menyebarkan kekuasaan Anwar Ibrahim
i. Yang sebenarnya hanyalah usaha untuk menyebarkan pengaruh Mursyidul Am
c. Tidak wujud usaha untuk meliberalisasikan PAS ke arah menjauhkan diri dari Islam
d. Membuktikan wujudnya Fraksi UMNO dalam PAS
Yang sebenarnya konflik yang wujud sekarang ini adalah hasil dari usaha beberapa pihak untuk membawa PAS kepada UMNO, seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang itu.
Lihatlah betapa bebalnya sesetengah penyokong PAS. Di bawah adalah komen dari seorang penyokong PAS bernama AFyan yang sama sekali tidak nampak isu yang sebenar tetapi menaikkan isu-isu bebal seperti PKR itu sekular dsbnya.
Hasilnya, ahli PAS seperti Afyan sebenarnya menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO. Lihatlah salah satu komen beliau seperti dibawah:
"June 6, 2009 9:02 AM
Delete
Blogger Afyan said...
PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini.
Anwar ternyata tidak pandai mendidik orang-orangnya sehingga berlaku tragedi hitam di Perak.
Namun, tiada siapa yang mngecam Anwar dalam hal ini.
Seandainya ia berlaku di dalam PAS, nescaya Tok Guru HAji Hadi akan dikecam hebat oleh para penyokong Anwar.
====
Begitu juga sekiranya jika ulama yang buat press conference, nescaya ramailah yang akan mengecam.
Tetapi apabila yang pro-Anwar yang buat cenference tidak ada apa-apa."
Penyokong2 puak2 Fraksi UMNO ini seperti tidak ketahuan. Mereka menyalahkan orang tanpa sebab. Mereka membuat tuduhan rambang dan liar kepada orang lain, padahal mereka sebenarnya menutup agenda mereka yang sebenar, yakni membawa PAS kepada UMNO.
Lihatlah bahagian yang di "bold" seperti di atas. Tuduhan Anwar cemburu, dan penyusupan melalui proksi adalah tuduhan rambang dan tidak masuk akal.
Mereka membuat tuduhan liar dan fitnah ini kerana mahu melindungi pemimpin mereka yang telah berbohong kepada AJK PAS Pusat dan ahli PAS keseluruhannya dengan menyatakan mereka tidak pernah berjumpa dalam gelap.
Orang seperti Afyan ini lebih rela menyokong pembohong dari pimpinan yang tetap atas landasan perjuangan PAS.
Mengenali Fraksi UMNO Dalam PAS- BAgaimana?
Akhir sekali, amat mudah mengenali Fraksi UMNO dalam PAS. Sesiapa sahaja:
a. yang menyokong usaha berdakwah dengan UMNO,
b. kerajaan perpaduan,
c. Muqabalah
d. yang mengatakan kita PAS adalah parti dakwah dan perlu berdakwah dengan UMNO
e. dan juga, yang tidak mahu mengatakan TIDAK kepada cadangan PAS masuk BN
Mereka inilah Fraksi UMNO dalam PAS.
Tulang Besi
1 comment:
Salam reformasi...
Sebagai orang lama dalam politik tanahair dan PKR khususnya, Pak MB merasakan semua pihak agak terlalu teruja sangat dengan isu 'Unity Gomen' ini. Dalam politik, proses 'test market' amatlah penting.
Pak MB berpendapat bahawa apa yang sedang dilakukan oleh Presiden & Timbalan Presiden PAS sekarang adalah lebih kepada hasrat mereka untuk memberi MESEJ kepada PKR & DAP bahawa (lebihkurang..):-
1. PAS kini dah bersedia untuk menerajui Pakatan Rakyat.
2. PKR & DAP perlu bersedia untuk memperuntukkan lebih ramai calun PAS(Parlimen & DUN) dalam PRU akan datang (bagi merealisasikan perkara 1 di atas).
3. PAS berkeupayaan untuk menjadi parti pembangkang yang kuat tanpa Pakatan Rakyat (sekiranya tuntutan di perkara 2 tidak dilayani) berdasarkan 'trend' sokongan yang diperolehi sekarang dari pengundi Cina/India dan kesediaan ubn untuk bekerjasama dengan PAS.
Pak MB yakin kedua-dua pemimpin tertinggi PAS (yang Pak MB kagumi akan ketokohan mereka) serta para penyokong 'unity gomen' yang lain telah lupa bahawa kewujudan Pakatan Rakyat adalah atas kehendak ALLAH jua. Dengan keberakatanNYA ke atas pengwujudan PR tersebut maka kini sahabat-sahabat bukan Islam (dalam PKR dan DAP khususnya) telah membukakan minda mereka untuk memahami dan seterusnya menerima perjuangan politik PAS yang berlandaskan ISLAM. ALLAH telah menyusunkannya dengan baik maka dengan itu janganlah kita tertipu dengan status kejayaan semasa yang tak seberapanya ini.
Fikir-fikirkannyelah ye..
Post a Comment