Orang akan kata, saya mana ada bukti buat dakwaan sebegini. Macamlah si Khairuddin Osman dgn PJ Selangor ada bawak bukti masa buat tuduhan2 jahat terhadap Khalid Samad dan Saari Sungip (untuk melihat tuduhan2 tersebut, sila baca di sini).
Sudahlah terkantoi, semua tuduhan tersebut berdasarkan insiden2 yang berlaku TAHUN INI, sedangkan Khalid Samad dan Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian TAHUN LEPAS, bulan November. Jadi, macam mana Khalid boleh dipecat atas insiden-insiden yang berlaku SELEPAS beliau dipecat. Saya rasa orang2 kat Perhubungan Negeri ni sedang kena bala dari Allah SWT hasil dari doa Tok Guru Nik Aziz. Sebab tu diorang dah mula bercakap macam orang mereng.
KHAIRUDDIN OSMAN. Kau memang bangsa jual maruah. Kau tahu benda kau cakap ni bohong tapi kau cakap jugak. Kau akan dapat penghukuman kau dalam masa terdekat nanti, inshaalah.
(BERMULA) Kalau tuan/puan sedar, semua artikel saya sebelum ini tidak memberi apa-apa komen berkenaan dengan pemecatan Khalid Samad. Saya cuma mempersoalkan perlantikan seorang Ketua Penerangan yang mempunyai track record menjalankan aktiviti2 subversif dalam PAS, yakni perlantikan Roslan SMS.
Ini kerana pada waktu itu saya tidak berkemampuan untuk memgesahkan beb erapa maklumat yang saya dapat. Namun, pada hari ini, beberapa ketidakpastian itu telah terjawab. Saya tidak akan menamakan nama dalam pendedahan saya ini, tapi saudara/ri mampu untuk memahami siapakah karater-karakter yang saya sebut ini.
Masalah sebenar timbul sewaktu “retreat” PAS Pusat di Langkawi. PAda masa itu, Wakil PAS Selangor (WPS) telah membentangkan laporan di bawah tajuk hubunan Pakatan Rakyat di Selangor. WPS itu telah membentangkan satu laporan yang 100% negatif. Dengan kata lain laporan WPS itu telah member gambaran bahawa hubungan PAS dengan rakan2 Pakatan Rakyat yang lain adalah tersangat keruh dan seperti retak menanti belah.
Walaubagaimanapun, laporan WPS itu telah mendapat kritikan yang tersangat hebat di dalam retreat tesebut. WPS telah dibantai kiri dan kanan. Seumpama Ustaz Solihin Mukhyi dibidas semasa Muktamar PAS di Ipoh tempohari kerana mengatakan bahawa PAS dianaktirikan di Selangor. WPS telah mendapat kemaluan yang tersangat besar kerana hampir keseluruhan peserta retreat Langkawi tersebut tidak dapat menerima laporan WPS itu.
Selang 2 minggu selepas retreat, Dewan Harian PAS Selangor telah dipanggil oleh PAS Pusat kerana PAS Pusat gusar terhadap laporan WPS dan mahu perbincangan yang lebih mendalam. Di dalam pertemuan itu, sekali lagi WPS membentangkan laporan yang sama. Namun, kali ini laporan WPS telah disanggah oleh Tn Haji Khalid Samad sendiri justeru menampakkan lagi kelemahan laporan WPS itu.
Malahan WPS gagal meyakinkan Presiden PAS Pusat kerana Tuan Guru Presiden menyatakan bahwa tidak mungkin Pakatan Rakyat di Selangor ini terlalu buruk. Tuan Guru meminta PAS Selangor mencari jalan menyelesaikan apa-apa masaalah kerana kedudukan PAS di Selangor jauh lebih baik berbanding Selangor di bawah BN dulu.
Ertinya perancangan WPS telah gagal. Percubaan beliau untuk memberikan gambaran buruk kepada pimpinan PAS berkaitan dengan Pakatan Rakyat telah memakan tuan. Imej WPS jatuh merudum dan imej Pakatan Rakyat berjaya dipertahankan di kalangan pimpinan PAS.
