"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 11, 2009

PRK Manek Urai: Memujuk Calon UMNgOk - malaysiakini

Berita datang dari dalam almari file Putrajaya...

Najib dalam usaha memujuk seorang anak jati Manek Urai yang bekerja diluar negeri Kelantan dan berpangkat (Panglima kalau tak silap) dalam Angkatan Tentera Malaysia supaya meletak jawatan dan menjadi calon Barisan Nasiyonal dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai.

Usaha memujuk sedang giat dijalankan oleh wakil Najib dengan harapan menggunung kononnya jika individu tersebut mewakili Barisan Nasiyonal, maka peluang Barisan Nasiyonal untuk menakluk DUN Manek Urai akan menjadi kenyataan.

Apa yang menariknya ialah, individu yang sedang dipancing oleh Najib ini datang dari keluarga PAS. kalau di Manek Urai, ada 2 keluarga besar pro PAS dan salah 1 dari keluarga tersebut ialah keluarga angkatan tentera ini.

Nampaknya Najib cuba untuk memecah belahkan sokongan ahli-ahli PAS dan juga mungkin sedang cuba untuk memecah belahkan keluarga besar pro PAS ini sekiranya individu tersebut menerima pelawaan Najib untuk menjadi calon Barisan Nasiyonal dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.

Dengan strategi begini juga kita telah nampak bahawa kenyataan UMNgOk/Barisan Nasiyonal yang mengatakan mereka tidak ketandusan bakal calon adalah retorik semata-mata.

Kalau tidak ketandusan calon, masakan Barisan Nasiyonal terpaksa memancing seorang yang datang dari keluarga Hardcore PAS untuk menjadi calonnya?

Langkah awal Najib sudah menampakkan yang UMNgOk/Barisan Nasiyonal bakal menerima kekalahan yang seterusnya dalam Pilihanraya Kecil di Malaysia dan bakal meng"hatrick"kan Najib sebagai "Bapa Kekalahan" dan ianya bakal mencipta satu lagi sejarah terulung di Malaysia selepas ini.

Aku cadangkan supaya pihak parti PAS dan Pakatan Rakyat menyiapkan 1 Piala Khas untuk dianugerahkan kepada Najib sekiranya Barisan Nasiyonal kalah lagi dalam Pilihanraya Kecil yang akan datang.

Kita berarak ke Putrajaya dengan Piala "Bapa Kekalahan" untuk dianugerahkan kepada Najib di pejabat dan kediamannya sekiranya Najib gagal lagi dalam misi "kecil"nya kali ini.

Aku rasa Che'Gu Bard dan Samsul Iskandar berminat dengan cadangan ni... amacam..?

No comments: