"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 23, 2009

Kemelut Kelantan Selesai. Task Force 2010 Menangis Tak Berlagu

Saya dah pernah tulis dalam blog saya ini bahawa Tok Guru Nik Aziz adalah manusia luar biasa. Beliau adalah benar-benar seorang pejuang Islam yang tidak membezakan antara keluarga dan sahabat andai apabila mahu melakukan yang benar.

Maklumat yang saya dapat adalah Ariffahmi adalah harapan terakhir Task Force 2010/UMNO untuk menjatuhkan Husam Musa dan Tok Guru Nik Aziz. Nama Ariffahmi disebut berulang-ulang kali sewaktu mesyuarat di Langgar bersama dengan 5 orang pegawai2 JPM sebelum kedatangan Najib Tun Razak ke Kelantan bulan Ogos yang lepas.

Selain dari berbincang bagaimana hendak memerangkap Tok Guru, mereka telah menamakan Ariffahmi sebagai faktor utama di dalam memastikan Husam Musa disingkirkan dari EXCO dan persada politik Kelantan sama sekali.

Tetapi nampaknya Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Perancangan mereka mahu memerangkap Tok Guru Nik Aziz untuk solat hajat di Stadium Bukit Jalil sempena menolak bala dari wabak selsema babi. Mereka mahu menangkap gambar Najib Tun Razak bersolat jemaah di belakang Tok Guru Nik Aziz dan gambar itu akan disebarkan bagi mengelirukan seluruh ahli dan penyokong PAS yang rata-rata menolak Kerajaan Perpaduan serta kerjasama dengan UMNO.

Pelawaan Najib itu mentah-mentah ditolak Tok Guru.

Selepas itu bermula fasa 2 perancangan Task Force 2010 yakni menyingkirkan Husam Musa dengan menggunakan Ariffahmi. Perancangan tersebut hampir berjaya sebenarnya atas sebab-sebab saya tak mau sebut.

Di dalam mesyuarat yang sama, diperingatkan bahawa Tok Guru tidak boleh dijatuhkan melainkan Husam Musa mesti dijatuhkan terlebih dahulu. Ditakuti Tok Guru akan menamakan Husam Musa sebagai pengganti beliau sekiranya Tok Guru berundur dahulu. Kunci kepada kejatuhan Husam Musa adalah Ariffahmi.

Biar saya nyatakan pada mulanya perancangan Task Force 2010 ini nampak seperti akan membuahkan hasil yang positif oleh mereka. Sehingga Mohammad Sayuti Omar pun mula memuji Tok Guru Nik Aziz dalam blog beliau.

Namun, Tok Guru adalah pemimpin yang telah membina serta menjaga PAS selama ini. Dan hubungan beliau dengan Allah SWT adalah amat rapat tidak seperti kita. Tok Guru Nik Aziz berjaya mendapat ilham yang sebenar ke atas tindakan yang sebaiknya yang perlu beliau ambil.

Apabila pada mula nasihat beliau pada Ariffahmi untuk letak jawatan tidak diendahkan, maka hari ini, nasihat Tok Guru itu rasmi dinyatakan pada media. Pada hari ini menunjukkan bahawa Tok Guru adalah pemimpin yang sejati kerana boleh ditegur dan boleh dibetulkan.

Ariffahmi wajib mengikut nasihat Tok Guru dan jangan cuba melibatkan pihak Istana dalam permasalahan ini. Cukup sampai di sini sahaja, wahai Arifahmi. Anggaplah ini satu tarbiyyah ke atas kamu.

Saya Tak Peduli Dia Menantu Ke, Anak Ke, Sepupu Ke, Itu Tidak Menjadi Isu

Apa saya peduli apa hubungan kekeluargaan Arifahmi dengan Tok Guru? Kalau Ariffahmi ni seorang CEO yang bijak dan mampu mentadbir dengan baik PMBK, saya akan beri 100% sokongan pada beliau.

Nabi Ismail tu ANAK kepada Nabi Ibrahim. Takda pun sapa2 persoal dari sudut nepotisma? Ini kerana walaupun Nabi Ismail anak kepada Nabi Ibrahim, tapi Nabi Ismail telah menunjukkan sifat2 serta watak2 yang setaraf dengan para Nabi2 dan Rasul2.

Jadi tak jadi soal samada berlaku nepotisma atau tidak.

Ariffahmi Tidak Sedar Beliau Jadi Alat Task Force 2010

Itu yang kelakarnya. Walaupun nama Ariffahmi disebut berulang kali dalam mesyuarat di Langgar tempohari bersama 5 wakil JPM, namun Ariffahmi sendiri tidak hadzir dan tidak mengetahui pun yang beliau adalah sebahagian dari konspirasi menjatuhkan Husam Musa.

Apa yang beliau tahu adalah demi survival beliau, Husam Musa mesti dihapuskan. Itu sahaja.

Terdapat beberapa watak dalam PAS Kelantan yang sanggup melacurkan diri mereka demi kepentingan duniawi. Mereka sanggup menjadi budak suruhan UMNO demi mencapai cita-cita jahat mereka yakni meletakkan orang mereka dalam kerusi MB.

Mereka tidak sedar yang tindakan mereka hanya akan menyebabkan Kerajaan Negeri itu sendiri terlepas kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sifat ketamakan dan haloba telah menyelimuti pemimpin2 PAS Kelantan ini menjadikan mereka hilang kewarasan dan kebolehan berfikir dengan baik. Mereka sudah tidak dapat membezakan lagi antara yang mana kawan dan yang mana lawan.