Khalid Samad Mesti Dibuang
Selepas itu telah berlaku mesyuarat PASKAD yang telah membincangkan banyak isu2 semasa. CUmanya, isu pembentangan WPS yang 100% negative itu telah dibincangkan. Oleh kerana Khalid Samad adalah Pengerusi PASKAD, maka Khalid telah dipersalahkan secara 100%.
Padahal pada masa itu telah diperbincangkan berbelas isu-isu lain dan isu WPS itu hanya sebahagian sahaja. Dan bukannya Khalid Samad yang menaikkan isu tersebut.
Kita dapat baca dalam laman Fraksi UMNO, Tranung Kite, sebuah surat dimana Khalid Samad dituduh cuba memburukan WPS itu di dalam mesyuarat PASKAD. Sebenarnya cerita ini fitnah tetapi memandangkan Tranung Kite adalah laman Fraksi UMNO yang pro kepada laman AntiHusam, maka surat fitnah ini telah disiarkan tanpa tapis.
Memang pun Tranung Kite amat berdendam dengan Khalid Samad sebab Khalid telah mengagalkan usaha mereka mempengaruhi perwakilan PAS menyokong usaha membawa PAS masuk UMNO.
HAsilnya, Khalid Samad dan Saaari Sungib telah ditendang keluar dari Harian Negeri Selangor atas alasan memburukkan WPS di dalam mesyuarat PASKAD.
Hakikat sebenarnya, Khalid dipecat kerana pengaruh dan fungsi beliau mengagalkan usaha WPS dan Fraksi UMNO untuk memburuk dan memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor.
Yang hairannya, dalam mesyuarat Dewan Harian Negeri sebelum pemecatan, tidak dibincangkan langsung akan pemecatan Khalid Samad ini.
Keputusan memecat Khalid Samad ini dibuat secara “impromptu” tanpa merujuk kepada Dewan Harian Negeri. Ahli-ahli Perhubungan Negeri seperti terkejut dan tiada siapa yang bersuara kerana mereka berada dalam keadaan yang sangat terkejut.
Beliau juga melantik Roslan SMS kerana Roslan SMS adalah tokoh fraksi UMNO yang mahu membersih PAS dari segala anasir pro Pakatan Rakyat. Ertinya WPS adalah sebahagian dari Fraksi UMNO yang mahu “mengumnokan” PAS.
Segala Cerita Buruk Pakatan Rakyat Mesti Datang Dari Selangor
Kalau saudara/ri nak tahu, segala cerita negatif dan fitnah berkenaan Pakatan Rakyat di kalangan PAS adalah datangnya dari Selangor. Misalnya :
- DAP cuba untuk menghapuskan amalan Islam di Selangor.
- Cerita Teresa Kok menghalang azan mula2 didengari dikalangan PAS Selangor lama sebelum Khir Toyo mengutip fitnah tersebut.
- Kononnya Ahli-Ahli Majlis di Selangor hanya mempunyai 30% melayu sahaja mula-mula ditimbulkan oleh wakil Selangor di Mesyuarat Exco Pemuda PAS Pusat oleh Wakil Selangor.
- DAP mengkhianati PAS telah diungkapkan oleh suara Fraksi UMNO, Songkok Putih kepada saya sendiri.
Setelah memecat Khalid Samad, WPS itu sudah semakin galak. Baru-baru ini beliau membuat kenyataan yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia kononnya ada masaalah dalam Pakatan Rakyat negeri (walaupun dinafikan tapi kalau betul pun saya tak terkejut). Sehingga kenyataan tersebut disanggah oleh MB Kedah sendiri, Ustaz Azizan Abdul Razak.
Beliau juga cuba menjadi champion mengharam arak di Selangor, sedangkan arak sudah sememangnya haram kepada orang Islam di Selangor. Apa yang perlu adalah penguatkuasaan dan “spot check”. Seharusnya diwujudkan pasukan-pasukan “spot-check” kepada 7-11 dan sebagainya untuk memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang islam.
Semua ini bertujuan untuk mencipta suasana tidak senang dan tidak harmoni dalam Pakatan Rakyat Selangor. Itu sahaja.
PAS Selangor Sudah Semakin Menjadi Assabiyyah Persis UMNO?
Saya nampak PAS Selangor sudah semakin lama semakin UMNO. Tidak hairanlah kepimpinannya sekarang ini terdiri dari bekas Special Branch, penceramah Biro Tatanegara, Roslan SMS (yang bangga dengan backround UMNO beliau) dsbnya.
