Dekat atas ni berita yang dilaporkan oleh MStar Online pagi tadi, cerita yang sama jugak berlegar-legar sejak subuh tadi sebelum keluar di MStar Online... maklumat dari wartawan-wartawan dan jugak "orang dalam" juga mengesahkan perkara yang sama. Husam menang tipis dengan kelebihan majoriti sebanyak 40++.
Jadi ramai yang tersenyum dan berharap sangat untuk mendengar khabar rasmi ini secepat mungkin...
Pagi ni berita yang sama mula berlegar-legar di kawasan Stadium Malawati... cerita yang sama... Husam menang tipis. orang ramai makin semangat.
Orang ramai yang oenuh bersemangat mula memenuhi ruang legar dan juga dalam dewan Stadium Malawati.
Lebih kurang jam 10:12 pagi... diumumkan...
Tiba-tiba je aku terbayang gambar bendera PAS yang ada pulak keris dekat tengah-tengah... ish... apasal ek..?
36 comments:
Tok pun kecewa Husam kalah tapi untuk menuduh ada kebocoran dalam mengira undi adalah berat.kena ada bukti.
Kita terimalah kekalahan ini dengan hati terbuka.Tok setuju saranan PAS Terengganu yang cadangkan ulama jadi ketua.Eloklah mulakan kat negeri sendiri.Tempat Tok Pa wajar digantikan.
Bagi tok,ulama dan profesional sama-sama menyumbang kepada parti.tak macam UMNO,ulamanya duduk kat seat belakang je.jawatan dalam partipun tak ada
dari smlm aku dah rasa pelik dah...bila diorg kata keputusan hanya akan diketahui pagi esoknya.
undian dibuat waktu petang...tak silap start kul 3.30 ptg.....pengiraan undi pulak dibuat sebaik sahaja selepas proses mengundi.
takkan lama sangat proses mengira undi???
kalau betul berlaku penipuan dlm PAS...maksudnya PAS samalah dgn umNO.
nahas lah...pru-13 nnt...aku takkan sokong dah PAS.
Sejak isu rampasan kuasa di Perak,semakin ramai bukan Melayu boleh menerima PAS.Mereka begitu kagum dengan ketokohan Nizar.
Kita semua tahu Nizar dari golongan profesional.Apakah itu menjadi masalah kepada ahli-ahli PAS.tentu sekali tidak dan dia mendapat undi paling banyak dalam pemilihan AJK Pusat.
Golongan ulama juga ada tokohnya seperti TMB Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob.
Apa yang penting kerjasama.macam lagu wonderpet.apa yang penting kerjasama...........
Tok Iskandar... ko jangan tak tau manusia yang mohd fauzi ni memang kaki fitnah nombor satu dalm bloggers PR..sebab tu laa dia namakan dirinya Topeng Perak..dia bercakap berselindungkan topengnya..
gambar bendera PAS ada keris kat tengah?
kepala hotak hang berjambul...dah toksah hang nak mengarut laa weh...
hang bukan ahli PAS pun...hang nak buat fitnah kat TG Presiden kaa?
tongong laa hang ni...betul kata Anak Lenggong tu
ari ni hang takdak gi amik gambar pompuan kat stdium melawati kaa
Berlapang dadalah semua.dalam PAS bukan jawatan jadi keutamaan tapi wadah perjuangan wajar diteruskan.
setahun dua lagi boleh cuba,mana tahu time tu boleh menang dan yang menang time tu pulak mana tahu kalah.asam garam kehidupan dan adat bertanding ada menang ada kalah.
Kita bukan macam UMNO,bila kalah boikot aktiviti parti
Nie kerja blogger pencacai anwar
kutip duit org rmai buat fitnah
nak sgt pro anwar kuasai PAS
tak suke Nasa mng ko masuk PKR la.
Tongong!
