"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 26, 2009

Menjelaskan Sejarah Perpecahan PAS Pasca 2008: Penubuhan Kerajaan, Pakatan Rakyat, Muzakarah, Muktamar2, Kerajaan Perpaduan dan Hasan Ali

Sejarah perpecahan PAS pasca 2008 dipecahkan kepada beberapa fasa. Fasa-fasa itu adalah :
  1. Selepas kemenangan 2008.
  2. Muzakarah dan Perjumpaan Dalam Gelap.
  3. Kerajaan Perpaduan.
  4. Sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
FASA SEJURUS KEMENANGAN 2008

Pada waktu ini bibit2 perpecahan telah mula berlaku. Ikuti kenyataan Ustaz Ahmad Awang di bawah yang mengesahkan berlaku konspirasi di kalangan beberapa kepimpinan PAS Pusat yang mahukan kerajaan campuran UMNO-PAS berlaku di Perak dan Selangor :
Dari maklumat yang saya kumpul dari beberapa sumber yang berotoriti dalam PAS, panggilan telefon tersebut telah datang dari Dato’ Harun Din sendiri.

Di Selangor, Hasan Ali telah sampai ke peringkat terakhir perbincangan beliau dengan UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS namun dihalang oleh Dato Kamaruddin Jaafar kerana tindakan Dato Hasan Ali bertentangan dengan keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat. Hasan Ali sehingga ke tahap sudah tidak mahu bercakap lagi dengan Dato Kamaruddin Jaafar di telefon ekoran marahnya beliau kerana hasrat beliau dihalang oleh mantan SU Agung PAS itu.

Punya kemaruk nak jadi MB, sampai Roslan SMS sanggup menyorok watikah perlantikan yang sepatutnya diserah kepada Sultan Selangor dari Presiden PAS. Watikah perlantikan itu adalah atas permintaan Tuanku sebelum Tan Sri Khalid dilantik sebagai MB sehingga menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perlantikan Tan Sri Khalid.

Fasa Muzakarah dan Perjumpaan Dalam Gelap


Ustaz Nasaruddin mendedahkan kepada kita bagaimana bermulanya Muzakarah dan perbincangan dalam gelap dengan UMNO :
Baca di sini juga : Baru Sebulan Memerintah, Sudah Mahu Berbincang Dengan UMNO?

Secara mudahnya satu kertas kerja disediakan dan dibentangkan oleh Dato Harun Din yang mahukan PAS bermuzakarah dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat. Ertinya, Dato Harun Din dan sekutu-sekutunya (yang dipanggil Fraksi UMNO) menyokong perbincangan dalam gelap (juga dipanggil Muzakarah) di belakang Pakatan Rakyat.

Kertas kerja tersebut hanya dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja sehingga Mursyidul Am pun tak pernah tengok kertas kerja tersebut. Tapi, ianya digunakan sebagai justifikasi untuk berbincang dalam gelap dengan UMNO. Antara perkara yang dibincangkan dalam gelap adalah menaikkan kerusi Melayu di Parlimen kepada 75%. Nampak sangat puak2 “perpaduang” ini paranoid.

Terdapat juga usaha melobi para pemuda SEBELUM pendedahan yang dilakukan oleh Pak Lah tentang perbincangan2 dalam gelap seperti yang saya dedah di sini :
Mursyidul Am menentang segala usaha Muzakarah dengan UMNO dan satu mesyuarat Khas Majlis Syura diadakan di Kota Baru. Keputusannya adalah Muzakarah ditolak, yang diizinkan hanya Muqabalah.

Maksud Muqabalah pula adalah :
FASA KERAJAAN PERPADUAN

Kerajaan Perpaduan adalah lanjutan dari usaha Muzakarah yang telah dibunuh oleh Tok Guru satu masa dahulu. Pengakuan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dirujuk :
Jelas, selepas usaha Muzakarah digagalkan oleh Tok Guru, mereka merubah sanggul dan menamakan ia dengan nama baru yakni Kerajaan Perpaduan.

Bererti semenjak PRU 2008 sehingga sekarang, usaha membawa PAS rapat dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat berjalan terus dan terus.

Setelah dua keputusan muktamar yang menegaskan PAS akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat, usaha rapat kepada UMNO terus berjalan berlawaan dengan keputusan Muktamar PAS Pusat.

Fasa Sabotaj Pakatan Rakyat


Ini bukan sebenarnya fasa tapi perkara yang berlaku sepanjang masa. Mari saya senaraikan beberapa tindakan sabotaj yang jelas :
  1. Membuat keputusan bercakap dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat, yakni dalam gelap.
  2. Menyebarkan fitnah berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor iaitu Teresa haling azan, orang Melayu dalam PBT hanya 30%, SELCAT tindas pegawai2 kerajaan, projek International Zone adalah projek tajaan kerajaan negeri, Furniture City tak beri peluang pada Orang melayu dan banyak lagi.
  3. Menyerang kerajaan Selangor dalam banyak isu i.e. Isu Arak, isu SELCAT, Isu Elizabeth Wong, Isu perlantikan Madam Low. Ini jelas usaha yang menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional.
  4. Idea Kerajaan Perpaduan yang jelas menampakkan PAS tidak yakin dengan Pakatan Rakyat.
  5. Menyokong puak2 UMNO dalam isu kepala lembu dan kuil Seksyen 23.
  6. Mengadakan isu setiap kali ada pilihanraya kecil
Dan banyakkkkkkk lagi bukti yang boleh saya bawakan tapi nanti saya dedah. Tapi pembaca semua telah maklum. Benda benda yang sudah terang lagi bersuluh.

Yang lebih menyedihkan, puak2 ini semuanya jenis telunjuk lurus kelingking berkait. Depan orang boleh berpeluk bergelak dengan Ronnie Liu dan Elizabeth Wong, tapi kat belakang sebar fitnah dan kata nista pada DAP dan PKR.

Depan ahli semua menyanyi mereka penyokong Pakatan Rakyat, pembawa panji Pakatan Rakyat. Tapi kat belakang, sebar fitnah pasal Pakatan Rakyat. Satu contoh kecil boleh dibaca di sini.

Dengan kata lain, puak2 ni orang Terengganu panggil "basee plawok" (bangsa penipu). Jangan percaya satu benda pun puak-puak ni cakap. Semuanya penipu dan pendusta. Bangsa Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Tiada akhlak Islamiyah langsung dengan puak2 ni.

Tu sebab diorang round satu Malaya untuk cerita pasal "wala'" (ketaatan). Diorang nak ahli2 PAS terus taat pada mereka walaupun mereka ni penipu.

PENUTUP

Selagi usaha berterusan untuk membawa PAS kepada UMNO ini tidak dihentikan, maka PAS akan terus berpecah dan bersengketa.

Tokoh2 yang dinamakan Tok Guru mesti dibuang dan dibersikan dari PAS demi menjamin kesatuan dan kesepaduan PAS serta kesinambungan perjuangan Islam.

Ikutilah arah dan hala tuju Tok Guru Nik Aziz dan saya jamin PAS akan aman tenteram kembali. PAS perlu membersihkan diri mereka dari elemen2 Kerajaang Perpaduang ini dengan kadar segera dan ianya mesti bermula dari Pusat sampailah ke peringkat Pemuda Cawangan.

Tulang Besi

33 comments:

Editor said...

Artikel ini adalah suatu konspirasi yg lebih hebat untuk memecah-belahkan PAS. Jika kenyataan ini benar, TGNA pasti sudah bertindak kerana beliau adalah seorang yang tegas dan cepat untuk menangani isu-isu dalaman parti yang boleh membawa perpecahan. Begitu juga dengan pimpinan-pimpinan yang lain.

Saya akan cuba menghubungi nama-nama disebut di sini untuk dapatkan pengesahan sekiranya ada mengeluarkan kenyataan seperti bertulis.

Jika mereka menafikan, maka bersedialah TB untuk disaman lagi..!

