"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, June 11, 2009

Perancangan Fraksi UMNO Seterusnya: Pecahkan Pakatan Rakyat

Hakikatnya, Fraksi UMNO telah dibeli oleh UMNO. Sewakty Muktamar di Shah Alam baru2 ini, sebuah syarikat UMNO, Puncak Niaga, telah menaikkan beberpa kain rentang sempena Muktamar PAS.

Dan Puncak Niaga yang sama yang bertanggungjawab menaikkan bil air kita di Selangor. Antara keperluan kenaikan bil air adalah untuk membayar gaji Pengerusi Puncak Niaga, Razali Ismail, sebanyak RM5.1 juta setahun.

Saya tak tau nak kata, tapi apakah mungkin sebuah syarikat UMNO boleh meraikan perhimpunan agung parti yang musuh kepada UMNO? Adakah mungkin syaitan akan meraikan perbuatan ibadah hamba2 Allah? Adakah mungkin sebuah syarikat yang zalim boleh menykong sebuah parti Islam?

Malaysiakini melaporkan bahawa tempat tinggal pimpinan2 tertinggi PAS telah dibayar oleh individu-individu yang tidak dikenali. (http://www.malaysiakini.com/news/106162)

Mengikut kenalan saya yang merupakan sebahagian dari Fraksi UMNO, antara agenda utama mereka adalah untuk persempadanan pilihanraya kelak. Fraksi UMNO telah mencadangkan kepada UMNO bahwa mereka mahu 75% dari kawasan Parlimen menjadi majoriti melayu.

Perkara ini tentulah akan menguntungkan UMNO kerana fraksi UMNO kelak melihat bahwa PAS akan bersama UMNO. Jadi, apa yang akan menguntungkan UMNO bakal menguntungkan PAS.

Permainan Sudah Bermula

Kenyataan2 berkaitan Kerajaan Perpaduan dan berunding dengan UMNO yang dilayangkan oleh puak2 Fraksi UMNO baru2 ini adalah “prelude” atau permulaan kepada usaha memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Kita lihat, kenyataan2 seperti ini telah pun menimbulkan rasa gelisah serta tidak senang di kalangan komponen2 parti Pakatan Rakyat. Untungnya, mereka merancang dan Allah SWT juga merancang.

Usaha mereka ini yang pada mulanya bertujuan menimbulkan kegelisahan di kalangan Pakatan Rakyat telah disambut dengan kebencian yang sangat tinggi di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Sehingga mereka terpaksa memberhentikan polemik Kerajaan Perpaduan dan ‘Rundingan dengan UMNO” secara serta merta. Nampaknya, ahli-ahli PAS sudah mula memberontak terhadap cadangan-cadangan ini.

Taktik Seterusnya

Tapi, selepas ini, isu-isu seperti hudud dan negara islam akan dilayangkan oleh puak2 ini bagi bertujuan untuk memaksa DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Taktik ini telah berjaya dilakukan oleh Dr. Mahathir dahulu dan biasanya DAP yang akan melompat keluar dahulu.

Seteleh Pakatan Rakyat pecah, barulah Fraksi UMNO akan mengenegahkan agenda PAS-BN ini secara terbuka kepada ahli-ahli PAS kerana di waktu itu, demi untuk menyelamatkan kerusi2 PAS, tidak ada pilihan lain kecuali menyertai kerajaan campuran PAS-BN.

Sekaligus menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional serta pentadbiran Najib. Pimpinan2 PAS yang terbabit akan mendapat laba yang sangat banyak dan melimpah-limpah.

Diwaktu itu, Islam adalah menjadi prioritas yang tercorot kerana mana mungkin PAS akan memperjuangkan Islam lagi apabila sudah berada satu kelambu dengan Barisan Nasional.

Ahli-ahli PAS hanya akan melopong. Bukankah ini mandat yang telah diberikan oleh ahli2 PAS kepada pimpinan-pimpinan mereka?

Apa untungnya bercakap berkenaan dengan Negara Islam sekarang ini kepada Islam di Malaysia? Yang lebih aula adalah menunjukkan akhlak dan kebolehan Islam mentadbir kepada mereka yang belum Islam di Malaysia.

Jalan Keluar?

Saya tak nampak jalan keluar. Dua tahun adalah masa yang sangat panjang. Apa-apa sahaja boleh berlaku.

Saya mencadangkan supaya Husam Musa dan keseluruhan pimpinan PAS yang tidak redha untuk duduk dalam kelambu UMNO supaya menarik diri dari kepimpinan yang ada sekarang ini.

Mereka musti ramai-ramai meletak jawatan serta membiarkan Fraksi UMNO melakukan apa yang mereka mahu. Biarkan sahaja apa sahaja kehendak Fraksi UMNO ini.

Husam Musa telah berusaha bermatian untuk menghalang perselingkuhan ini dan beliau hanya mendapat nista dan kata cemuhan dari ahli PAS.

Jadi, saya cadangkan janganlah kita membazir waktu. Hakikatnya, ahli-ahli PAS tidak mahu PAS menggantikan UMNO.