Anak sedara Yong kata kok hebat sangat Nasha, PRU 13 nanti bertandingle di Negeri Sembilan untuk mengalahkan Khairy Jamaluddin atau Rais Yatim.
anti-husam dan jalak tu orang umno ke? bahasa style orang umno je.
Perisik,
It's time to decide if you wanna join DAP. Better still, bring along a wave of malay professionals into DAP.
I have watching PAS assembly with great interest. Frankly, I am pretty wary of Hadi Awang, Hassan & Mustapa & those who in favour of promoting "unity" government with UMNO
I am saying that they are in favour with sleeping with UMNO. But perception is there. Just as some bloggers said about some malay perception on DAP. Likewise for non malays on PAS.
In order to have much balanced and stronger Pakatan Rakyat. It's time for malays to come in drove into DAP.
Like it or not, DAP is still the only principled political party in Malaysia. DAP refused to join BN, given the chance. Hence, DAP berteguh ke atas dasar2 kenegaraan yang akhirnya memmanfaatkan kaum2 bumiputera terutamany golongan melayu miskin
Perisik,
Hope that you would make this decision
looes74
Berlapang dada semua marilah kita sama-sama mengucapkan tahniah pada yang menang....bagi yang kalah terus lah berkhidmat..
Johari Kassim oh Johari Kassim di sebalik daripada isu YDP MPSP
http://diamjoedahmai.blogspot.com/
Ya, pertuduhan nie memang berat... kalau x didatangkan bukti, walau benar sekalipun ada penipuan, tetap tidak boleh bertindak...
Namun, amat dukacitalah jika benar2 PAS sudah mula melakukan politik salah nie...
Tetapi sebagai ahli, masih kuat berbaik sangka... benar ada peliknya... namun, berbaik sangkalah...
kepada yang lain... janganlah amalkan politik dilempar tahi, maka tahi juga dibalas... apalah salahnya batu dilempar, buah yang manis dibalas... moga faham
Sejak bila dalam PAS kalau nak tuduh nak kena bukit, Fitnahkan aje...
saudara2 semua, kita tgu dan lihat samada team baru ini bleh menyerlah prestasinya.. mcm Najib dok ckp tu, KPI (key perfomance index)... klu KPI merudum.. pilihlah org lain pada masa akan dtg.. apa yg dah diputuskan kali ni, kita redha je le dulu.. - Neo
sejak bila pulak pas jadi macam umno, suka kat org tu x suka kt orang ni.... yang penting perjuangan .. kalau pas berjuang utk tegakkan Islam ikutlah unless Untaz Nasa dah menyimpang ... Pas berada atas kekuatan ummah bukan ustaz nasa sorang ... kalu dia nak muqabalah pun kalau majoriti tak setuju dia boleh buat ka ?? tak amanah namanya sebab org pilih dia untuk sebab org caya jo dia kalu dia pandai2 buat decision sendiri buat undi tak percayalah ... tak boleha ka ??
"Selepas pemilihan ini nanti, diharapkan semuanya tetap memberi sokongan kepada mereka yang dipilih samada mereka golongan ulamak atau pun tidak. Segala teguran mahu pun kritikan oleh sesiapa, anggaplah sebagai pemacu semangat kepada pimpinan untuk terus membuktikan bahawa `Umno/Bn Gagal Musnahkan PAS dan PR"
Semoga kalam azimat ini menjadi sandaran dan intipati perjuangan seluruh ahli jemaah, pendokong dan penyokong gerakan PAS...perjuangan kita berbeza dgn perjuangan 'mereka', maka dgn itu, cara kita juga perlu berbeza dgn cara 'mereka'..sahutlah keputusan perwakilan dgn hati yg terbuka dan berlapang dada...
