Salam kawan-kawan khususnya para guru.
Saya dulupun seorang guru, guru yang mengajar Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Sejarah Islam (STPM). Setelah mengajar 15 tahun, saya bersara awal (mac 2004). Pernah mengajar di SMK Ahmad Pekan, SMK Tg. Afzan Kuantan, SMK Tanah Putih Kuantan dan terakhir di SMK Kota Marudu Sabah.
Apa yang tak kena dengan Kementerian Pelajaran? Apa dah jadi Menteri Pelajaran yang baru yang juga Timbalan Perdana Menteri? Apa yang menyebabkan mereka hendak menghadkan pengambilan mata pelajaran/subjek dalam Peperiksaan SPM kepada 10 subjek sahaja. Apa dah jadi?
Bukan semua pelajar SPM yang ambik 18, 19 atau 20 subjek. Hanya segelintir sahaja, tak sampai 1%pun daripada bilangan pelajar yang mengambil SPM. Pihak sekolahpun tak paksa pelajar ambik 18, 20 subjek melainkan yang mampu, itupun guru-guru bantu.
Tahulah kami para guru. Guru-guru adalah golongan professional.
Apa alasannya? Alasan yang munasabah dan masuk akal.
Tak ada satu alasanpun untuk dihadkan pengambilan mata pelajaran. Kalau nak ditinjau dari segi bebanan akademik tak timbul kerana memang mereka mampu, subjek teras tak terganggu. Ditinjau dari segi kewanganpun tak ada masalah kerana pihak guru secara sukarela membantu. Kekangan dan susah payah ibu-bapa hantar tuisyen tak timbul kerana pelajar boleh mengambil subjek minima. Ditinjau dari segi jadual peperiksaan pun tak timbul kerana boleh diselaraskan oleh Bahagian Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya risau, takut-takut ada agenda yang tersembunyi.
Kita tak lupa nasib yang pernah menimpa SAR (Sekolah Agama Rakyat) apabila kerajaan menarik balik bantuan perkapitanya. Banyaknya sekolah SAR yang ditutup. Muslim Tak Mudah Lupa, yang lupa orang Melayu.
Saya risau dan bimbang kalau ada hidden agenda atau agenda sulit. alMaklumlah yang mendapat pelajar terbaik SPM 2006, 2007 dan 2008 adalah pelajar-pelajar dari sekolah agama. Siti Fatimah mendapat 18A (SPM 2006), Azali Azlan 20A(SPM2007) dan terbaru(SPM 2008) Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, Sek Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu Kelantan, mendapat 20A . Cuma pada tahun 2005 pelajar terbaik SPM ialah Nor Amelina, itupun hanya mendapat 16A.
Kita hendaklah adil, professional... Janganlah kerana bunyi ‘agama’ mula nak buat kajian kononnya. Sudahlah mengkhianati dan memusuhi sesuatu yang berbunyi Islam atau agama.
Buangkan jauh-jauh semangat perkauman dan anti agama.
Sekian, terima kasih.
Sulaiman
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam..
ak harap agar isu ni diketengahkan...
jangan asyik kalut dengan politik..
ini masalah pendidikan negara..masa depan pelajar pelajar kita...
jika kementerian hendak teruskan jugak dasar sekular ini...saya biimbang golongan pelajaryang celik agama dan sains akan berkuranagn...
harap dihighlight skit !!
minta tolong!!..
demi AGAMA ISLAM yang tercinta ini..
ALLAHUAKBAR!!!
perisik rakyat kaki pit
kutip derma utk beli ganja
Kah kah kah
Dah jatuh dah imej Alam Shah, Tengku Kursiah ngan sek yg tak terkenal ni
Kah kah kah
Kat ne sek yg tak terkenal tue?
Kah kah kah
Ni sume nk pesongkan perhatian rakyat jelata dr PPSMI
Kah kah kah
hairan..kenape ye? menteri pelajaran beragame islam ttp tindak tanduk bkn mcm org islam. agaknye semangat melayu yg sekular je lebih. lihatla masalah sosial skrg akibat dari dasar pendidikan yg sekular ni....dan siape yg dipersalahkan...cikgu jugak!
tolong halang hidden agenda ini...
sebenarnya aku tumpang gembira/bangga bila baca kisah pelajar dari aliran agama dpt berbelas/puluh A ni...otak genius.
Yg ni geng sekular takut sgt ni....
Anonymous said...
perisik rakyat kaki pit
kutip derma utk beli ganja
June 2, 2009 3:26 PM
Anda benar-benar mengecewakan.. andalah najis sebenarnya..
Post a Comment