"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 29, 2009

Mesyuarat Khas: Kenapa Jawatankuasa Siasatan Tidak Diumum..?

Mesyuarat Khas PAS dah selesai, keputusan dah dibuat, ramai yang tak puas hati dan ramai geng-geng kacang hantu UMNO/Beer eNd yang seronok...

Ada beberapa hal yang tak ramai orang tau berlaku dalam Mesyuarat Khas PAS malam tadi.

Pertama, TG Nik Abdul Aziz hadir sama dalam Mesyuarat Khas tersebut dan semua sedia maklum. TG Nik Abdul Aziz juga meninggalkan mesyuarat tersebut agak awal iaitu seawal jam 11:00 malam lebih kurang.

Kenapa TG Nik Abdul Aziz balik awal..? yang tu jadi tanda-tanya dan ramai yang tertanya-tanya. pada aku, tak ada apa-apa kepelikan kalau TG Nik Abdul Aziz meninggalkan mesyuarat penting sebegitu awal. tak kan korang tak tau TG Nik Abdul Aziz terpaksa pulang awal sebab kene bersiap untuk Sidang DUN Kelantan hari ni. jadi bagi aku, tak de isu.

Kita ikuti serba sedikit apa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas semalam.

1 - Hampir 75% dari 40 orang perwakilan yang menghadiri mesyuarat semalam BERSETUJU supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan disiplin iaitu DIGUGURKAN dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

2 - Persetujuan dibuat setelah para perwakilan MELIHAT SENDIRI bukti-bukti, visual dan rakaman rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO/Beer eNd dengan Dr Hasan Ali sendiri.

3 - Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali bersungguh-sungguh mempertahankan supaya tindakan pemecatan serta-merta Dr Hasan Ali tidak diambil dan alasan yang beliau berikan ialah PAS akan dipandang serong oleh lebih 70 wartawan yang sedang menunggu keputusan mesyuarat diluar Ibu Pejabat PAS - alasan paling tak munasabah pernah dilontarkan oleh "Setiausaha Agung PAS".

4 - Mustafa Ali mencadangkan supaya suatu jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh AJK Pas Pusat Abu Bakar Chik dibentuk untuk menyiasat setiap dakwaan dan tuduhan yang telah dilemparkan kepada individu-individu terbabit padahal dalam mesyuarat khas semalam, berbagai bahan bukti telah dibawa untuk memperkukuhkan dakwaan-dakwaan tersebut dan bahan-bahan bukti tersebutlah yang membawa kepada persetujuan hampir 75% perwakilan supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan serta-merta.

5 - Cadangan Mustafa Ali supaya jawatankuasa disiplin dibentuk BUKAN KERANA MAHU MENCARI KEBENARAN sebaliknya bagi MEREDAKAN KETEGANGAN banyak pihak. ternyata Mustafa Ali tidak jujur sewaktu melontarkan idea tersebut.

6 - Berikutan dari cadangan itu, majoriti perwakilan yang hadir, bersetuju supaya Jawatankuasa tersebut dibentuk TETAPI HENDAKLAH dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

7 - Mesyuarat Khas tersebut juga melantik AJK Pas Pusat, Hanipa Maidin bagi mengetuai 1 lagi Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa Siasatan dan misi Jawatankuasa Siasatan ialah - menyiasat siapa lagi pemimpin PAS yang berkonspirasi dengan UMNO dan bekerjasama dengan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

8 - Mustafa Ali, di luar mesyuarat telah meminta supaya Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak memaklumkan pembentukan Jawatankuasa Siasatan itu kepada wartawan dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas tersebut dan akhirnya wartawan hanya diberitahu akan pembentukan Jawatankuasa Disiplin sahaja.

Bersambung...

13 comments:

Lot 250 said...

Pembetulan... TGNA keluar awal bukan kerana ada sidang DUN pada hari ini...(29 Okt).. Siadang DUN telah tamat pada 28 Okt.
TQ

Kuda Perang said...

JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!! JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!! JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!! JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!! JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!! JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!!

Anonymous said...

PAS masuk BN 2010/2011. Usaha sedang giat dijalankan.

tengala said...

JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!!
JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!!
JANGAN JADI PUNCA DAN PENYEBAR FITNAH!!!

