"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 29, 2009

Dalam PAS Sekarang, Cikgu Pa Lebih Berkuasa Dari Tok Guru

Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para AJK PAS Pusat. 75% dari keseluruhan AJK yang hadzir bercakap dan hanya Cikgu Pa serta Abu BAkar Chik sahaja yang menyokong Hasan Ali.

Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak dari apa yang dituliskan oleh beliau. Yakni, jelas beliau mahu ketiga2 yang dinamakan dalam blog beliau dibuang.

Sepanjang perbahasan para AJK PAS Pusat telah sanggup berkompromi untuk tidak mengambil jalan EGM. Cumanya, disebabkan bukti yang cukup banyak terhadap Hasan Ali maka permintaan mereka adalah Hasan Ali ditukar dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Ertinya, bagi mencari jalan tengah untuk menguraikan kekusutan, permintaan yang amat sederhana yakni menukar Pesuruhjaya Selangor. Itu sahaja.

Namun, permintaan MAJORITI AJK PAS PUSAT ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke JK Disiplin. Tidak diberitahu samada keseluruhan YDP ataupun hanya beberapa orang sahaja yang akan dihadapkan pula.

Pengumuman Presiden Tidak Mewakili AJK PAS Pusat tapi Mewakili Cikgu Pa dan Geng Terengganu


Pengumuman yang dibuat Presiden PAS malam tadi BUKAN keputusan yang dipersetujui oleh AJK PAS PUsat malam tadi. Hakikatnya, mesyuarat malam tadi berakhir dengan tiada keputusan.

Hakikatnya lagi, keputusan malam tadi adalah keputusan yang dibuat oleh Geng Terengganu mewakili kehendak Cikgu Pa dan penyokong2 nya. Tiada undi yang diambil, tiada pertanyaan samada keputusan yang diumum Presiden itu diterima atau tidak.

Mesyuarat ditutup TERGANTUNG tanpa apa-apa keputusan namun tiba-tiba keluar keputusan yang kita dapat baca dalam dada2 akhbar.

Sedih saya sangat-sangat.

Tok Guru Dah Jadi Selipar Buruk Dalam PAS, Cikgu PA dan Geng Terengganu Lebih Utama...

Itulah hakikatnya yang telah berlaku. Tok Guru dah jadi Selipar buruk dalam PAS. Dari permintaan Tok Guru yang 3 itu, satu pun mereka tak boleh kompromi. SATU PUN MEREKA TAK BOLEH KOMPROMI.

Tok Guru telah diketepikan begitu sahaja dengan begitu mudah seperti selipar jepun. Bagi saya wajib diadakan EGM bagi mengembalikan kekuasaan serta pengaruh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam PAS.

Video footage ini menunjukkan betapa Mustafa Ali yang memainkan peranan yang penting dalam hal ni sampai press conference pun dia yang banyak menjawab bagi pihak Presiden.
Tulang Besi

23 comments:

Anonymous said...

1. Ini menunjukkan de facto leader sebenar PAS

2. PAS mengamalkan kepimpinan yang bersifat autokratik.

3. Ramai pemimpin PAS yang berpotensi tetapi menentang UG akan diketepikan secara berperingkat menjelang PRU13. Mereka tidak akan terpilih menjadi calon.

4. PAS akan beransur-ansur menyertai BN bermula pada tahun 2010. Proses ini akan selesai menjelang 2011. Selepas 2011, PAS ialah komponen BN terbaru.

Anonymous said...

Fitnah ni, beb!

Kalau dah jelas keputusan tu dibuat oleh JK Pusat PAS, semua orang kena terima lah bahawa itu keputusan jemaah pimpinan, bukan keputusan TGHH seorang, apatah lagi keputusan Tok Pa.

Kenapa bising2 lagi? Ada agenda ke?

SS, Semenyih.

anakpahang said...

Salam.

Jika benarlah seperti di dalam posting ini, maka tunggulah saat dan ketikanya bagaimana jatuhnya PAS Trengganu dalam 20004 lalu akan berlaku kepada PAS dalam PRU 13 nanti.

Bayangkan Trengganu yang telah menguasai negeri telah licin seperti gurun sahara dikalahkan oleh UMNO dalam masa hanya satu penggal....kita nantikan saja.

TBO said...

gong nye tok pa anak ali tu tak mesra langsung dgn wartawan

cucu mamak kutty said...

POLITIK SUKU UGAMA SUKU KAPIR,KALAU OTAK TIGA SUKU MCM HASAN ALI NAK KATA APA YE,KENA TANYA HJ HADI TU...HAI FATWA OH FATWA....

dulukini said...

Tok Pa adalah tok dalang dalam semua hal seperti ini.

Anonymous said...

bagi aku cukup stakat ni la, kita ulas isu ni.. keputusan dah di buat "SENI POLITIK" mmg cam tu, mgkn ada baiknya dan ada agendanya.. kalo terus melalak makin suka puak2 UMchor, baik kita sama2 kukuhkn PAS. Banyak lg isu2 rakyat yg perlu di beri perhatian..

matgeram said...

satu mesyuarat yang tak telus. jangan harap ada tindakan yang akan diambil keatas 3 melaun tu! betul-betul menguji kesabaran ahli pas yang menyokong tgna.

Anonymous said...

Doakan semoga Ust Tuan Ibrahim diberikan kekuatan oleh Allah. Semoga beliau tidak tercemar dengan pasukan pro-Umno.