Pada calon yg tewas pada pemilihan kali ini, teruskan berbakti dan bersetia dgn parti..perjuangan tidak terhenti setakat ini..diluar sana musuh sentiasa bersiap sedia untuk mencari titik kelemahan dan kekurangan..waktu dan ketika inilah 'mereka' sedaya upaya mempengaruhi, memprovokasi setiap calon dan penyokong calon yg kalah untuk dijadikan modal memecahbelahkan jemaah....
http://priamalaya.blogspot.com/2009/06/nasharuddin-kekal-tp-pasgandingan.html
saya berani kata majoriti ahli dan penyokong PAS menolak sebarang kerjasama dgn UMNO.satu kesilapan yg besar dan merugikan PAS jika bekerjasama dgn UMNO.saya yakin PAS akan hilang sokongan dari ahli dan penyokong jika berbuat demikian.
PAS memerlukan profesional dan ulamak. sepatutnya, presiden Ulamak, Timbalan adalah dari kalangan profesional.. Jika Presiden Profesional, Timbalan dari kalangan Ulamak...
PAS tak akan kemana jika pada hari ini tidak ada profesional yg bersama PAS. PAS yg ada pada hari ini disebabkan telah ramai profesional berada didalam saf PAS utk berjuang menegakkan ISLAM. Bukan utk mengatakan ULAMA itu tidak reti utk berpolitik.. tapi realitinya memang mereka tidak reti utk berpolitik dan tidak reti mengatur strategi.. mereka mengatur strategi dari sudut pandangan sempit. kena lihat balik sejarah ISLAM, bagaimana para ULAMAK dulu bukan sahaja pandai dalam bab agama tapi juga pandai utk mengatur strategi.. Tapi itu tidak berlaku didalam PAS. PAS memerlukan Profesional utk membantu dan perlu meletakkan seorang wakil profesional disaf kepimpinan dipaling atas. PAS terselamat kerana golongan profesional yg berada didalam PAS bukan berkerja utk parti tapi kerana ALLAH. Tapi PAS masih tak sedari kenapa mereka masih terselamat.
Amat pelik, majoriti rakyat Malaysia menolak UMNO, tapi kepimpinan PAS yg baru dilantik ini, adalah dari kalangan org yg nak berdamai dengan UMNO. dan perwakilan masih tidak matang utk berfikir. Ini yg dinamakan perang saraf dan ternyata PAS tewas didalam perang Saraf.
Mungkin PRU13 PAS akan terima nasib yg sama mcm PRU11.. PAS tidak belajar dari apa yg terjadi di Trengganu.
malaysia menuntut perubahan, tapi PAS masih tidak berubah. PAS kena berubah dari baik kepada lebih baik.
memang benar apa yg penganilisa politik berkata. PAS kuat bukan kerana mereka kuat, tapi kerana parti lawan lemah dan tidak ketelaluan keranan faktor DSAI.
Salam mrasyidi.. aku setuju dengan hang.
Ulama dizaman2 kekuatan islam dulu jugak adalah golongan profesional. So they are 2in1 or maybe more.
Bukan aku nak menafikan ketokohan TGH tapi beliau kena sensitif dengan sentimen masyarakat la sama. Kena bijak menilai musuh.
Memang kita kena bersangka baik dan mengajak kepada kebaikkan tapi jangan sampai maruah sendiri tergadai.
Kerajaan perpaduan is a SO BAD idea. Kalau hanya kerana UMNO melayu, kalau hanya kerana hendakkan majority melayu dalam parliment, it is so wrong to take those as a reason.
Ingat, melayu tak semestinya islam dan melayu islam tak semuanya komited memperjuangakn ISLAM.
Mengaku islam tapi ramai tak solat.
Apa pun the only ulama yg aku respect here is TGNA. He is 2in1 or more.
so far yg aku perhatikan....ulama' yg pandai berpolitik ialah tuan guru nik aziz & almarhum ust fadhil noor....mereka berdua mmg diakui bukan sahaja expert tentang agama tapi juga expert sepak terajang politik...mereka mampu utk buat analisis sendiri tentang politik semasa.
tuan guru haji hadi perlukan pembantu utk menganalisa maklumat tentang politik semasa.