Aku setuju sekali..tak payah sambungla cerita nie...ambik plastik bungkus buang dalam tong sampah..
Kita buka cerita pasal Kerajaan UMNO dah tak ada duit..MIG 29 pun dah nak lelong kedai besi buruk...
lepas tu kapal selam pun kira dok tunggu masa sahaja..
anak2 siapalah pulak yang akan mati lemas dalam kapal tersebut macam sub marine Russia suatu ketika dulu..sekali mati beratus orang...
Patutlah belanjawan tak sebut langsung pasal ketenteraan...
yang depa tahu nak bagi kolam renang kat kem tentera...
Kena serang musuh pakat2 mandi bogel dalam kolam...

cucu chemat melaka said...

jangan nak tutup kalau ia benar,ia ibarat bisul yg akan pecah,bangkai semut diseberang laut nampak,bamgkai gajah jgn di tutup,kalau ditutup pun bau nya akan memuntahkan,jgn jadi mcm org umno yes man,yes boss,yes sir,yes dato,yes tan sri,yes tun,tipu pun yes,auta pun yes,mesyuarat dalam gelap pun yes,ustaz2 dah cakap bohong pun yes,APA DAH JADI....nak tutup konon....berkata benar lah walau pun ia pahit,tu yg di namakan keberanian mengatakan yg hak,jgn sampai pas hancur di sebabkan ahli2 pas taksub kat pemimpin hingga pas hancur....BUTA KE MATA ORG DAH MULA TOLAK PAS DLM PILIHANRAYA BAGANPINANG,kerana org dah mula meluat dgn pimpinan pas,kalau tidak tok guru nik aziz yg begitu lembut org nya jadi terlalu marah

dILA said...

kalau cam nilah perangi & peelnya. alamat pas lingkumlah kat PR13 ni kerana sikap 3/4 kerat yang bodoh dalam pas ni.

masa tu pas janganlah menangis pasal rakyat tak sokong atau paling bagus sekali cakap ini takdir tuhan. yang sebenarnya, hangpalah yang bodoh sombong.

ingat, Allah kata dlm al-quran yg dia takkan ubah nasib sesuatu kaum itu unless kaun itu berusaha dulu untuk mengubah nasib mereka.

ingat KEYWORD tu : BERUSAHA. so bukan main doa je, kene kerja kuat & bertindak bijak juga

Anonymous said...

pimpinan dah buat yang terbaik...
klu ada yang masih menyalak lagi..
maknanya masih tak paham lagi la..
patutnya terima apa yang dah diputuskan..
pimpinan yahu apa yg terbaik..
semua jawatn dilantik.
bkn pimpinana dok berebut2..
TGNA tak kalut pn, org lain lebih2..

hentikanlah usaha utk mencipta bisul tu..
lihat lah dgn mata hati..

Anonymous said...

Sumpah Laknat Saiful, memakan diri Anuar. Walaupun Anuar cuba lari dari Makamah, tetapi laknat Tuhan tetap berlaku. Para Pengikut dan penyokong golangan peliwat cepat cepat lah bertaubat. Isteri Nabi Lut terkena bala Tuhan akhibat menyokong golongan ini. PAS pun akan terkena bala ini sekiranya terus menyokong Anuar. Pintu taubat masih terbuka.

sapien said...

Dah tutup buku cerita UG ni. Jadi tak payahlah kita blogger dok fikir lagi. Sekarang ni kita kena ingat macam mana nak counter balik Umno yang dok rasuah adun PR ni. Cerita umno nak rampas selangor dan kedah sedang berjalan sememangnya benar. Jadi lupakanlah bab UG ni. Kita siasat pula bab siapa yang nak kena beli lepas ni. Kat Kulim nun dah lama dengar tapi kami orang kat sini tak layan sangat.Nak tunggu kalau jadi saja tak jejak tanah la kena perambat.

Anonymous said...

Sekarang isu jawatankuasa disiplin masih terbuka.

Apakah tindakan kepada mereka yang terlibat dengan kemelut UG lebih ringan daripada golongan pro syiah dulu? Tindakan yang dikenakan mencerminkan persepsi PAS terhadap taraf syiah dan UMNO di sisi PAS.

tengala said...

cucu chemat melaka
Udahlah cucu chemat ooiii..
Bisul nie ada tempoh sembuhnya juga..Mungkin anda terkena bisul jenis TULANG BESI..yang memang tak ada harapan sembuh..
Satu lagi makan kenalah pantang ikut nasihat doktor telor dan udang jangan makan baru cepat semboh....
Kalau gatal pun biarkan saja,tangan tu janganlah menggaru lagi nanti luka semula...
Parut memang tak boleh hilang tapi yang penting kesakitan telah hilang.

JebatTerror said...

ak dh dpt agk dari Awal lagi kenapa TGNA kluar awal. satu lagi, husam & dr Lo' Lo' pun sama kluar seblum berakhir mesyorat yakni pd pukul 12 mlm. takkan mesyorat x abes ag diorang buat2 bodoh kluar gtu kot... ak dpt byngkn ketegangan mesyorat pd malam itu.....

Anonymous said...

Jangan cabut duri dalam daging PAS tu nanti takut bernanah tersangat busuk...