"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 11, 2009

Imbas: Mustafa Ali Perlu Disingkir Dari PAS - siri 1

Baca artikel yang pernah di keluarkan oleh Tun Telanai pada Bulan September 2008,

Dalam temu ramah dua muka surat penuh itu [MS : 10 dan 11] dengan bangga beliau membuat analisis Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat akan gagal mengambilalih kerajaan persekutuan kerana beberapa faktor yang dilontarkannya itu boleh diperbahaskan. Saya tidak bercadang untuk membincangkan faktor-faktor tersebut kerana nampak benar kita tidak faham Perlembagaan negara.

Sebelum itu, Mustafa telah membuat satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] pada 11 September 2008, menyebut berulang kali bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR [maksudnya : Pakatan Rakyat] akan gagal mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO, faktornya sama apa yang dikutip oleh Harakah. [sini].

Fikiran saya tertanya-tanya : Apakah agenda tersembunyi yang cuba dibawa oleh Harakah [mewakili suara PAS] yang diwakilkan kepada Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman, Zulkifli Sulung, Mohomad Sayuti Omar dan Tarmizi Mohd.Jam. Adakah misi yang dibawa oleh Harakah itu bercadang membunuh Pakatan Rakyat khususnya politik Anwar Ibrahim atau adakah Harakah cuba memberi bantuan kecemasan membina semula kekuatan UMNO yang semakin tidak popular dan kini berada dalam situasi yang amat gawat dengan harapan untung-untung UMNO kembali pulih dan beberapa kerat para pemimpin PAS dari golongan oppotunist ini dapat habuan duniawi?

Kenyataan Mustafa Ali mendapat tentangan dan kemarahan daripada Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan. Dalam satu kenyataan yang tidak disiarkan oleh Harakah, beliau habis-habisan menentang cubaan Mustafa Ali mengalihkan pandangan rakyat yang bencikan kepada UMNO dan mengharap Pakatan Rakyat amblialih kuasa daripada UMNO [sini]. Setakat hari ini [18 Ogos 2008] kita belum lagi dengar pandangan daripada Presiden PAS. Mungkinkah beliau bersetuju dengan gelagat Mustafa Ali itu atau dalam istilah ‘lempar batu sembunyi tangan’?.

Baca selanjutnya di[sini].

11 comments:

Atuk Banjar Masin said...

KERAJAAN PERPADUAN

Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

Anonymous said...

Aku pun x suka Mustafa Ali...

Anonymous said...

ade ke mustafa ali suke kat korang yg agak tutt nie? hahaha! :p

Jebat Derhaka said...

“MUSUH DALAM SELIMUT”-Adakah gagasan menuju ke Putrajaya Anar Ibrahim digagalkan oleh Pemimpin dalaman PAS?

Perkembangan terbaru selepas muktamar PAS yang lepas sangat menarik untuk kita perhatikan dan kupas. Ia mendedahkan lebih banyak rahsia-rahsia dalaman tentang apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dan PAS terutamanya.
Saya menulis artikel ini bertujuan untuk melihat grand design yang disembunyikan oleh pemimpin PAS yang mengaku memegang amanah rakyat yang mengundi mereka.
Apa yang berlaku dalam suasana politik terbaru ini sebenarnya mendedahkan sipakah sebenarnya yang mengagalkan gagasan 16 september yang dibawa oleh Anwar Ibrahim (sila baca artikel dari MaT Saman Kati-Perak Express). Berikut adalah maklumat yang perlu dibaca oleh semua penyokong yang ingin menguburkan UMNO:-
1. Sebelum itu, Mustafa telah membuat satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] pada 11 September 2008, menyebut berulang kali bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR [maksudnya : Pakatan Rakyat] akan gagal mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO, faktornya sama apa yang dikutip oleh Harakah. [sini].
2. Kenapa Mustapa Ali sangat yakin Anwar Ibrahim akan gagal dalam mengambilalih kuasa dari BN? Semua orang tahu bahawa Mustapa Ali adalah orang yang banyak memberi nasihat kepada TG Hj Hadi. Beliau juga adalah seorang Think-Tank bagi perjalanan politik PAS dan mepunyai pengaruh besar dalam merencanakan perjalanan strategik PAS. Beliau juga adalah pengarah kepada suara rasmi PAS iaitu HARAKAH. Maka sudah pasti beliau mempunyai sebab yang besar untuk mengeluarkan pendapat yang jelas bertentangan dengan kehendak dan arus dari penyokong PR yang jelas inginkan perubahan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.
3. Dalam pemilihan terbaru PAS , kita tahu siapakah sokongan yang diberikan oleh belaiu. Dan kita boleh lihat beberapa pemimpin seperti Ustaz Nasha dan Hassan Ali yang begitu kuat menyokong gagasan muzakarah dengan Umno. Dan berita kuat mengatakan bagaimana Hassan Ali telah berjumpa dnegan Khir Toyo dalam mebincangkan perkembangan kerajaaan baru Selangor selepas sahaja keputusan PRU12 . Kini kita tahu kenapa Hasssan Ali sangat kurang bersuara dalam membuka “kudis-kudis” keranajan BN lama.
4. Terbaru berita penganjuran muktamar yang mendapat bantuan sokongan dari badan korporat yang rapat dengan UMNO seperti PUNCAK NIAGA telah dibawa oleh wakil shah Alam. Kita tahu bahawa PUNCAK NIAGA telah mencetuskan maslaha kepada kerajaaan selanjor pimpinan Tan Sri Khalid. Dan penganjuran Muktamar PAS kali ini dikendalaikan oleh PAS SELANGOR pimpinan HASSAN ALI.
Dari maklumat dan perkembangan terbaru dari politik pas , semakin jelas sebenarnya ada penglibatan besar pemimpin tertentu di dalam PAS yang sangat AKRAB dengan UMNO. Mereka ini wajib dipantau kerana strategi Pakatan Rakyat akan dikongsi oleh dengan rakan akrab mereka UMNO. Selain itu mereka ini akan mengagalkan banyak visi dan misi pimpinan PR yang diamanahkan oleh rakyat untuk menguburkan UBN.
Saya berpendapat BLOGGER atau pemerhati politik wajib memerhatikan pergerakan pemimpin-pemimpin ini supaya tidak berlaku kebocoran maklumat dan rahsia perjuangan menentang UMNO. Saya tegaskan bahawa jika perbezaan pendapat berlaku antara pemimpim PAS, kita masih agap ia sebagai sebahagian dari proses demokrasi tetapi DITAKUTI mereka ini telah dijangkiti dan “DI UMPAN” serta membawa sekali warisan UMNO sendiri iaitu penyakit gila babi wang dan projek. BLOGGER perlu membongkar maklumat jika terbukti pemimpin-pemimpin ini mula mendapat bantuan besar dari rakan akrab mereka.