Golongan-golongan tertentu tidak mahu ulama terus berkuasa di dalam PAS, justeru propaganda "membawa masuk PAS ke dalam UMNO", "ejen upahan UMNO", "Fraksi UMNO", dsb.
Ini kerana ia boleh menyekat usaha Anwar untuk menjadi PM.
Maka, usaha meliberalkan PAS perlu dilakukan.
Propaganda ini dilakukan melalui blog, media alternatif dsb.
Usaha jahat ini dapat dikesan oleh para Ulama dan para profesioanl PAS yang ikhlas.
Jadi berlakulah pertembungan yang maha dahsyat ini dan ia berpihak kepada PAS.
Inilah sebenarnya yang menjadi duri dalam daging di dalam PR.
Ada parti di dalam PR yang tahu bahawa partinya tidak cukup kuat untuk menggerakkan jentera parti, masih mengharpkan kerusi-kerusi yang banyak di parlimen.
Itulah yang berlaku sekarang.
Kini, pemimpin-pemimpin PAS cuba di"propaganda"kan menjadi ejen Umno.
Alhamdulillah, para perwakilan bijak menilai intan dan kaca
Lain padang lain belalang,itu lah ungkapan yang selalu disebut2 orang tua2 dahulu,berlain dengan apa yang dimaksudkan disini..
Sifatnya adalah sama,seperti belalang yang lain,cuma warna nya sahaja yang berlainan.Di negeri padang yang di penuhi rumput hijau,maka belalangnya dah tentu warnanya hijau...andainya padangnya warna biru,maka belalangnya warna biru...dan begitulah seterusnya.
Dan begitu lah juga kalau belalang ni duduk dinegara yang kuat pegangan ugamanya,maka belalangnya pun faham islam....tapi kalaulah belalang ni duduk ngan umno selalu,maka belalang ni dah tentu pandai dan faham bahasa umno...jadi saudara2 kena ingat yang menjadi ketua kita ni belalng yang selalu dok ngan umno...jadi jaga2 sikit..takut nanti terkena penyakit umno...
adakah berkesan pendekatan yang digunakan nasa?tunggu & lihat
bro TP,
terima sajalah keputusan tanpa membuat spekulasi murahan..telah lama aku mengikuti blog TP, namun sejak pemilihan PAS aku lihat TP tidak sealiran pandangan dgn aku sbb tu jrg sikit nk komen kat sini. apapun aku suka jugak baca blog ni pasal boleh lihat pemikiran liberal yg aku sgt harap tidak akan meresap dlm parti yg aku sertai.
ahli PAS masih belum dpt menerima liberalisme. maka sbb itu perwakilan tdk memihak kpd husam.
bro., aku rasa ko tak perlu nk rujuk berita online yg hanya membuat spekulasi kemenangan husam tu..sesungguhnya rahsia PAS sgt dipegang sblm keputusan diumumkan, spekulasi itu hanya dibuat oleh penyokong taksub husam mungkin. aku malas nk sebenarnya dh buat ulasan ini..namun aku harap sangat jemaah PAS yg lain kita bersatu, smg ISLAM tertegak dibumi Malaysia.
wassalam.
PAS nak belajar apa dari Terengganu.. Yang dok buat post-mortem orang Terengaanu.. Dah 2 menipu diri sendiri.. Paling aku sedih golongan ini khianat amanah rakyat..
Tahun lepas dah tegur ulamak suruh turun padang.. Ada la bising sat, tapi hampeh.. Bila muktamar, sibuk nak jawatan.. Kerja xnak buat..
Ahli PAS bukan macam UMNgOk, nak boikot2 parti..Lepas nie sume akan rapat saf balik.. Cuma persepsi orang luar akan berubah pada PAS lepas nie.. Sekiranya betul, PRU13 akan diadakan 2010, aku rasa sedikit sebanyak rakyat akan hukum PAS.. Sedikit sebanyak UMNgOk dapat talian hayat..
