"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 29, 2009

Krisis Dalaman PAS - Kearah Meng"UMNO"kan PAS...

Keputusan Mesyuarat Khas PAS semalam agak "mengejutkan" bagi kebanyakan mereka-mereka yang setia menunggu perkembangan akhir krisis dalaman PAS dan penyelesaiannya. aku namakan keputusan tersebut sebagai sesuatu yang "mengejutkan" kerana majoriti yang aku jumpa dan jugak yang menghubungi aku "amat-amat terkejut" dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS semalam.

"Terkejut" sebab keputusan tersebut hanya layak dipanggil sebagai keputusan selepas "sembang-sembang kedai kopi"... kalau setakat meeting lama-lama, makan 4-5 jam lepas tu keputusan yang diumumkan hanya mampu meng"eleh"kan para wartawan yang menghabiskan masa berjam-jam diluar Ibu Pejabat PAS, AMK pun biasa buat... tak payah tunggu pimpinan atasan..!

Jadi aku namakan mesyuarat semalam sebagai "sembang-sembang kedai kopi" (selayaknya)...

Melihat pada apa yang telah diumumkan oleh Tuan Guru Presiden PAS selepas mereka ber"sembang-sembang" semalam, dan juga merujuk pada kenyataan Tuan Guru Presiden PAS apabila ramai perwakilan sembang-sembang menekan supaya tindakan diambil keatas mereka-mereka yang "seronok" minum dikedai kopi pihak lain, aku naik heran...

Nampaknya usaha UMNO untuk meng"UMNO"kan PAS dah hampir berjaya. ya... hampir berjaya dan sedikit lagi kesilapan akan membawa kepada perubahan warna darah orang-orang tertentu kepada warna hijau kebiru-biruan...

Aku rasa pelik bila Tuan Guru Presiden PAS (sebut dengan nada yang tak ikhlas...) dalam sembang-sembang tersebut menyatakan bahawa siasatan perlu dibuat terhadap tuduhan tersebut (minum dikedai kopi pihak lain). eh..? ni macam kenyataan Pak Lah..! apa roh Pak Lah dah meresap dalam badan Tuan Guru Presiden PAS ke..?

Isu yang ditimbulkan ni dah lama sangat dimainkan diudara dan jugak dalam media cyber dan juga seingat aku dah 3 kali diperbincangkan diperingkat atasan..!

Apa Tuan Guru Presiden tak tau dan tak pernah siasat ke kesahihan perkara ni..? atau Tuan Guru Presiden PAS baru bangkit dari lena..? eh..? tahap ni je keprihatinan seorang Presiden Parti Islam terhadap masalah dalaman Parti Naungannya..? caisss...!!!

Jadi, apa bezanya UMNO dengan PAS dalam keadaan ini..? bila ada yang buat kesalahan atau ada isu-isu besar yang memberi impak kepada parti... diberi soalan... dan jawapannya begini -
  • "Yang tu kita kena siasat dulu..."
  • "Kita tunggu hasil siasatan..."
  • "Kita kena perhalusi dulu kes ini..."
Woi...!!! dialog tu aku selalu dengar dalam PC UMNO lepas UMNO buat mesyuarat jawatankuasa disiplin la...!!!

Dan "individu yang disiasat" tu korang tau la nasibnya macam mana kan..?

Tambah harta macam biasa, buat kecoh macam biasa... lepas ni PAS boleh tukar kaler bendera... kaler biru... amacam..?

Kalau rasa nak terus macam ni la...

34 comments:

Anonymous said...

punya semua masalah ialah mcm penulis ni. elok hangpa dulu keluaq pas

Faridshah said...

Masih segar dalam ingatan kata2 Tuan Guru Nik Aziz..
"Parti PAS hanyalah sebagai tapak/platform dalam sebuah negara demokrasi. Untuk bertanding pilihanraya perlu ada parti.."

Kalau parti tak berubah, kita perlu berubah.
Apa yang penting, perjuangan mesti diteruskan.