Mereka lebih rela PAS menjadi balachi kepada UMNO sementara pimpinan2 mereka gemuk dengan kekayaan yang diberi oleh korporat2 UMNO.

Kita semua mesti menyediakan persediaan mental untuk melihat kejatuhan PR dan kebangkitan semula UMNO/BN persis 2004.

Saya sendiri berpendapat ahli-ahli PAS tidak cukup matang untuk diberikan Allah SWT pemerintahan negara.

Tulang Besi

15 comments:

web admin said...

salam...

sy setuju jugak pasal ulasan bahagian atas tu...tapi yang bab bawah tu...kite ni memperjuangkan islam...kita ada rujukan parti...lagi pun benda boleh bawa bincang...kita tak boleh berpecah..sebab umno akan bertepuk gembira..sekarang ni ayuh kita tumpu manek urai...bukan tulang besi jer yang tak setuju..ramai lagi tak setuju......tapi cadangan yang kat bawah tu tak relevan... saya percaya husam bukan orang yang macam tu!


maaf ulasan pendek!

cheguBard said...

sila klik link tajuk dibawah untuk membaca kenyataan berkenaan

* Kewujudan kenyataan bersumpah kaitakn pegawai tertinggi PDRM dengan layanan istimewa kongsi gelap harus dipandang serius


* kerajaan negeri sembilan gagal pelihara sistem beradat dalam adat perpatih


* penjualan saham oleh MAINS holeding rugikan umat Islam NS


* selamatkan tanah adat di Rembau


dan banyak lagi termasuk pendedahan terbaru Pengarah BPR NS terima 'habuan' dari MB Negeri sembilan.

layari http://chegubard.blogspot.com

Mr Joker said...

Salam... aku pun nak komen jugaklah artikel dalam website aku sendiri... hahaha...

Pada dasarnya aku bersetuju dengan hujah2 taktik2 fraksi UMNgOk diatas tapi aku kurang bersetuju bila masuk bab "Jalan Keluar".

Mustahil tak ada jalan keluar.

Mana-mana pihak tak perlu menarik diri dari kepimpinan yang ada sekarang dan membiarkan fraksi UMNgOk berbuat sesuka hati mereka merupakan satu jalan yang tidak wajar.

Masakan kita hendak membiarkan sahaja anai-anai memakan rumah tempat perlindungan kita begitu sahaja?

Lawan tetap Lawan..!

Anonymous said...

itu cuma andaian .. bukannya sesuatu yang telah terbukti.. Haha! :p

Anonymous said...

UMNO SEMAKIN BIJAK DALM MERANGKA STRATEGI SETERUSNYA.

UMNO SEMAKIN MANTAP.....

UMNO MEMANG BERKALIBER...

UMNO SELAMA-LAMANYA....

MULA MULA PAS, PERPADUAN...PAS BERIYA-IYA NAK BERGABUNG.....

PASTU ORANG INDIA PULAK...YANG INDIA TAK SUSAH.....KORNAR SANA KORNAR SINI SEMUA INDIA CAKAP WEL COME...

CINA DATANG KEMUDIAN...NIE SEMUA CAKAP PASAL DUIT...SEMUA KAU TIM....

LAST LAST SABAH SARAWAK...NIE TAK YAH SUSAH....BAGI KERUSI MENTERI SEMUA JADI...

YA SOKONG UMNO DENGAN GABUNGAN PAS......YER !!!!

Anonymous said...

Tulang Besi,

Sebenarnya fraksi UMNO memang ramai dalam PKR dan PAS. Apa yang dihairankan. Mereka berpura-pura baik dan jujur dalam memperjuangkan idealogi parti kerana cari makan untuk diri dan keluarga.

RM$$ adalah kuasa nombor 2 dalam kehidupan manusia. Sesiapa saja boleh ditundukkan dengan kuasa RM$$.

Dalam Parti PAS ramai para ulamak politik. Mereka ada dua pilihan, pertama setia pada perjuangan dalam parti tidak melakukan kecurangan. Kedua memenuhi citarasa nafsu kehidupan dengan menjadi talibarut pada musuh.

Sanggupkah para ulama politik PAS ini hanya melihat saja duit yang berlonggok dihadapan mereka tanpa diusik, dikaut dan dijolikan bersama keluarga...?

Atau mereka mungkin tidak akan melakukannya kerana Allah itu melihat apa saja perbuatan curang mereka.... tapi benarkah Allah itu melihat....? Atau mereka akan mengeluarkan fatwa bahawa Allah telah merestui perbuatan mereka...?

Rakyat Malaysia ketandusan ulamak sejati yang sanggup memimpin mereka kejalan yang benar.

Alahaii ulama "musang berjanggut"

Anonymous said...

umno semakin kuat semula,gila talaknya dgn mencari seseorang yg sanggup jadi cina buta atas cintanya pd ketuanan melayu,berapa pun umno sanggup bayar,utk kembali mencengkam umat melayu yg melayau.akhirnya..cinta akan mula memutik bila hantaran kilau2 minyak hitam menjadi maskahwin puak2 hantu raya ini.