Mungkin mereka ini baru dalam PAS kerana tarbiyyah PAS yang saya ikuti semenjak 1980an lagi mengajar saya bahawa PAS bukan parti kebangsaan Melayu dan Kebangsaan Melayu itu diharamkan oleh Islam.
Islam tidak mengajar ketuanan Melayu dan islam tidak menyokong penindasan sesuatu kaum atas alasan ras dan kabilah serta warna kulit. Itu semua adalah amalan jahiliyyah arab pada masa dahulu.
Saya nampak seolah-olah kepimpinan PAS Selangor mahu membawa PAS Selangor kembali semula kepada amalan Jahiliyyah Arab, yakni Assabiyyah.
Ingatlah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Dawud :
- “Bukan dari golongan aku orang yang memperjuangkan kebangsaan, bukan dari golongan aku orang yang berperang kerana kebangsaan dan bukan dari golongan aku orang yang mati kerana kebangsaan”
Kalau tak Suka Pakatan Rakyat, Berenti Kerja
Kalau dah tak suka kepada Pakatan Rakyat, dinasihatkan supaya letak semua jawatan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Janganlah jadi macam Roslan SMS, buat konspirasi anti Pakatan Rakyat, tapi masih muka tak malu terus pegang jawatan dalam kerajaan tempatan Pakatan Rakyat.
Jadilah insan yang berprinsip dan berhemah serta bermaruah. Sikap tidak bermaruah ini hanya sikap UMNO.
Tulang Besi
14 comments:
Satu lagi artikel memburuk-burukkan PAS Selangor dalam agenda memecah-belahkan Pakatan Rakyat di Selangor malah memecah-belahkan sesama PAS sendiri..
Patutlah Raja Petra buat andaian BN akan ambil alih semula Selangor menjelang 2010.
Kerja-kerja orang macam ni lah yang semakin membenarkan kenyataan itu.
Tazkziah!
PAS merupakan pemerintah kerjaan Kelantan, dan sudah menjadi lumrah kerajaan yang memerintah itu pastinya juga akan menguruskan pasukan bolasepak negeri. lihat sahaja di Selangor dan Kedah malah P. Pinang ianya di uruskan oleh kerajaan negeri. Namun uniknya di Kelantan ini kerana pengurusan bolasepak Kelantan di uruskan oleh UMNO. Ya....UMNO telah menguruskan pasukan bolasepak Kelantan. http://www.papagomo.com/2009/11/terkini-kerajaan-perpaduan-antara-pas.html
bukan menjadi lumrah bai,
kalu negri laen peraturan kelab bola dorg tetapkan MB pgg jawatan tu, kt kelantan xde peraturan tu..
Sdr. Gomo, itu menunjukkan keadilan PAS. Bukn mcm UMNO, semua nak baham sendiri...
haluuuuuuuuuuuu
Woi GOMO mangkuk....
Start bila hang minat bola ni mangkuk woiii...Kalo tengok tubuh ko yang over gemuk hasil makan duit rasuah dan bekerja sebagai penjilat UMNOngok-Parti Tunggangan Syaitan ni, aku rasa ko silap la nak crita ttg bola...sepatutnya jenis keldai macam ko lebih sesuai bicara bab gincu, bedak sejuk, cara mencantikan wajah jer....
Critanyer begini....Si Nuar Musa Penyamun Tarbus x boleh dok diam. x habis duit PPRT yang dia bantai, dia nk pula bantai duit bola. Sbb urus bola ni boleh buat banyak duit...tu yg dia bersungguh2 nk tu...cuba suruh dia urus Tabung Serambi Mekah...aku rasa Nuar Musa Penyamun Tarbus akan trus kate ceh...silap org la bro!!!!!!
KHAK TUIH!!!!!