Salam Perjuangan..
Lawan Tetap Lawan !

Anonymous said...

PAS akan kehilangan byk kerusi dlm PRU13 nnt kalau inilah sikap PAS dlm percaturan politik negara. GOOD LUCK!

Kulup Labu.. said...

Perisik Rakyat gua tapik lu..sbb gua tengok lu memang sebiji macam "Musang Berbulu Babi"..Teruskan usaha lu..

Anonymous said...

Apa dah jadi ni, adakah tahun ini musim parti politik malaysia bergolak.... tak caya?... umeno, gerakan, mic dan sekarang mca, pas dan pkr.... ah yo yo yo
tapi yg mendukacitakan kita adalah PAS, tolonglah baliklah kepangkal jalan...

Kuda Perang said...

Dari dulu lagi, setelah pertama kali 'membelek' halaman blog ini, kini memang tidak salah lagi, pemilik blog ini adalah UMNO bertopengkan PKR/PAS/PR.

Jika benar2 penyokong PR, nescaya tidak akan terbit rencana2 FITNAH, PEMECAH BELAH UMMAH seperti ini.

Kuda Perang said...

PAS TIDAK BERGOLAK TETAPI DIGOLAKKAN.

MAKSUD SAYA TIADA FAKTOR DALAMAN YANG MEROSAKKAN PAS TETAPI FAKTOR LUARAN, SERANGAN MUSUH2 ISLAM YANG HAMPIR2 MENGGOCANGKAN PAS.

JANGAN SEKALI-KALI LETAKKAN DIRI KITA MENJADI MUSUH ISLAM.

Anonymous said...

Semua pembaca patut tahu penulis ini adalah orang UMNO. Saja nak perangat orang PAS. Kalau orang yang beriman, perkara remeh temeh tak akan timbul sebab wala' pada pemimpin. Kalau dok peleceh orang, mana mungkin.kalau betul orang PAS, yang cakap pandai tapi tak buat apa yang dia cakap. Silap2 sembahyang pun tak. sebab perjuangan PAS bukan untuk kemenangan dunia semata macam UMNO, kalau bercakap pasal kalah dalam piliharaya, perkara biasa. Kita tak ambil pusing. yang penting usaha untuk memartabatkan ISlam. Allah SWT nak tengok usaha. bukan hasil semata2. kalau hasil, orang kafir dah lama menang. ekonomi depa pegang, politik pun lebih kurang, ilmu pun dia kuasai.So baca untuk iktibar sudah.

pemuda insaf said...

Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian 1sen pon tarak gune..
Ingat pimpinan PAS...jgn salahkan rakyat jika undi tidah b'pihak kpda anda sekiranya pimpinan tidak diubah dari sekarang!!
UBAH SEBELOM PARAH!

Anonymous said...

jangan buat fitnah wahai Perisik Rakyat..mu ni batu api..tak takut ke dg api neraka..

Anonymous said...

sepatutnya hang yg patut dibuang dari pas.perangai sebijik macam setan.kau ni islam atau bukan?bila tulis blog macam orang lalok je..

JebatTerror said...

blog albanjari menipu. xtepati jnji langsung. kata lain buat lain.... ish2.... jaga manah kunun.

piiiiiirrrrrrrraaaaaaaahh!!!!

Anonymous said...

Pemimpin Pas akan diubah oleh rakyat Malaysia setelah ahli parti tidak dapat mengubah pemimpin mereka..tunggu PRU13

Unknown said...

aku rasa ramai penyokong pas termasuk aku tak dapat terima kenyataan ini.

sebagai penulis aku rasa dia ada hak nk tegur pemimpin...kita bukan mcm lembu kena cucuk hidung, kalau tak kita sama mcm um no.

sejak kebelakangan ni aku rasa betul-betul frust dgn kenyataan pemimpin2 tertinggi parti...

pas perlu bertindak sekarang, kalau tak parti ni akan berkubur lebih cepat dari um no....kalau ia fitnah, perlu atasi sebelum jadi lebih parah

Anonymous said...