Anak Lenggong said...

Punya sengkek tapi nak buat secara gah..so relakan Rozali tu kasi duit..elehh Puak PAS pun manusia jugak..janji kocek masyukk...ahli bukan tau pun sandiwara Pemimpin sebab telinga dan mata ahli telah disumbat dengan kata2 pemimpin yang konon berjuang untuk islam... contoh usul nie ha'aa baru seminggu diluluskan bila disergah oleh king singh mula laa kecut telur..

PAS mahu tarik balik perkataan 'haramkan' SIS - PAS Tak de telur ka?
Posted by Aspirasi Labels: Pas
PAS kawasan Shah Alam, yang mengusulkan supaya Sisters In Islam (SIS) disiasat dan diharamkan, menjelaskan bahawa terdapat kesilapan teknikal berhubung usul yang dikemukakan mereka.

Sehubungan itu, ia akan memaklum kepada PAS pusat untuk membuang perkataan "mengharamkan" dalam usul tersebut, dan menggantikannya dengan perkataan "berbincang".

Yang Dipertuanya, Khalid Samad berkata pihaknya akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu dan seterusnya menghantar surat memaklumkan pembetulan itu kepada PAS.

Bagaimanapun beliau yang juga ahli lajnah politik PAS penggal lalu, tidak pasti sama ada pertukaran itu boleh dilakukan memandangkan muktamar telah meluluskan usul itu, Ahad lalu.

Ahli parlimen Shah Alam itu berkata, usul yang dihantar kepada jawatankuasa usul parti itu "bukanlah versi terakhir, tetapi yang belum dipinda".

"Usul itu datangnya daripada Dewan Muslimat kawasan. Tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan terus dihantar (kepada jawatankuasa usul pusat)," kata Khalid kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, PAS kawasannya mengadakan mesyuarat agung tahunannya agak lewat - dua hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 25 April lalu.

Khalid, yang dilihat seorang pemimpin moderat beraliran profesional PAS, berkata beliau telah dihubungi Pengurus Kanan SIS Maria Chin berhubung perkara itu.

"Kami setuju, pandangan mungkin berbeza, tapi perlunya perbincangan supaya wujudnya perasaan saling memahami," katanya.



Khalid fikir semua lebih 1000 perwakilan PAS Haprak!.. tak boleh fikir kerana mereka yang bersetuju meluluskan usul tersebut.


Nazak dah PAS ni... telur tak de dah!

Anonymous said...

kita perlu usaha agar gagasan perpaduan gagal. Ia hanya menguntungkan ameno. Cadangan agar meletak jawatan bukanlah amalan yang bagus. Perjuangan perlu diteruskan.

Anonymous said...

mengarut kerajaan perpaduan....
napela pas nak sgt berkerjasama dgn umno parti babi tu....

Anonymous said...

Tengok komen2 dalam blog ni banyak yg emosi belaka.Kalau berhujah tu elok tunjuk sikit akhlak kita sebagai insan yg berugama, bermoral dan bijaksana.Kalau nak jadi PENJILAT DAP pun, guna bahasa yang lebih sopan..Jangan sampai 'Kokok Berderai2, Ekor Kita Sendiri Yang Bergelumang Tahi".....

Anonymous said...

Aku nak tanya....nape utusan meloya dan berita hairan sokong sgt cadangan kerajaan perpaduan?
A. Ikhlas nak tengok melayu bersatu.
B. Saja nak pecah belahkan PAS.
C. Nak rosakan gabungan Pakatan Rakyat.
klu sape tahu, tolong khabaq mai..

Anonymous said...

Saya rasa cadangan PKR ttg SIS patut diberi perhatian, dr mengharamkan SIS nnt timbul pelbagai alasan dr SIS tidak demokratiklah, diskriminasilah dan berbagai lagi alasan ada baiknya kita persilakan geng2 SIS ni utk buat debat terbuka, di tpt terbuka stadium contohnya, panggil rakyat jelata jdi penontonnya, kita dedahkan kesesatannya biar jelas Hak dan Bathilnya..

Tuk Ketuo said...

Artikel ni ok seperti mana artikel yang banyak mendedah dan menegur kebodohan segelintir puak dalam PAS yang memang langsung takda niat nak kuatkan secara kolektif antara ahli dan rakan seperjuangan.

Puak ni bagai api dalam sekam dan memang jelas bahaya dan membahayakan parti PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat.

don mufasha said...

salam tuan tanah,

kerajaan perpaduan ni antara sapa sebenarnya.

pas dan umno atau kerajaan dan pembangkang.

janganla kta ikut rentak utusan meloya dan berita hairan yang tak suka tengok kita gabungan pakatan rakyat menjadi kuat.

takkan kita semua yang mengaku pejuang islam yang ada ilmu sikit sebanyak tak boleh nak fikir secara rasional perkara nie.

berlapang dada menerima perbezaan pendapat.

umno selamanya musuh selagi mereka menentang islam.....

ingat tu... tapi bila mrk dah taubat... camna plak...

fikir2 kan lah