Tapi selagi mamat professional Ganu tu dok buat post-mortem, PAS xkan belajar.. Nie macam nak repeat balik PRU12.. Aku harap PAS akan terus relevan..
TAKBIR!!!!
p/s :- Sapa yang nak kata aku pencacai UMNO ikut korang la.. Aku cuma nak menegur ikut pendapat aku.. Jika itu tidak dibenarkan.. Jadilah cam UMNgOk, masa PAU, Presiden saran ahli supaya berani menegur.. Tapi ahli semua terus membodek..
Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan Ust Nasa;
Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.
Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.
Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.
Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.
Proses pemilihan akan dipertikai.
Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.
Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.
Kah..kah ambil ilmu dari Tok Guru KJ menantu Bekas PM kut ?
Kah..kah..kah..
Teramat ler sedih dan malang lagi!!
Nampaknya hujah tidak dibalas dengan hujah.
Hujah dibalas dengan menyerang peribadi penghujah.
Kau x ada kredibiliti sebagai penghujah Afyan.Apa yang kau cakap tu spekulasi bukannya bukti.
dah x ada dah ke mereka yang expert dalam perang saraf UMNO yang boleh dihantar ke dalam UMNO.
Tentang kerajaan perpaduan ni tok tak risaupun pasal semalam TG Nik Aziz dah kata kerajaan perpaduan ni mengarut je.UMNO adalah telur-telur tinggalan penjajah yang menetas satu demi satu.telur-telur ini perlu dihapuskan.PAS Kelantan sudah masak dengan samseng politik macam UMNO.Ini pemahaman tok tentang apa yang TG Nik Aziz cakap semalam di muktamar PAS.Rampasan kuasa di Perak juga diulas oleh TG Nik Aziz.
Jadi jika benar nanti ada pemimpin PAS yang giat berusaha membawa PAS ke dalam kerajaan perpaduan dengan UMNO,mereka bakal mendapat tentangan hebat ahli-ahli PAS sendiri.Nasib mereka akan berkesudahan seperti Allahyarham Datuk Asri Muda yang membewa PAS menyertai kerajaan campuran BN setelah mendapat tawaran UMNO.Untuk perpaduan kononnya,helah lapuk UMNO tahun 1969.Akhirnya,Arwah mantan presiden PAS itu keluar PAS.
Itu telah menjadi sejarah dan jika ada lagi pemimpin yang bermimpi seperti itu,ahli-ahli PAS akan berdiri teguh di belakang TG Nik Aziz..insyaAllah.TG Nik Aziz semalam sempat menceritakan kepada para hadirin tentang kejahatan menteri UMNO yang melarang kakitangannya bekerjasama dengan kerajaan negeri di Kelantan.
Itulah UMNO,Dulu,kini dan mungkin selamanya akan melayan bangsanya sendiri dengan kejam dan teruk hanya kerana perbezaan politik.
PKR dan Anwar sekarang amat-amat lemah.
Ditambahan pula dengan peristiwa kegagalan 916 yang jelas dan nyata satu pembohongan.
Projek 916 disebut pada bulan Mac/ April 2008 selepas tsunami politik.
Jumlahnya berkali-kali berubah-ubah.
Pada April/Mei tiada sebarang kenyataan rasmi daripada PR tentang perkara tersebut.
Ternyata ia hanya impian lama Anwar untuk menjadi PM, yang akhirnya berkecai.
Tidak ada kenyataan rasmi rakan PR lain yang menyokong 916.
======
Sekrang imej PKR bertambah jatuh lantaran peristiwa lompat-melompat yang berlaku.
Tambah memalukan apabila perletakan jawatan ADUN di kedah dan PP yang menampakan kelemahan PKR mendidik ahli dan seterusnya penyaringan calon.
Sebab itu usul PAS hari ini untuk lakukan proses saringan calon dalam PR sebenarnya dituju kepada PKR.
====
PAS sebuah parti yang bertunjangkan Islam, Quran dan sunnah.