SEMINAR PAS HARI INI BAKAL MENJANJIKAN :
1. HAJI HADI LETAK JAWATAN
2. HASSAN ALI BALIK JADI KONDUKTOR SUMER CAMP ALA-ALA UMNO
3. NASHA BUKA MADRASAH AYOH PIN, KELAB PENYOKONG UMNO
4. TONTOTVI JAGA BERAK HAJI HADI
TAHNIAH AHLI-AHLI PAS DAH SEDAR SEKARANG
Apa jemaah pun..PAS ke ABIM ke JIM ke UMNO ke YADIM ke JAIS ke JAKIM ke...semuanya akan kucar kacir..kalau TAK PAKAI...DUA KASUT..KIRI dan KANAN..SYARIAT ZOHIR dan SYARIAT BATIN ( HATI )...TAK faham VISI dan MISI ISLAM..dengki mendengki...jatuh menjatuh..tamak jawatan dan kuasa...akan terus berlaku...SEBAB IBLIS dan SYAITAN boleh masuk ke dalam HATI manusia MUSLIM yang TAK FAHAM aktiviti dunia ini adalah UJIAN MELUPAKAN ALLAH termasuk POLITIK...kalau sambil buat batas sayuran...kita zikir ingat ALLAH dan RASUL, ia menjadi IBADAT...jika sebok berpolitik TAPI ingat ALLAH dan RASUL...insyAllah...PARTI selamat...pendeknya semua ORGANISASI SELAMAT...gerakkan segera SYARIAT BATIN...jangan asyik nak KATA SESAT SESAT SESAT...macam LIWAT LIWAT LIWAT...tak habis2...
Satu lagi blog yang ingin memecah belahkan pas. Inilah padahnya bergabung dengan parti yang tidak inginkan islam. Teruskan usaha menegakkan islam.
tp, ada pendedahan cerita malam mesyuarat khas pas haritu diblog baganutama. boleh tolong sahihkan?
Betul ke telahan Raja Petra?Kita tunggu dan lihat....
Gomo pun nak cari makan. Kalau tak posting, nanti gaji bulan November melepas!
- bakri anas
Salam,
Pendapat saya, politik Melayu sekarang keterlaluan hingga dah memecah belahkan bangsa, kafir-mengkafir, fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuh sesama bangsa dan agama. Yang seronok dan bertepuk tangan adalah musuh-musuh Islam yang berkeinginan sangat Islam jatuh. Sejak politik DSAI jatuh tahun 1997 hingga sekarang bumi Melayu ni tak habis berpolitik. Cuba lihat bangsa-bangsa lain di negara kita? Mereka dahulu yang ada sedikit hormat dengan bangsa Melayu dengan pembangunan yang di bawa pemimpin terdahulu sekarang dah pandai nak menuntut kesamarataan/keadilan, mencerca bangsa Melayu tanpa segan silu.....kerana mereka tahu melayu tak bersatu, dah berpecah kpd 3 parti politik.
Kalau dulu, Tun Mahathir menyuarakan orang Melayu perlu bangkit dengan industri automobil dengan membina kereta Proton. Orang Cina memandang sinis, “Lu Melayu mau bikin kereta? Jarum jahit baju pun mau kena import dr China”. Bila Proton Saga dilancarkan, “Tu kereta kalau u pakai sama duduk dalam tin milo/ovaltine”. Begitulah pandangan mereka terhadap Melayu.
Alaf ini pemimpin kita mahu kita membangunkan industri aeroangkasa sebagaimana negara lain seperti Brazil agar anak cucu kita berdaya saing serta berpengetahuan di dalam bidang aeroangkasa tetapi cuba buka laman ini dan nilai pandangan mereka http://mt.m2day.org/2008/content/view/13824/84/. Betapa tidak hormat mereka kepada bangsa Melayu yang menjadi tuan tanah sejak datuk nenek moyang mereka merempat untuk mencari rezeki lantaran negara asal mereka yang tidak aman. Yang hairannya Melayu juga seperti DSAI yang menyokong protes mereka. Lihat apa sumbangan besar mereka di negara ini:
1. Pengedaran dadah/candu sejak kedatangan besar-besaran mereka melombong bijih timah di Tanah Melayu hingga sekarang. Manakala anak-anak Melayu menjadi mangsa penagihan dadah.
2. Perjudian samada secara halal spt Genting, TOTO, 4 D, dll atau secara haram yang mendorong masyarakat Melayu utk berjudi, berhutang....
3. Pelacuran – industri yang dipelopori sejak zaman datuk, nenek moyang mereka antara lain untuk menyogok bangsa Melayu yang hilang maruah diri.
