"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, June 02, 2009

Betul Ke Mustafa Ali Salah Guna Kuasa..?

Semalam, kawan gua dari Kedah call gua, bgtau satu cerita panas beb.

Member gua bagitau yg Mustafa Ali (Cikgu Pa) dah salahguna kuasa dia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan kali ni. Ada 2 kesalahan NYATA yg dia dah buat :

1) Cikgu Pa telah turun ke Kedah utk jumpa Ust Azizan. Motifnya? Nak cuba pujuk dan deal ngan Ust Azizan utk pengaruhi YDP2 kawasan kat kedah spy undi Nasa sebagai Timb Pres. Apa cite Pengerusi SPR PAS tolong berkempen utk Nasa?? Gua rasa baik perwakilan kemukakan usul supaya pecat Cikgu Pa drp jawatannya, sebab dah melanggar etika dan akhlak sebagai Pengerusi SPR.

2) Cikgu Pa telah cuba mempengaruhi Ustazah Nuridah, calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, untuk menarik diri daripada bertanding, dan memberi laluan kepada adiknya (Dr Asiah Ali). Bab ni yg aku paling tak puas hati. Dah la melanggar etika, pastu ada unsur2 kronisme, nak memenangkan adik sendiri menggunakan cara yg kotor.

Gua dapat info ni daripada sumber yg sahih. Kalau korg semua tak percaya, boleh tanya Ust Azizan sendiri utk kes 1) dan tanya Ustazah Nuridah sendiri utk kes 2).

Nampaknya geng2 Nasa ni dah guna taktik kotor untuk mengekalkan jawatan sebagai Timb Pres. Memperkudakan Pengerusi SPR pemilihan, dan bekerjasama dengan Utusan Melayu sebagai lidah rasmi.

Tapi Utusan Malaysia lupa, bahawa perwakilan2 PAS kali ni lebih bijak dalam membaca percaturan keji UMNO-BN. Perwakilan dah nampak semacam apabila Utusan Malaysia tanpa segan silu memuja Nasa, dan membalun Husam seteruk-teruknya. Budak darjah satu pun tau ni semua menunjukkan bahawa kemenangan Nasa akan memberi KEUNTUNGAN BESAR kepada UMNO-BN, dan kemenangan Husam akan membawa KERUGIAN BESAR kepada percaturan UMNO-BN. Patutnya kalau la Husam ni betul2 ada agenda nak rosakkan PAS, patutnya Utusan Malaysia akan biarkan je Husam menang. Sebaliknya, Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO telah memburuk2kan Husam dan meminta perwakilan PAS memelihara perjuangan PAS selama ini. Aik? Gila ke apa ni?

Takkan kita nak kena tipu hidup2 dengan percaturan media musuh yg selama ini sering menyerang ulama2 PAS?

Apakah percaturan UMNO-BN ini? Percaturan mereka ialah untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat sebelum tiba PRU-13, dan UMNO-BN tahu bahawa senjata terbaik untuk meruntuhkan komitmen PAS dalam PR ialah dengan menggunakan “orang dalam”, (bak kata TG Haron Din), iaitu org yg hatinya, fikirannya, tindaktanduknya, aktivitinya TIDAK menjurus kepada usaha memperkukuhkan PAS dalam PR. Bukan sahaja tidak berminat nak perkukuhkan PAS dalam PR, malah menjual nama Majlis Syura Ulama untuk menghalalkan pertemuan sulit dengan pimpinan UMNO-BN, disamping menipu AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan sendiri. Ini antara kekesalan Mahfuz Omar tentang penipuan "orang dalam". Boleh baca kat sini : http://gemasuara.blogspot.com/2008/07/surat-terbuka-mohon-maaf-daripada-ketua.html

Memandangkan “orang dalam” itu mempunyai KPI, prestasi yg sangat mandom di dalam parti dan sebagai ahli parlimen, maka perang saraf telah dilancarkan oleh penyokong2 “orang dalam”, kononnya “kepimpinan ulama terancam”, “erdogan vs ulama”, “ulama vs professional” dan macam2 lagi momokan. Tujuannya hanyalah untuk MENGALIHKAN perhatian perwakilan daripada menilai track record, report card, KPI dan merit calon2 yg bertanding.