Tidak seperti Anwar dan PKR yang entah apa asas perjuangannya.
Keadilan?
Keadilan dari kaca mata apa?
Sebab itu mereka perlukan jentera PAS, kerana jentera PAS kuat dan hebat!
+++++
Namun ulama dan profesional PAS yang ikhlas telah mengesan hal ini.
Sejarah kemerdekaan negara turut bercerita tentang hal ini.
Hal yang menunjukkan para pejuang dari kalangan ulama besar, Tok Janggut, Abd Rahman Limbong, Abu Bakar al-Bakir dsb yang telah lama berjuang utk memerdekakan tanah air.
Akhirnya selepas menang, Parti Nasionalis yang mendakwa mereka pejuang sejati.
begitu juga yang berlaku di Indonesia, dengan tumpahan darah para ulama akhirnya Indonesia merdeka, akhirnya Parti Sekular juga yang memerintah.
Tidak lupa di Mesri apabila Ikhwan Muslimin bertahaluf untuk berjuang, selepas menang dan menjadi pemerintah, Pemimpian mesir yang dulunya rakan tahalluf Ikhwan dilupa begitu sahaja malah diharamkan.
++++
Saya juga bersifat futuristik sebagaimana rakan blogger kita sebelum ini.
Memandangkan PAS belajar dari sejarah, maka PAS tidak akan sekali-kali membiarkan perkara sama berulang.
PAS tetap berhati-hati dengan UMNO dan PKR kerana kedua-duanya adalah parti sekular.
Parti sekular memang tidak boleh dipercayai.
PKR lahir daripada serpihan UMNO.
Sudah banyak parti sepihan UMNO yang kecundang.
Saya pasti akhirnya akan berlaku ke atas PKR, jika dia masih meneruskan agenda sekularnya.
++++
Inilah yang merisaukan Anwar.
Jika PAS tidak bekerjasama dengan PKR, maka peluangnya semakin tipis untuk menjadi PM.
Justeru langkah-langkah meliberalkan PASS perlu dilakukan.
++++
Apa yang berlaku hari ini adalah pengulanagn sejarah.
Cuma yang akan datang, para ulama dan profesional PAS tidak akan sekali-kali mengizinkan sekular untuk bertapak.
UMNO sekular.
PKR pun sekular.
Inilah liciknya UMNO.Nak pecahkan 2tonggak dalam PAS iaitu profesional dan ulama agar saling bercakaran.Misi jangka pendek untuk melumpuhkan jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.Misi janga panjang pulak nak pecah belahkan PAS dan Anwar akan dijadikan kambinghitam kerana PAS hancur kerana ada orang Anwar dalam PAS.Akhirnya UMNO akan bertepuk tangan kerana skrip mereka untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat tercapai.
adakah PAS sudah kuat tanpa PKR ,DAP dan rakyat tidak berparti..fikir-fikirkan lah..
Assalamualaikum kepada semua...
Muktamar sudah, pemilihan jawatan pun sudah. Banyak komen dan pandangan yang keluar dan tertulis di alam maya ini. ade yang sedih dan ada yang gembira. Apapun pun cuba kita lihat, Umeno sudah memainkan lebih peranan dalam mempelagakan/mempecahbelahkan PR. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah kepada TG Presiden dan Timb.Presiden, segerakanlah keluarkan statement yang jelas untuk ahli PAS memahami dgn jelas pendirian kalian berdua tentang KERAJAAN PERPADUAN dengan Umeno.
Saya sebagai seorang penyokong kuat PAS percaya, sekiranya berlaku sekali lagi perbincangan dengan Barua Umeno, saya sendiri walaupun hanya satu undi,AKAN KU BERJANJI, TIDAK AKAN AKU BERIKAN LAGI KEPADA BARUA PAS YANG BERSETUJU BERSEKONGKONG DENGAN UMENO. TIDAK AKAN AKU HALALKAN WALAU SESEN PUN DUIT YANG SELAMA INI AKU DERMAKAN UNTUK KERJA PARTI PAS SELAMA INI. LIHATLAH KEMBALI APA YANG UMENO TELAH LAKUKAN KEPADA KAMI RAKYAT SEKELIAN.