Perisik rakyat,

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang mahukan parti PAS menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Tapi apakan daya pemimpin tertinggi PAS yang mengujudkan skandal diantara mereka kemudian mereka main wayang kulit dihadapan kita. Dan suara tok dalangnya seperti suara setiausaha mereka sendiri…?

Apa yang kita harapkan adalah perubahan dalam parti PAS, tetapi mereka seperti mempermainkan harapan rakyat...

Sekarang kita sudah nampak bagaimana permainan silap mata oleh pemimpin peringkat tertinggi PAS, mereka sudah jadi buluh yang tidak boleh dilentur lagi.

Oleh kerana itu jangan kita campur tangan lagi, biarlah ahli PAS sendiri yang menyelesaikan masaalah parti mereka.

Kepada penyokong Pakatan Rakyat dan para blogger,

Parti PAS dimasakini tidak berapa sehat, biarkan mereka makan ubat dan berehat buat seketika. Jangan diganggu mereka itu sehingga betul-betul sehat barulah diajak bekerjasama semula.

Kepada ahli dan penyokong PKR, anda semua jangan leka melihat rumah tangga orang bergolak tetapi anda semua kena bersedia menghadapi apa jua malapetaka yang bakal datang dari krisis yang dilihat itu.

Bersedia menghadapi pilihanraya secara mendadak. Setiap kawasan dalam Malaysia mesti ada cawangan PKR dan perlu aktif seperti menambah ahli, penyokong, kerja kemasyarakatan, kempen politik. Dan kerja seperti itu mesti berterusan. PKR mesti jadi parti yang kuat dan kukuh.

Oleh kerana itu PKR perlu belajar berdikari dalam mengembangkan sayap kerana dalam banyak pekara yang berkaitan dengan parti dari peringkat cawangan, kawasan dan negeri ianya perlu diselesaikan sendiri tanpa ada bantuan dari parti yang bersekutu.

Awasi pemimpin agar mereka sentiasa patuh pada disiplin parti.

C++ said...

Bhai..

Betul apa yang lu tuliskan nih... gua pon sedih gak... macam nie ajer keputusan yang ader...

Hebat betul la geng-geng "kaler biru pekat" yang ada dalam PAS nih... nampak gaya PAS kini dalam bahaya nih...

Anonymous said...

pencacai umnogok yg ader kt sini korang tak yahh sibuk la ngn hal org Pas
ko pilahh jaga parti ngokk korang

cucu chemat melaka said...

bila ada org persoalkan sikap pimpinan maka org itu akan di cap musang berbulu ayam,bila org pertikaikan pemimpin yg terang2 telah berbuat sesuatu yg bercanggah dgn keputusan muktamar parti org itu akan di tuduh org yg nak pecah belahkan parti,kalau ada pimpinan yg pergi jumpa pak lah dan cakap pasal kerajaan perpaduan dgn umno apakah itu satu tindakkan yg betul,kalau pimpinan itu bertaraf ulumak agung sekali pun,kalau tindakkan nya itu bercanggah dgn keputusan muktamar parti apa kah kita mesti pertahankan tindakannya sesuatu yg hakiki...adakah patut kita masih membiarkan org itu memimpin parti yg memperjuangkan islam,dapatkah kita mendaulatkan islam yg pas perjuangkan dah 58thn sejak pas ditubuhkan pada thn 1951 lagi...kurangkah ilmu nya NAKHAEI dulu yg jadi naib presiden pas dan akhir nya mengistiharkan diri nya masook umno..apa kah ustaz othman mohamad org n9 yg pernah menjawat jawatan setia usaha agung pas dalam tahun 60an di bawah pimpinan asri dulu yg melompat masok umno juga bukan ulamak...datok mat nasir bekas menteri besar kelantan dulu yg istihar keluar dari pas dan menubuhkan parti berjasa dulu hingga haingga menyebabkan pas hampir2 berkubur dan pas hanya tingga 2 kerusi dun aje di kelantan tak ubah mcm pusara yg di pacakkan 2 batu nisan,apa kurang nya dato asri yg berjuang dari mulanya pas ditubuhkan dlm tahun 1951 tapi kelar tinggalkan pas dan tubuhkan parti hamim dan akhirnya bubarkan parti hamim dan istihar masok umno,patut kita masih nak berwala kan pimpinan yg bertaraf ulama kononnya tapi bersikap[ mcm ular dalam semak] yg pi mengada kan perbincangan dgn pimpinan parti taghut[saya pinjam kata2 ustaz hadi terhadap umno],masihkah kita biarkan pimpinan mcm tu terus memimpin parti islam,bila dapat tentangan rahsia pertemuan tersebut pimpinan2 ini dah mula berbohong dgn cuba menafikan yg adanya satu kisah''''''PERTEMUAN DALAM GELAP DGN PIMPINAN PARTI TAGHUT....kalau ada yg berani mempertikaikan dan mendedahkan maka org itu akan di cop musang berbulu babi...di suruh keluar dari parti...akan akan dituduh agen2 umno....sebenarnya apa yg kamu tuduh itu ialah pimpinan kamu yg cuba mengkhianati amanah tg telah di beri kepada mereka bila mereka terpilih sebagai pemimpin.....sedar lah wahai pejuang2 islam ....ada otak fikirlah...pandu lah pada kebenaran.....fikir2kan lah....

Anonymous said...

Aku sokong cucu chemat melaka...SEJARAH perlu dijadikan iktibar...orang Islam jangan masuk LUBANG BIAWAK dua kali..Haji Hadi banyak kali cakap hal lubang biawak ni...satu lagi puak MUNAFIKIN terutama yang Melayu dalam PAS dan PKR...sebab Munafikin SEMBAHYANG dekat BELAKANG Nabi Muhammad SAW...

ag said...

to anon 1.59pm

saya sebagai ahli PAS setuju dengan pandangan anda.

pemberi komen yg menuduh blogger ini org umno dan sebagainyaadalah samada ahli PAS yg buta maklumat atau cybertroopres umno yg di bayar.

percayalah ramai org PAS tahu sumbangan anda sejak pru12 dan semua prk sejak itu,infact saya pernah terserempak dgn perisik rakyat ini di beberapa prk,cuma kamu tidak kenal saya.

Fisabilillah said...

Salam,

Sokong 100%, jgn kita jadi cam Umno, hanya tau angguk jer walau pun tak setuju dengan pemimpin, walau pun terang2 diorang melakukan kesalahan. Klau ada yg silap, kita perlu tegur. Mereka ni bukannya maksum. Mesyuarat khas ni pun aku tgk tang mana khasnya pun aku tak tau. Keputusan pun buat lebih kurang jer. Tak lebih cam mesyuarat kedai kopi.

Aku yg selama ni menyokong Pas pun dah makin tawar ati dah sekarang. Byk perkara yang bercanggah dengan kehendak rakyat berlaku sekarang ni. Aduii...

Anonymous said...

Keecayaan dan keyakinan rakyat terhadap parti PAS perlu juga diambil kira, Kalau Pemimpin Pas masih juga ikut selera sendiri...

Saperti diluah mati Emak ditelan mati Bapa...

Rakyat semakin hari semakin kenal dengan hala tuju perjuangan PAS...

Kalau Nak Masuk UMNO pati Rasuah tu.. jangan buang masa masuklah segera...

Jangan Perbodohkan Rakyat...

Anonymous said...

1. Ini menunjukkan de facto leader sebenar PAS

2. PAS mengamalkan kepimpinan yang bersifat autokratik.

3. Ramai pemimpin PAS yang berpotensi tetapi menentang UG akan diketepikan secara berperingkat menjelang PRU13. Mereka tidak akan terpilih menjadi calon.

4. PAS akan beransur-ansur menyertai BN bermula pada tahun 2010. Proses ini akan selesai menjelang 2011. Selepas 2011, PAS ialah komponen BN terbaru.

5. Ada pemimpin hanya tahu berteori tetapi tidak pandai praktikal

sayang islam said...

slm semua.
jgn kamu nyatakn blogger perisik rakyat sedemikian rupa. klw kamu semua sebagai petugas tegar dalam pas di mana mana skali pun, kmu akan sedar bahawa apa yg dinyatakan blogger perisik rakyat, aziz bari itu mmpunyai hujah dan asas yg kukuh dan kuat.antaranya secara jelas, CONTOHNYA, kami di negeri sembilan khususnya port dickson menyatakan bahawa PRK bagan pinang lebih menonjolkan group UG yang mengawal keseluruhan kempen dan perjalanan program dengan mengabaikan kumpulan yg menyokong tok guru Nik Aziz. terus terang kami nyatakan Bahawa PJ merangkap Calon Dun Bagan Pinang adalah sahabat baik kepada ustaz nasha dan Naib presiden salahudin ayob.ini dinyatakan sendiri dengan jelas oleh naib prsiden salahudin ayob. lillahitaala klw saya berbohong nescaya saya akan dilaknat Allah SWT!!!
sebab itu pemilihan calon dibuat dengan cara yg paling keji dengan menindas calon lama dan mesyuarat akar umbi dibuat bersama salahudin ayob juga tdk dibawa ke peringkat pusat untuk dibincangkan.salahudin ayob bersama kumpulan UG terus mmbuat kputusan vito untuk meneruskan rancangan memilih PJ zulkifli omar sebagai calon walaupun dengan jelas bahawa calon ini langsung tdk ada kredibiliti selaku calon bagan pinang dan langsung tiada tempat bagi PAS negeri sembilan khususnya.

saya sedar selepas coretan ini dipaparkan , pasti ramai yg tdk berpuas hati ttpi saya dengan jelas menyatakan bahawa saya lebih takutkan Allah dari manusia!!!
apa yg saya katakan tadi adalah utk menunjukkan bahawa jika tdk dikawal kumpulan ini, maka selepas pemergian TGNA nnti, saudara-saudaraku akan lihat insyaalah..

KETIKA RASULULLAH BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM DI KOTA MEKAH, RAMAI ORG2 MUNAFIK YG BERSAMA BAGINDA DALAM GERAK KERJA MENYEBARKAN DAKWAH ISLAM, BERIBADAH BERSAMA RASULULAH, DAN KEMANA MANA BERSAMA RASULULLAH, TETAPI MEREKA INI MUNAFIK!!!
FIKIRKANLAH...
SLM...

cucu chemat melaka said...

aku heran betul dgn pas ni,kalau org tu ada pengaruh,bijak sikit,terkenal,glamour,ada harta, ustaz,taraf ulamak konon,bijak berforum,petah berkata2,pandai berceramah,pandai berhujah dan mcm lagi ....masok aje pas...baru beberapa hari dah di beri jawatan dalam pimpinan,belum istiqamah lagi....wahhhhh....dah dapat jawatan....bukan main sombong lagi le dia....yg berkepala mcm kepala umno pun dah power dalam pas....dah mula nak bawak gaya kepimpinan umno dalam pas....tengokkkkkk....haru biru di buat nya....agak2nya kalau boleh bendera pas pun nak di tukar dari hijau jadi biru....org2 kampong yg dari dulu pas sampai sekarang pun pas,dari rambut hitam sampai dah jadi putih...pas tetap pas....mereka2 ini lah grassroot pas....ada yg tak faham pun apa2 mengenai kepimpinan pas...mereka ikhlas masok pas ....walau pun mereka menerima tekanan demi tekanan dan terpinggir dari sebarang bantuan tapi buat mereka ini lah perjuangan sebenar....walau pun mereka tak sepandai pemimpin2 pas tapi merteka lah sebenar pejuang2 pas.....kalau ada apa2 majlis2 ceramah atau pun apa2 aktiviti pas,mereka inilah tenaga pengerak pas.....pimpinan pas datang,ceramah,makan dan dapat sedikit sumbangan dari pungutan derma yg di adakan,lepas tu balik,yg berhadapan dgn gerak kerja dan berhadapan dgn tentangan musuh2 pas....inilah mereka2 ahli pas GRASSROOT PAS......

Unknown said...

sebab sayang PAS ler ramai bising/bising semata-mata nak tegur kepimpinan PAS yg lemah & kecamuk (yg jelas dikuasai puak PAS Trengganu)...nampaknya depa jenis tak boleh ditegur malah berpura-pura damai semata-mata nak kendur ketegangan/mengkaburi agenda tersembunyi selama ni...iaitu UG.
TGHH hanya boneka dlm komplot ni kerna perancana mungkin orang lain bersama pendokong visi & misi sulit tu...TGNA makin disesakkan oleh team UG ni dgn pelbagai masalah seolah-olah sengaja ditimbulkan secara konsisten..Ahli/pejuang PAS yg tegar hanya berdoa yang terbaik...tapi AJK/perwakilan tak mampu ubah keputusan & halatuju PAS yg didominasi oleh puak tertentu sekarang yg kian terhakis kepercayaan,sokongan penyokong PR dan rakyat. Jelas PAS menuju kehancuran.

Anonymous said...

bai semua ...

kita bukan parti BN(Parti Rasuah Anda)yang tak boleh tegur kalau dah salah.

Kita PR kalau kalau dah ramai tegur buatlah tindakan bukan nganga macam parti BN(Parti Rasuah Anda).

Ini bukan nak batu api atau batu campur ini sebab hak aku sebagai pengundi yang mahukan Malaysia bebas dari rasuah. BN adalah parti rasuah anda dan paling bangsat punya parti.

Anonymous said...

BN adalah parti rasuah anda.
BN adalah parti rasuah anda.
BN adalah parti rasuah anda.

dILA said...

kalau cam nilah perangi & peelnya. alamat pas lingkumlah kat PR13 ni kerana sikap 3/4 kerat yang bodoh dalam pas ni.

masa tu pas janganlah menangis pasal rakyat tak sokong atau paling bagus sekali cakap ini takdir tuhan. yang sebenarnya, hangpalah yang bodoh sombong.

ingat, Allah kata dlm al-quran yg dia takkan ubah nasib sesuatu kaum itu unless kaun itu berusaha dulu untuk mengubah nasib mereka.

ingat KEYWORD tu : BERUSAHA. so bukan main doa je, kene kerja kuat & bertindak bijak juga

awangpendang said...

Habis yang parti Keadilan melalui proksinya Husam MENGKEADILANKAN PAS boleh pulak ? apa raa..

BOO BN said...

ubah sebelum parah!!Bodo geng t'ganu!!Hidup tuan guru!!

tengala said...

Tembaklah lah sesama kau orang.Kalah PRU13 jangan kata pemimpin masalah tapi anda juga bermasalah..Masalah anda timbulkan masalah dalaman parti..
Orang kata isu dah ditutup tapi nak ulas juga...
Kalau Imam Mahadi turun sekarang nie pun mungkin kau orang tak boleh terima...
Kalau dah rasa PAS tak bagus boleh masuk UMNO.Malaysia negara demokrasi.Jangan jadi batu api kelak anda juga yang jadi mangsanya.

Anonymous said...

emmm elok la hang jadi blogger umno...tak da adab langsung..gila punya org. komen mcm org bodoh penuh syak wasangka, dendam kesumat, busuk hati, dan busuk punya org...

ni la namanya gunting dalam lipatan...api dalam sekam..musang berbulu ayam, gergaji mata dua, talam dua muka........

poorahhhh...

Reezl said...

perkembangan yang sangat membimbangkan...
bila wang dan kuasa dah mengausai diri, semua rasional ditolak ke tepi...