Walhal TGNA dah banyak kali sebut bahawa isu itu tidak relevan kerana PAS sudah ada Majlis Syura Ulama untuk menjaga, memandu dan menasihati Majlis Eksekutif PAS sepanjang masa. Perlembagaan PAS juga telah menetapkan bahawa sesiapa sahaja boleh diangkat sebagai kepimpinan, kerana konsep kepimpinan ulama sudah didokong dengan kewujudan institusi Majlis Syura Ulama.

Gua dengar cerita, pada awalnya ramai la jugak perwakilan yg TERMAKAN dengan momokan2 yg dijaja oleh parasit2 dalam PAS. Tapi menjelang pemilihan ni, gua dengar ramai perwakilan dah tau duduk perkara yg sebenar, dan kebanyakannya rasa menyesal kerana telah termakan dengan hasutan yg takde asas.

Apapun, gua yakin Allah akan pelihara PAS dengan menyelamatkannya daripada menjadi mangsa percaturan “orang dalam” PAS dan “majikannya”(UMNO-BN).

Gua juga yakin UMNO-BN akan kecewa besar pada muktamar kali ni, apabila perwakilan membuat keputusan bijak untuk TIDAK mengundi calon pilihan Utusan Malaysia (Nasa), sebaliknya memilih calon yg DIBENCI oleh Utusan Malaysia (Husam ataupun Mat Sabu).

Ucapan terakhir gua untuk “orang dalam” dan UMNO-BN :

Selamat tinggal UMNO-BN ke lembah kehancuran bersama fraksi2 mereka dalam PAS!!!

Selamat tinggal muqabalah!!!

Selamat menggigit jari kaki melihat perwakilan PAS memartabatkan Islam menjelang PRU-13!!!

Sumber -KEPALA OTAK BERJAMBUL

10 comments:

joostspring said...

betul2 dasyat dan hebat gerakan erdogan ni...org2 pas yg xsehaluan dgn husam ataupun lebih tepat ALJUBURI ditentang habis2an..

pas skrg bkn memperjuangkan islam ttp hanya kepentingan individu tertentu shj...

tok iskandar said...

Lama dah tok nak menyembang.bertapa kat dua tiga gunung menambah ilmu di dada.
tok nak ulas sikit tentang kemenangan dr mansor kat Penanti.
Biarpun hanya 46% keluar mengundi tapi kehebatan PR di kaca mata rakyat telah terbukti pasal UMNO awal-awal lagi dah tarik diri tak nak bertanding.Rakyat dah nampak betapa baculnya UMNO.tempat tak yakin menang,surrender awal-awal tapi kat Manek Urai nak pulak bertanding.
UMNO yakin menang kat Manek Urai pasal kat sini majoriti melayunya lebih 99%.Undi bukan Melayu memang dah confirm bukan milik UMNO.
Benarlah kata TG Nik Aziz,UMNO dah jadi sebuah parti bertaraf bebas.
Sekarang UMNO yang dah nak rebah mengharapkan PAS pecah belah dengan umpannya yang galak melabel fraksi-fraksi dalam PAS kepada golongan ulama dan profesional atau lebih dikenali puak erdogan.
sebenarnya dalam PAS ok jer.gelorapun setakat dalam cawan.Perwakilan PAS tak seperti perwakilan UMNO mudah termakan umpan kain batik dan duit kopi.mereka lebih bijaksana.
mereka dah masak keja poyo media totok umno yang bekerja 24 jam main perang saraf untuk menjahanamkan PAS.
Sedar atau UMNO saja buat tak sedar perwakilan PAS memang menolak kerjasama dengan UMNO kerana sedar dengan kelicikan parti itu memperalatkan kawan dan lawan dalam parti.
MB PAS di Perakpun ditumbangkan dengan cara mengaibkan dan beliau telah dituduh boneka cina.itulah mainan politik 3 suku umno.asal kalah je ajak berunding untuk perpaduan.

Anonymous said...

khas untuk pemimpin - pemimpin pas pro muqabalah umno
jika ada lagi rundingan antara pas dan umno atau kerjasama antara pas dan umno, saya akan jd orang pertama isytihar keluar pas dan masuk pkr. penat2 kita berdemonstrasi, disembur air dan gas pemedih mata oleh fru dan kini beberapa pemimpin atasan cuba nak bentuk kerjasama dgn umno?? ingat kami ni dibayar ke untuk kena gas pemedih mata 2? anda tiada didalam barisan hadapan demonstrasi dan anda patut hormat kami, perjuangan kami! jika ingin lihat perpecahan dalaman pas, cubalah sertai bn. pasti ramai yang akan keluar parti. baru perintah 3 negeri dah berlaku macam ni. lagi elok kalau kita kalah.