DI KELANTAN, TIDAK ADA SATU SEN PUN BANTUAN DISALURKAN MELALUI KERAJAAN NEGERI. MALAHAN TG NIK AZIZ BERJAYA SELESAIKAN 98% HUTANG KERAJAAN NEGERI TANPA BANTUAN DARI UMENO.
DI KELANTAN JUGALAH BERMULANYA PENARIKAN SUBSIDI UNTUK ANAK2 KECIL BERSEKOLAH DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT.
DI KELANTAN JUGALAH KERAJAAN PAS DI'KERA DAN DIMONYETKAN' SEHINGGA BELAKU DARURAT DAN RAMPASAN KUASA.
KALAU NAK DIUNGKITKAN MASALAH MELAYU, LIHATLAH PULAU PINANG APA YANG JADI PADA MELAYU PULAU PINANG. TAK PAYAH NAK ULAS.
KALAU DI KEDAH, LIHATLAH KAWAN2.. UMENO MENINGGALKAN RM2 BILLION TAHI YANG NAK KENA CUCI TANPA BANTUAN SATU BUIH PUN SABUN DARI UMENO DAN KERAJAAN PUSAT.
KALAU DI PERAK, LIHATLAH, MASIH PANAS LAGI.... RAMPASAN KUASA YANG DILAKUKAN OLEH HARAM JADAH UMENO.
KEPADA PRESIDEN, TIDAK INGATKAH ANDA KEPADA TERENGGANU? APA YANG TERJADI TEHADAP WANG ROYALTI MINYAK SETELAH PAS MEMERINTAH TERENGGANU?
DAN YANG PALING MENYAYAT HATI IALAH PERISTIWA MEMALI DAN TANGKAPAN ISA.....
FIKIRKANLAH KEMBALI WAHAI PIMPINAN PAS.... KHUSUSNYA PRESIDEN DAN TIMB PRESIDEN..... KALAU MEREKA NAK BETUL2 BERBINCANG OPS... SILAP... BERMUZAKARAH....
BEBASKAN TAHANAN ISA DULU,
BICARAKAN SEGALA LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH PR,
LUNASKAN IMBUHAN YANG SEPATUTNYA DIBERI KEPADA KERAJAAN NEGERI WALAUPUN DIPERINTAH OLEH PR,
HENTIKAN MEMONOPOLI MEDIA ARUS PERDANA,
HENTIKAN PENYALAHGUNAAN KUASA ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA,
DAN BANYAK LAGILAH KEPINCANGAN OLEH HARAM JADAH UMENO, TAK LARAT NAK ULAS.
DAN KEPADA TIMB PRESIDEN, INGATLAH... ANDA HANYA MENUMPANG DI KERUSI PARLIMEN BACHOK KELANTAN.
INI BUKANLAH UGUTAN, TETAPI HANYA TEGURAN DAN PERINGATAN.....
YANG IKHLAS...
MOHD ISLAHUDDIN
dean9463@yahoo.com
"Sejak isu rampasan kuasa di Perak,semakin ramai bukan Melayu boleh menerima PAS.Mereka begitu kagum dengan ketokohan Nizar,..."
Bukan melayu terutama cina menyokong PAS bukan krn mrk menerima perjuangan PAS,. tetapi krn mrk telah lihat "hasilnya" bila PAS memerintah Perak
"Sejak isu rampasan kuasa di Perak,semakin ramai bukan Melayu boleh menerima PAS.Mereka begitu kagum dengan ketokohan Nizar,..."
Sebenarnya mrk begitu kagum bgaimana nizar boleh di"barua"kan sebegitu rupa,.
Post a Comment