Yang penting, Husam Musa mesti dihapuskan kerana berapa banyak kontrak balak dan projek di Kelantan yang Husam halang dari jatuh kepada kroni2 mereka.

Itu sahaja.

Sekurang-kurangnya kita tak boleh kata Ariffahmi ini pembelot kepada perjuangan Islam bermakna ada masa untuk beliau bertaubat.

Allah SWT Telah Menurunkan BantuanNya dan Menggagalkan Perancangan UMNO, Task Force 2010 dan Najib Tun Razak

Hasan Ali dipertahankan kerana portfolio EXCO Hasan Ali akan digunakan untuk memberi projek2 kepada beberapa pimpinan PAS yang dilihat dapat dibeli sesuai dengan perancangan mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor pada 2010.

Sekarang ini pun sudah berjalan dengan rancak pembelian pimpinan2 PAS dengan pemberian projek dan kontrak. Dan pembelian itu akan berterusan sehinggalah cita-cita mereka tercapai, yakni mengadakan kerjasama formal antara PAS dengan UMNO( bukan ahli2 PAS masuk UMNO).

Tapi Allah SWT Maha kaya. Allah SWT tidak rela PAS ditunggang seperti kuda oleh beberapa kerat pemimpin PAS yang telah buta mata dan buta hati dengan kesenangan dunia dan pangkat serta darjat.

Allah SWT telah menggagalkan perancangan mereka di Kelantan dan insya-Allah selepas ini di Selangor, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Insya-Alah Allah SWT tidak akan mempersia-siakan doa orang2 yang ikhlas dalam PAS supaya PAS tidak menyimpang dari jalan yang sebenar.

Nasihat kepada Blogger2 yang Terlebih Memaki Husam

Wahai Aduka Taruna, Manjung Mari dan seangkatan dengan kamu. Anggaplah ini satu pengajaran bagi kamu. Sebelum nak maki Husam Musa, dapatkan maklumat dari dua belah pihak dahulu.

Jangan asyik bergantung maklumat pada satu sumber sahaja. Kan ke sekarang korang dah mempunyai kemaluan yang besar?

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

12 comments:

Anonymous said...

wow

bersemangat sungguh tulang bruk ni pertahankan husam

sampai terlondeh kainnya sendiri hhee

kayukelat said...

alamak weh mesti say no to munafik mengamuk le nanti, kencing jadi tak lawas, berani kau TB membela Huse Muso, kau mana tau, Pemburukepala opp silap pemburu syahid dpt maklumat direct dari TGNA lah siap makan nasik kukus lagi, ada bukti bergambar, kau cakap boleh le TB mana ada bukti

Anonymous said...

kau tau tulang

yg nasihatkan tok guru sape? hadi awang n harun din

salahudin ngan hatta ramli just tmankan je

org yang kau burukkan sgt sebagai boneka umno itulah yang datang membantu tok guru menyelamatkan kerajaan kelantan

so lain kali jgn busuk hati sgt tuduh2 pemimpin dgn bermacam fakta palsu. mentang2 hai awang tak saman kau, so besar la kepalaa otak kau tu

artikel kau ni aku baca. percaya? tgk lah dulu..

Anonymous said...

cakap ngan haji hadi tu... jangan lupa nasihatkan mustopa ali, haron toyyib, nasa, ngan asan ali tu sekali...

takkan tokak kat kaki snirik tak nak ubat, sibuk nak ubatkan orang lain...

wirautama said...

pirah kau tulang besi.. sama je kau dgn yg lain.. kenapa kau ingat sekarang org percaya kan kau lagi ke.. pi ah mabuk..

Anak Lenggong said...

"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.

Anonymous said...

da kene desak baru then rahsia terbongkar baru nk suh Ariffahmi berundur...hello brother tu sume politik org sudah boleh baca la.....lu punye semngat pertahankan husam apahal?gua tau la lu amik upah dari die.....dasar pencacai

Tulang Besi said...

Anak Lenggong said...

"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.
.

Pasal Najib lulus 10 lesen judi baru takda pulak dia komen ye?

Anyways, kalau tak setuju, saya cabar pengasas pondok Geting dakwa Tok guru Nik Aziz di Mahkamah Syariah Kelate.

Cakap je tak guna. Biar ada tindakan

Anak Bugis said...

Disitulah kehebatan TGNA, semua org baik kawan dan lawan hormat pada ketokohannya.
Pada mereka yang menghina dengan tohmahan, renungkan lah balik diri sendiri, kalau ada 100 org memuji ketokohan anda itu dah bagus, tapi TGNA bukan setakat 100, jadi firirkan lah sapa anda sebelum membenci TGNA

Anonymous said...

fikir dulu sebelum keluarkan kata2..nnt buruk padahnya..ayuh tulang besi, jgn putus asa n putus semangat menegakkan kebenaran..perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis..(org UMNO)..

Anonymous said...

hahhaha tuleng,..

ko pandai nasihat blogger lain,. sapo nk cuci hati ko yg hite lege tu??

bukan kah ko yg buruk sangka pada TGHH dll??

tule,..tele

torres2376 said...

bodoh punye pencacai umno pentingkan harta dunia.mulia lagi pencacai angkat taik dari pencacai beer end..khaaaakkkk ptuihhh.