Anonymous said...

Nampak sangat Blog "kepala otak berjambul", seorang cyber tropper umnDUL baru belajar wat blog. Ada juga yang bengong terpengaruh.

Saya tak paham kenapa saudara pastekan dalam blog saudara. Saya peminat saudara sebelum ini, tapi sekarang saya dah tawar hati. Apa agenda saudara sebenarnya. Nak hancurkan PAS? Nak hancurkan PR? Sepatutnya saudara lebih cerdik.

Alhamdullilah saya cerdik sikit(walaupun sekolah dulu bengong gak) tapi ada gak orang yang bengong.

Api tengah marak lepas tu saudara letak petrol.

Sebagai peminat saudara, Saya amat kecewa ngan saudara. Remuk rasanya.

Pemuda PAS Pahang sejak PAS bersama APU,
Firdauz.

aidilbalsus@yahoo.com

Unknown said...

bahaya....serabut....kalau dalam PAS pun dok semangat bangsa lagi..habih...habih...lingkop perjuangan...Dulu dah kena tipu hidop2 dgn perikatan tak kan tak ingat lagi..haaa?? Heran...makin bijak makin sempit dok pikiaq...

Sebal said...

Hoi, kau ni org PAS ke UMNO..yg kena beri bukti pertuduhan kau ni..adalah kau sendiri..asik buat kerja fitnah aje..aku ingat kau ni tak cukup tarbiyah kot..umno yang yang tarbiyah kau kot..aku dah mula naik muak dgn blog yang pro erdogan ni...cara kau buat kerja ni..macamlah semua pimpinan PAS yang kau tak sokong tu..salah belaka..kau kena dengar apa YB Khalid and Salahuddin AYud kata..jangan termakan dgn perang saraf umno utk melagakan pimpinan and ahli pAS..jangan sebab pertandingan ni PAS and kau dgn ahli pas yang berbeza pendapat..berpatah arang..

Anonymous said...

Status quo dari UMNO dan PAS sama jek.. Takut perubahan.. Nape lak geng-geng UMNO nie sibuk sgt ngan muktamar PAS tahun nie.. Dok kutuk 'Geng Erdogan' yang depa sendiri bagi nama.. Ada apa2 ka?

Aku nak Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS.. UMNO mesti tercirit punya la..

Lee Copper said...

Gua ingat gua daftar jadi ahli Pas lebih lama dari dari Ust Nasa.

Gua ingat juga, kalau Ust Nasa menang Timb Presiden ini kali, gua kena cari lain parti.

Parti lain yang gua nampak roketlah - DAP.

Anonymous said...

Keja jahat dan menyalah guna kuasa memang keja Pa Ali ni.Awat tak tahu lagi ka dah lama dah depa dok buat keja ni setiap kali pemilihan mereka ni lah yang dok atok pemimpin PAS di pusat.saya orang kedah dan rapat dgn pimpinan kawasan dan negeri.Bukan sekadar PA ALI turun ke kedah tapi hampir tiap tiap hari dok talipon kat YDP dan pewakilan Dia dapat excess mudah kat Kedah sebab MB Kedah Sendiri adalah salah sorang master mind mereka.Sebab tu bila Azizan Sala mula jadi pesuruh jaya Kedah dia mula cantas secara sistematik awal awal lagi puak yang tak setuju denganya khususnya para aktivis dan pejuang PAS yang jadi orang kuat oleh Al marhom bekas Presiden Ustaz Fadzil Noor.Lihat apa jadi pada Haji najib Fahmi dan Bekas ketua Pemuda Pas Harith Awang.Semuanya jadi mangsa.Bagi saya PA Ali dan Azizan Sala dan Naza si budak kecik(Najib Baby Boy) dah political over dose.Nak atok Pas supaya ikut cara mereka dan berlunak dengan UMNO.

Anonymous said...

Kesimpulannya begini ... jika individu-individu yang terlibat di dalam pemilihan disokong secara langsung atau tidak langsung oleh umno melalui media arus perdana, tolaklah mereka. Takkan kita nak percaya dengan akhbar-akhbar yang pro-umno yang selama ini kita kutuk?