Saya khuatir mereka ini berselindung dengan gagasan Islam dan keadilan rakyat tetapi bersedongkol untuk menyelamatkan UMNO.
Salam

Anonymous said...

setuju. adakan muktamar khas untuk singkirkan nasha, hasan ali, mustafa ali dan 2-3 kerat lagi gunting dalam lipatan ni sebelum mereka melingkupkan PAS dan seterusnya PR. Kita (PR) yang nak lingkup ke ataupun munafik 3-4 kerat ni yang nak kena kasi pelingkup?

C++ said...

Mmmmmm....

Susah jugak yer... rasanya lebih baik mana-mana pihak yang rasa diorang membebankan PAS tue kuar dari PAS jer... kan senang...

tapi tue la... susah nak cakap... sendiri mau ingat la..

Anonymous said...

cukup2 laa fitnah orang begitu dan begini. Semuanya dah jelas. xkan ada kerjasama dengan umno. jangan hang plak jd batu api neraka nak pecahkan PAS & Pakatan Rakyat.

Buka mata luas2. Base of Pakatan Rakyat adalah PAS. jangan ego dengan kemenangan yang sekelumit ni.

Bersama Kukuhkan Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

diam lah perisik rakyat....

memang sah hang ni,pemecah-belah pakatan rayat...

selepas hang fitnah pasal kerajaan perpaduan(tuan guru hj Hadi dan Ust Nasa)...

ni hang buat fitnah kat mustafa ali plak...

fitnah jangan kita kejutkan,ingatlah pesanan Allahyarham ust Fadil Noor..


saya doa moga2 hang diberi petunjuk dari Allah...kalau hang masih buat fitnah lagi,saya doakan moga-moga Allah balas dengan setimpanya...

tuggulah kebenaran yang nyata...

hidup kita bukan didunia sahaja,akhirat masih ade lagi...

Anonymous said...

Tak perlu semak, tak perlu tanya Us Hadi....Mustafa Ali dah jadi Setiausaha Agung PAS. Kamarudin Jaafar - Barua anwar selama 2 tahun dalam PAS dah di PECAT !!!!
He....He....kirim salam pada anwar, suruh lupakan mimpi dia tu.Apa yang Mustafa Ali cakap tu memang betul....cuma PENJILAT anwar saja yang masih percaya pada ilmu sihir anwar.kesian....kesian...otak cap ayam, nak buat macam mana....

pejuang said...

Nik aziz kata siapa sokong cadangan Kerajaan Perpaduan merupakan Boneka UMNO. Cukup jelas kat sini siapa Boneka UMNO sekarang. Teruskan perjuangan Perisik rakyat.

Anonymous said...

Tak perlu semak, tak perlu tanya Us Hadi....Mustafa Ali dah jadi Setiausaha Agung PAS baruan UMNO penjilat Najib dalam PAS dah di Lantik!! !!!!
He....He....kirim salam pada Najib, suruh lupakan mimpi dia tu.Apa yang Nik Aziz cakap tu memang betul....cuma PENJILAT Najib saja yang masih percaya pada ilmu sihir Najib.kesian....kesian...otak cap ayam, nak buat macam mana....