Anonymous said...

anggap lah ini ujian dr Allah, supaya kita sama2 kembali ke dasar perjuangan.. jgn sampai satu kapal 2 nahkoda sudah la.. kalo ada yg berniat jahat tak jauh pn mereka blh lari dr bumi Allah ni.. kita perlu hormat kedua2 Tuan Guru, berbanding dgn kita mereka telah lama berjuang dlm PAS..

Anonymous said...

Aku tak heran lah apa yg berlaku dalam PAS nih,
selagi Tok Pa dan 2-3 kerat pemimpin bongok ni memegang tampok kepimpinan, selagi itu lagi orang akan melihat PAS ni bongok.

Mulai sekarang, mari kita pastikan supaya tidak mengundi lagi Hassan Ali dalam pilihanraya akan datang... walau dikawasan mana dia bertanding.
Naik jadi wakil rakyat pun, tidak menyumbang kepada rakyat.

Anonymous said...

Golongan pro UG tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Golongan anti UG akan diketepikan secara berperingkat. PAS masuk BN 2010/2011. Usaha sedang giat dijalankan.

tengala said...

Hhahaha
Tulang Besi dah tak dak idea nak menulis sampai Mustafa Ali banyak cakap pun hang nak cerita...
Hhahahaha...
Segala tulisan fitnah anda selepas ini akan menjadi bukti bahawa andalah fraksi UMNO nak pecah belahkan parti PAS..
Fitnah akan memakan diri anda...
TGHA kuat beribadat banyak bermunajat kepada Allah supaya segala fitnah terhadap dirinya akan terkena balik kepada penyebar fitnah..jadi aku takut kau salah seorang termasuk dalam doanya...

Anonymous said...

masa pru12 aritu, kami org atas pagar ni sokong pas khususnya, pr amnya sebab dah tak suka dengan umno ubn. jangan ingat kami suka sangat dengan pas atau pr. ini undi protes.
kalau ada yang nak bersekongkol dengan umno, baik kami yang undi protes ni, undi umnobn. ingat kata2 ku!!!

cucu chemat melaka said...

mustapa ali ni memang jahat kalau tidak takkan le org pas besut belangkong dia dulu,sampaikan dia di kurung olrh org2 besut....dia lah punca nya ustaz latif tersingkir dari pas,tengok le muka dia tu gaya org bongkak

asa nusa said...

nak cari parti lain untuk diundi selain umno, tapi punah kalau pas terus begini...

dILA said...

kalau cam nilah perangi & peelnya. alamat pas lingkumlah kat PR13 ni kerana sikap 3/4 kerat yang bodoh dalam pas ni.

masa tu pas janganlah menangis pasal rakyat tak sokong atau paling bagus sekali cakap ini takdir tuhan. yang sebenarnya, hangpalah yang bodoh sombong.

ingat, Allah kata dlm al-quran yg dia takkan ubah nasib sesuatu kaum itu unless kaun itu berusaha dulu untuk mengubah nasib mereka.

ingat KEYWORD tu : BERUSAHA. so bukan main doa je, kene kerja kuat & bertindak bijak juga

kembara putih said...

Aku dah lama boikot Harakah. Harakahdaily pun jarang sangat aku masuk. Mustafa Ali punya pasal. Bayangkan TGNA pun tak boleh akses ke Harakah, ucapan beliau selalu tidak diterbitkan. Harakah ni lidah rasmi PAS atau LIDAH RASMI CIKGU PA? Tak lama lagi seluruh PAS dalam genggaman Cikgu Pa. Kepentingan individu Cikgu Pa bakal menjadi asas perjuangan PAS.

Siapa dia Cikgu Pa ni? Pengasas PAS?

kembara putih said...

Aku dah lama boikot Harakah. Harakahdaily pun jarang sangat aku masuk. Mustafa Ali punya pasal. Bayangkan TGNA pun tak boleh akses ke Harakah, ucapan beliau selalu tidak diterbitkan. Harakah ni lidah rasmi PAS atau LIDAH RASMI CIKGU PA? Tak lama lagi seluruh PAS dalam genggaman Cikgu Pa. Kepentingan individu Cikgu Pa bakal menjadi asas perjuangan PAS.

Siapa dia Cikgu Pa ni? Pengasas PAS?

BN FOOL said...

hidup tuan guru!!Singkir cikgu pa kalau ada peluang..jgn sampai keadaan dah parah brulah nak bertindak..kesian tuan guru...tuan guru sayangkan pas...tpi org mcm cikgu pa nie merosakkan pas!!

akulazam said...

Pada apa yg aku tengok dlam video nih tak nampak pulak Mustapa Ali tu banyak cakap. Cuma skit2 hek hok hek hok je nyampok.
Kalu ye pon tak suke, tak perlulah menambah2 benda yg sedikit.
Mungkin kawan tu memang ada salah, tapi yg lebih salah kalu kita pi tambah2 petrol kat api.
Semoga Allah selamatkan PAS dari PENGGILA KUASA dan SI BATU API.

Anonymous said...

Diharap semua tahu menilai yang mana satu....kaca, Intan, batu, kayu,duri , jarum,dan Racun dalam rupabentuk yang sama.

Beranikah Pemimpin Pas mengasingkannya dalam EGM..

Anonymous said...

Nak buat macam mana video yang ada al banjari telah diedit sebelum dikemukakan ke J/K Displin.