4. Cetak rompak – VCD, CD, DVD, jam, seluar, handphone.....u name it! Orang lain bersusah payah keluar modal, idea, penat/lelah menghasilkan produk/filem tetapi mereka tanpa belas kasihan menyapu semua keuntungan.
5. ‘Money laundry/Along’- menghalalkan duit-duit haram mereka melalui pinjaman, buka kedai-kedai karaoke, pub, pusat snooker walau tahu tak untung tetapi yang penting selepas perniagaan duit dah dibersihkan.
6. Kongsi gelap – melakukan semua aktiviti-aktiviti negetif di atas bagi menyara, menyokong ketua pergerakan mereka bukan sahaja di negara ini tetapi juga di pentas antarabangsa. Tidak hairan kalau US menyatakan mereka dapat menghapuskan Mafia tetapi gagal menghapuskan Chinese Triads. Untuk lebih pengetahuan sila rujuk The Triads oleh Martin Booth.
7. Barang RM2/Tak bermutu(TV/Motor/Handphone/...) – barang keluaran China sudah semestinya tidak bermutu, tetapi tetap disokong masyarakat Cina disini bagi membantu saudara mereka yang susah di negara asal mereka. Biar pun lambakan sampah barangan RM2/tak bermutu ini akan mencemarkan negara kita tetapi bantuan kepada kongsi mereka tetap diberi keutamaan.
8. Rasuah – sejak bila Melayu pandai rasuah? Bukan bangsa Cina yang ajar?
9. Komunis – Ramai anak melayu menderita dalam menentang gerakan komunis! Ramai anak menjadi yatim! Melayu terus menderita! Tetapi siapa yang bantu gerakan komunis di Malaya yang di bawa dari negara China semasa pemerintahan Mao Tze Tong? Sila baca The War of Running Dogs untuk keterangan lanjut. Tetapi sekarang DSAI nak terima Chin Peng?
Tuan2, jgn la kita bertegang urat, berkerat rotan...kita yang rugi sama ada agama mahu pun bangsa. Mari kita bersatu hati, bantu satu sama lain. Insyallah...
Balik2 hang duk cerita pasal bangsa,lepas tu hang nak burukan bangsa lain sebagai asbab kemungkaran yg berlaku keatas org islam di malaysia."Sepatutnya org islam kena fikir bagaimana seluruh umat islam dpt disatukan dan kehidupan suci murni nabi saw dpt diamalkan dlm kehidupan kita,agar org bukan islam akan terkesan melihat keindahan islam itu sendiri dan dpt datang pada islam.Segala permasaalahan dan penyakit org islam hari ini bermula,asbab lemahnya iman dan cinta dunia.Maka apa yg terjadi adalah,amalan Hassan dan Ali dengan Sammy dan Ah Chong dilihat sama saja oleh org bukan islam.Mereka melihat tidak ada bezanya diantara mereka dgn kita.Jadi apa perlunya mereka dtg pada islam.Jadi untuk memperbetulkan org islam itu sendiri,kita perlu kembali kepada pada basic,iaitu IMAN. Iman perlu dibentuk.Bagaimana caranya??Tuan2 boleh rujuk dengan guru2 dan ustaz2 yg mursyid(YG AMAL SUNNAH NABI SAW DALAM KEHIDUPAN MEREKA).Apabila org islam itu kuat IMANnya,maka dia akan takutkan ALLAH swt,dia akan pasti jaga SOLATnya yg 5waktu dgn cara yg NABI saw lakukan(SOLAT BERJEMAAH DIMANA DILAUNGKAN AZAN),dia takan berbohong,dia takan mencuri,dia akan amanah,dan bagi pemimpin pula,dia akan sentiasa fikir tentang orang2 yg di bawah pimpinannya,tentang masaalah mereka,pandangan mereka,pendapat mereka dan sebagainya.Kerana dia takut akan disoal oleh ALLAH swt diAkhirat kelak diatas kesilapan dan kesalah dirinya dan terhadap orang2 dibawah pimpinannya.Wallahu "Alam
AL-FATANI
SLOGAN BARU PAS...AKU REKA JEW.....
''PAS MENANG,1MALAYSIA SENANG''
DARI[ADA ANAK KETUA CAWANGAN PAS
Post a Comment