"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 06, 2009

XPDC Royalty Minyak (2)

Jam 9:30 pagi kami bergerak ke Jeti Nelayan Pengkalan Kubur. seramai lebih kurang 70 peserta termasuk para pimpinan menyertai XPDC ini dan sebanyak 2 buah kapal nelayan C"0" dan sebuah kapal Marin digunakan untuk merealisasikan dan melancarkan XPDC ini.

Pihak Marin juga telah memberikan kerjasama penuh dengan menghantar satu pasukan dengan sebuah bot laju yang mengiringi kami sepanjang perjalanan ke Pelantar Minyak Cakerawala bagi memastikan keselamatan para peserta XPDC ini.
Setiap peserta dibekalkan dengan sehelai jaket keselamatan sebagai persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan.
Bersama-sama mengaminkan doa bagi memohon kelancaran dalam perjalanan pergi dan balik dan juga memohon bagi dilindungi oleh-Nya didalam perjalanan kami... Amin...
Salah seorang anak kapal yang terlibat dalam XPDC Royalti Minyak...
Bot laju pasukan Marin yang mengiringi perjalanan kami...kecik, tapi laju..!
Awak-awak sedang bersiap-sedia sebelum bertolak...
Orang ramai yang turut serta memberi semangat menghantar rombongan XPDC Royalti Minyak...
Setibanya kami dijeti, kelihatan sekitar 150 orang sudah berkumpul pihak wartawan juga tak ketinggalan. satu situasi yang menarik berlaku dimana kami yang rata-rata bertugas sebagai wartawan dan blogger, "dihantar" oleh para wartawan dan juga blogger seperti kami dan yang lebih menarik ialah, para Pimpinan juga turut serta.

Selalunya kami yang mengiringi mereka tetapi hari ini, sebaliknya berlaku kerana kami adalah antara peserta. best..! hahaha...!!!

Tepat jam 10:00 pagi, rombongan kami bertolak dari jeti menuju ke pintu Kuala untuk ke Laut Lepas dan seterusnya menuju ke destinasi kami - Pelantar Cakerawala.
Layan Slideshow pulak sementara aku upload gambar-gambar seterusnya...

No comments: