"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 29, 2009

Mesyuarat Khas PAS Berakhir Dengan Keputusan...

Semalaman ini, beribu-ribu rakyat 1Malaysia yang berminat untuk mengetahui perkembangan terkini politik 1Malaysia khususnya apa yang berlaku dalam PAS menerusi Mesyuarat Khas yang telah diadakan malam tadi di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, bersengkang mata menunggu keputusan majlis yang bermesyuarat malam tadi.

Mesyuarat selesai lebih kurang jam 1:30 pagi tadi dan satu sidang akhbar telah diadakan dan dalam sidang akhbar tersebut, satu kenyataan dari keputusan mesyuarat malam tadi telah dikeluarkan.

1 - Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan diadakan.

2 - Satu lembaga displin telah dibentuk dan ianya diketuai oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang berlaku dalam Pimpinan PAS Negeri Selangor.

3 - Isu Unity Government (UG) atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi Kerajaan Perpaduan selepas ini.

Dalam pada itu, individu-individu yang sering dikaitkan sebagai "Pro UG" iaitu Mustafa Ali, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS masih lagi kekal memegang jawatan masing-masing dan setakat ini, tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka.

Melihat pada apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat malam tadi (yang dinyatakan dalam sidang akhbar sebentar tadi), aku rasa mesyuarat yang diadakan tadi hanya sekadar "mesyuarat biasa" yang menggunakan "dialog" yang sama dengan "dialog" semasa Muktamar PAS di Perak pada tahun lepas.

Tiada keputusan yang jelas, buang masa, dan jugak membazir... kalau setakat meeting lama-lama cuma untuk dapatkan keputusan yang sama macam apa yang dinyatakan dalam Muktamar tahun lepas, baik tak payah meeting... entah... aku tak paham...

Itu pandangan awal aku... kita tunggu laporan penuh atau kenyataan rasmi, baru kita boleh komen banyak-banyak...

Kemaskini dari HarakahDaily.Net -

PAS Adakan Seminar Ganti Muktamar Khas

PAS akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya.

Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Antara yang akan dijemput memberikan pandangan nanti adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Demikian beritahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya jam 1.00 pagi tadi.

Sidang media itu diadakan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Selain itu, mesyuarat khas itu juga mengambil ketetapan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

Image Dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi memaklumkan, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Turut serta dalam sidang media selepas mesyuarat berjalan mulai jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.

28 comments:

zali said...

keputusan yang paling tepat yang sepatutnya depa buat adalah :

BUBARKAN PAS!

Sape PR/BN nak panjangkan zakar? said...

takbirr!!!

Yong said...

Dalam satu brigade tentera, brigadier general dan beberapa pengikut tegarnya disyaki ade masalah disiplin. Seorang leftenan kolonel dilantik untuk ketuai siasatan. Brigadier tu tak pulak digantung semasa menunggu hasil siasatan supaya dia jangan mengganggu kerja penyiasatan. Cuba mike pikior, boleh tak si leftenan kolonel ni buat siasatan dengan efisyen?

Tahniah! Baik betoi hasil mesyuarat yang buang masa dan buang duit derma kami kepada PAS.

pemerhati said...

Kunci nak setel masalah PAS senang. Buang Mustapha Ali dengan Harun Taib! Yang lain-lain tu sebenarnya balaci 2 orang ni je! Senang ke nak buang? Kalau 2 orang ni takde siapa yang nak jadi pemikir pada Hj Hadi? Tubuhkan parti lain kot? Biar keahlian PAS tinggal Hj Hadi dengan geng-geng UG je!

joe penang said...

Jika xde tindakan tegas terhadap geng ug ni. najib plak bubar parlimen sebelum muktmar tahun depan. Maka dijangkakan ubn akan menang besar. Kerusi campuran termasuk Parit Buntar dan selatan Kedah akan dikuasai oleh ubn.
Xpe. "Biar kita kalah, jangan islam kalah." Maka rakyat akan menderita lagi selama satu penggal

CUPING MERAH said...

kuputusan mesyuarat yang sangat bermakna..dan keputusan beginilah yang aku nanti-nantikan..

piiiiraaaaaahhhh!!!!!!!!!


woi..zali kemana hang mau lari!!
nasi lemak terhutang itu hari sapa nak bayar?

matstimketum said...

pas pusat masih tak dapat lagi menyingkirkan hasan ali, mustafa ali dan nasharuddi isa dari barisan kepimpinan kerana mereka dipertahankan oleh presiden. adakah presiden telah tersilap langkah?

Unknown said...

Aku rasa suatu keputusan yang tepat. Puak-puak UMNO ni kecewa dengan keputusan mesyuarat ini kerana mereka nak tengok PAS berpecah. Apa yang mereka nak :

1. TGNA disingkirkan dari jawatan Mursyidul Am atau..
2. TGHA, Ustaz Nasha, Hassan Ali dan Mustapha dilucutkan jawatan.

Tapi, tidak menjadi kenyataan. Aku memang berdoa agar selepas ni akan menjadi lebih kuat dan mantap.

TAKBIR!!!!!

Anonymous said...

Pada aku zaman MOTI BASI ni dah sampai hujung dah...tambah kalau DR. Yamasita...asyik tunjuk gelang dengan tudung aje..sekarang orang nak tengok HASIL...tengok apa YB buat CAKAP SERUPA BIKIN...Islam tak Islam ke...itu cerita kemudian...Tamabh pulak zaman RM RM RM...kesungguhan dan kecerdikan kelicikan diGUNA untuk Islam...BUKAN PARTI semata2...ramai orang masuk PAS dan PR sebab menang PRU12...kalau MIC menang banyak dulu pun ramai yang masuk MIC...sebab nak rebut jawatan dan tender cuci tandas kat BATU CAVES...dalam PAS dan PR sekarang ramai juga keturunan MIC tu...

Anonymous said...

joe penang ni bercakap seolah2 mcm kl xmenjadi ahli pas dan menyokong pas tu bermakna bukan islam...sempitnya kepala hotak kau ni..kau igt org pas je ke org islam di atas muka bumi ni..ilmu agama kau tu lebih tinggi ke dr haji hadi,ust nasa,harun taib....

kembara putih said...

Tak terbongkar pun pasal perjumpaan Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan blogger2 UMNO? Buang masa saje la. Keputusan pun penuh retorik dan tak nampak bersungguh2, seolah2 semua pimpinan mengalami sindrom Pak Lah, kecuali TGNA. Kalau macam ni, takkan ada la sinar di hujung terowong, dan confirm lah PAS bakal bungkus di PRU13 nanti.

mat s said...

Alhamdulillah..keputusan yg baik. Segalanya adalah ketentuan Allah jua..
Org kata pecat,tapi kalu Allah dah tentukan tidak, maka tiada pecat lah..Ada hikmahnye..
Kena bagi amaran dan peringatan dulu, kalu degil juga, baru le pecat..pemain bola pun kena 2 kad kuning dulu sebelum kad merah..
Yg menjadi masalah paling besar ialah semua pertuduhan pasal UG ni betul ke atau hanya FITNAH utk melaga-lagakan ahli dan pimpinan PAS ??? Ada bukti ke atau hanya TEORI ??
Jgn risau, yg bathil pasti akan hancur..insyaAllah..
Perjuangan yg Benar dan IKHLAS kerana NYA pasti akan mendapat pertolonganNYA juga..
Ada 2 kemungkinan, samada geng2 pro UG yg hancur jika masih berdegil ATAU kaki2 pemFITNAH yg hancur..
Yg penting kita teruskan solat Hajat dan berdoa akan keselamatan,kekuatan dan kemenangan PAS dan PR.. TAKBIRRR !!

Anonymous said...

Ramai para blogger yang bagai nak rak komplen, buat komen tak tentu pasal, konon depa ni lebih pandai dari orang lain, buat andaian yang macam2, seolah-olah berfikiran seperti Umno, sudah terkedu dengan keputusan mesyuarat khas PAS semalam.

Depa sebelum ini ingin sangat tengok PAS berpecah belah, sengaja cipta kontroversi, sengaja mengapi-apikan ahli-ahli PAS telah pun tertewas pusingan kedua.

Hikmah disebalik kejadian, makin mudah kita hendak menapis, blog mana yang bercita-cita hancurkan PAS dan blog mana yang memang betol2 berjuang bersama2 dgn PAS.

Siarkan artikel membuta tuli konon hebat. Mengaku PAS tapi otak cam Umno.

Anonymous said...

zali bangsat BN mula bersuara sumbang.

Anak Lenggong said...

KAH KAH KAH....KAN DAH DIKATA BAHAWA MAJLIS INI HANYA LAKONAN DARIPADA PAK LOBAI BERJANGGUT JEE..HANYA SEBAGAI MENGABUI MATA PENYOKONG SERTA MERAIH SIMPATI ORANG RAMAI DISEBABKAN PAK LOBAI NI DAH TAU BAHAWA SOKONGAN ORANG RAMAI TERHADAP PAS DAH MULA TERHAKIS...

KESIAN NYA PENYOKONG DAN BLOGGERS UPAHAN PAS..TERTIPU DENGAN LAKONAN SANDIWARA PAK LOBAI BERJANGGUT SEJEMPUT NI..TENGOKLAH APA KOMEN HADI "Ditanya mengenai tulisan Nik Aziz dalam laman blognya yang memberi gambaran adanya beberapa pemimpin utama parti itu yang pro-kerajaan perpaduan dengan UMNO , Hadi berkata, Musyridul Am PAs itu telah mengatakan segala tuduhan itu adalah tidak benar.

“Tuduhan itu tidak benar. Beliau sudah jelaskan,” jawabnya ringkas" MALAS AKU NAK KOMEN SEBAB PENYOKONG PAS HANYA TAU MENGANGGOK SAHAJA DAN AKAN BERKATA APA YANG DIUCAPKAN OLEH NIK AJIS TU MAINAN MEDIA DAN ORANG UMNO SAHAJA...SO FIKIR LAH SENDIRI..SELAMA INI KALIAN ASYIK TERTIPU DENGAN PAK LOBAI YANG KONONNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM..

Anonymous said...

errr mintak tolong UG tu ape ek??

Anonymous said...

Anak lenggong masih baru nak belajar.

Anonymous said...

Maka hari nie UTUSAN MELOYA dan seangkatan dengannya mula bersuara sumbang mengatakan BN dikambingkan hitamkan.

Aku dah agak dah parti Zali bangsat nie memang putar belit alam.

Anonymous said...

Muhyiddin hari bersuara mengtakan bahawa BN terbuka utk idea tersebut.

Bagi aku dah nak karam baru nak terhengeh hengeh. sial punya parti.
Parti bangsat Zali nie mmg sial.

MASYITAH MD.HASSAN said...

Alhamdulillah..keputusan terbaik daripada hasil syura..

#Bersihkan hati, hiasi peribadi dengan akhlak islami..

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su'ul Khuluq).

Anonymous said...

Kah..kah..kah..ada anak BARUA umno kat sini yang tak puas hati sebab mesyuarat smlm tidak memecat pimpinan PAS..
Kah..kah..kah..ada ramai barua2 umno yg kaciwa sebab pepecahan dan pemecatan dlm PAS tidak berlaku..agenda FITNAH mereka selama ini tidak menjadi..kah..kah..kah..
Alhamdulillah..Allah maha Mengetahui..mereka merancang,Allah juga merancang...TAKBIRR !!
Tak payah sebok2 hal PAS la,
pi tanye mamak zambry tu kat sapa krjn haram dia bagi projek buat jambatan yg runtuh kat Kampar tu..kenapa tak ikut spesifikasi..ada mashuk ka??

Anonymous said...

Jika nak beri komen-komen yang tiada akhlak Islam....lebih baik dok diam2. Semua yg org lain buat tak kena...hampa saja yang baik, bagus, hebat, bijak, intelek dan ada wibawa. Orang lain semua tak tau, bodoh, lembab, tak tegas, lemah...apa ni sahabat. nak bagaimana lagi...baru setahun dua dok dalam bloggers ni dah macam pimpinan besar.

sabarlah..orang dok solat hajat, solat istikharah nak buat keputusan. doa tak putus2..minta Allah tunjukkan jalan terbaik. Syukur lah apa yang di buat setakat ini. Kita boleh shj menegur tetapi dgn penuh tawadhuk dan insaf akan kebesaran Allah. Mgkn di sana ada kelemahan tapi moga2 itu ada rahmat yang kita tak tahu. Ulamak adalah pewaris nabi2.

Mgkn apa yang kita sangka baik itu sebenarnya tak baik pada kita, mgkn juga apa yang kita sangka buruk itu sebenarnya baik pada kita...

teruskan perkukuh jamaah. bantu di mana yang boleh. jgn hanya mendongak bintang di langit terlupa rumput di bumi...jgn juga sokong membawa rebab..jgn menjadi lidah syaitan penyambung fitnah...nauzubillahimin zalik.

Wallahutaala a'lam.

bikirperak said...

Awat power sangat ke si hassan si nasha dan to pa ...betoi2 buang masa eja......?

Si Hassan hj. bakhil ini banyak sangat buat bikin haru biru; di Selangor sebab tak dapat jadi Menteri Besorrrr ....pun boleh lepasss....?

WOW...kalu jantan ada T****R lepas kan jawatan semua...Si Nasha ni tak tahu ke rakyat Kelantan menyampah sama macam kawannya Si Katak Ibrahim Ali..?
yang Gila talak dengan UBN al Dajjal sebab duk kat situ boleh bikin harta rakyat sampaii tercekik dan perut buncit..oiii.!!

ZALI Oiiii hang pulak pie duk ketiak purpa..gomo..bangkit.. kat sini tak sesuai untuk otak bersepai taraf longkong najis hangpa.....sesekali tersesat dalam blog sampah muntah wehh.. yang di hidang kat situ lauk pauh untuk sajian PM 1 Malaysia dan sukusakat hangpa...boleh makan dengan lahap ..minda orang2 gua dulu kala lagi elok kutt...!!!

lurus said...

alhamdulillah keputusan yg terbaik. tiada penyingkiran berlaku.aku dh agak dh. pemimpin PAS memang hebat dalam kemuafakatannye..tahniah. harap2 lepas ni Lembaga disiplin dpt menjalankan tanggungjawab dgn tegas. siasatan perlu telus. ingat Allah SWT jgn ingat RM dan kawan sja. anak lenggong and the gang dh mula meroyan tahap sakit jiwa dgar kabau je ler dia g tanjung rambutan nak register kt sana...

Anonymous said...

UG tue 'UnderGround'..
kah..kah..kah

Unity Goverment kot !

Anonymous said...

Anon 10:37,

adakah maksud anda TP? sebab yg aku nmpak dia yg x puas ati

bg aku, ini adalah keputusan selepas mendengar semua hujahan. Ia adalah keputusan yg perlu dihormati walaupun x disukai sesetengah pihak. Ini adalah keputusan yg mungkin terbaik buat masa ini agar tiada perpecahan berlaku. Segala pertimbangan pasti telah dibuat sblm keputusan ini diambil.

Anonymous said...

Kalau ada Usrah taman, kampung,bandar, daerah, negeri, kebangsaan...tak perlulah HEBOH buat mesyuarat TERGEMPAR ...sebelum Mesyuarat boleh buat usrah sekejap...baca tafsir ke baca Hadis ke..baca SIRAH ke...lepas tu bincanglah ISU2 semasa...BIAR PAS betul2 TAK SAMA dengan UMNO...tapi PEDANG tetap lawan PEDANG...

Anonymous said...

UG tu ape??