Anonymous said...

Salam perjuangan
Ana besyukur kerana Allah s.w.t menangguhkan kemenangan kepada Islam kerana ia mungkin menjadi fitnah yang lebih besar jika Islam menang dalam keadaan seperti sekarang. Sahabat ana salah seorang dlm dewan harian Selangor seolah2 sanggup me-Wahabi-kan TGNA dan menuduh YB Shaari Sungib & YB Khalid Samad sebagai 'jemaah dlm jemaah' selepas mendengar penjelasan dr Dr Hasan Ali.

Bagi ana mudah, sekiranya kita dianggap sebagai 'penyokong komunis' atau 'penyokong Islam Liberal' jika bersama PR, kita jangan lupa, kita juga akan dianggap sebagai 'penyokong penguasa yang zalim' sekiranya kita bersama BN.

Jika benar Islam tertindas sekiranya PR berkuasa dan Islam juga ternyata tertindas selama BN berkuasa, eloklah PAS bersendirian. Ana sanggup melihat PAS menjadi pembangkang sepanjang zaman kerana sekurang2nya kita mampu mengadap Allah s.w.t. dgn berkata 'kami telah berkata benar di hadapan penguasa yg zalim'. Wallahua'lam

Anonymous said...

Geng UG mmg munafik. Bila bersama PR, mulut manis tapi belakang siap comolt ngan umno. Merosakkan nama baik Islam je. Ini ke sifat seorang pemimpin Islam?. Aku tak tau kenapa mesti wala membabi buta...di beri akal utk berfikir tapi guna kepala lembu sebagai bahan rujukan...apa bezanya dgn org UMNO, setia membabi buta walau pun pemimpin mereka jelas korup, skandal2 yg memualkan namun ahli mereka tetap menyokong.... celaka la ko puak UG

Anonymous said...

Saya tidak sangka dalam pas pun ada yang berperangai lebih dari umno dari umno.Saya rasa hilang hormat dengan orangmacam Dr Hassan Ali ni.Cakap lain buat lain macam Abdullah bin Ubai. Sukar untuk dimaafkan.

Anak Bugis said...

Pendedahan demi pendedahan yang di buat seharusnya tidak bermotifkan serangan peribadi, memang di akui ada masalah dlm PAS Selangor tetapi dari kita terus menuding kepada si polan itu dan ini, memudahkan pada pihak lawan untuk menggunakan pendedahan ini dalam PRU atau jika ada PRK di Selangor untuk dijadikan senjata mereka.

Anonymous said...

Editor...?,
Walau pun aku bertopengkan "anonymous" tapi aku amat peka terhadap kejadian dalam kerajaan Negeri Selangor kerana aku telah memberi undi kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri.

Aku sokong kau... "bahawa kau akan cuba menghubungi nama-nama disebut di sini untuk dapatkan pengesahan.... Jika mereka menafikan, maka bersedialah TB untuk disaman lagi..!"

Aku nak bertanya pada kau.. sekiranya apa yang diperkatakan oleh si tulang besi ini adalah benar... apa pula tindakan kau...? Apakah kau akan memberi apa-apa imbuhan pada dia kerana dia telah berlaku jujur terhadap penulisannya..?

Kau mesti tunjuk bukti sebagai jantan yang bertelur. Jangan cakap seperti guruh dilangit tapi hujan tak jadi. Gaya macam jantan tapi realitynya kau sebenarnya pondan nanti jubur kau pulak yang aku balon.

Anonymous said...

Elok PAS join kerajaan perpaduan. Sekurang2nya org Melayu bersatu, tidak mudah dipermainkan bangsa lain. Bila org Melayu bersatu, ekonomi kita kukuh, bangsa lain kene akur, kalo nak dilaksanakan undang2 syariah pun mereka tidak boleh bantah kerana kita berkuasa kerana majoriti rakyat Malaysia adalah org Islam.

Sedih melihatkan keadaan skrg. Org Melayu terpecah dua. Knapa perlu sy memihak kepada UMNO ataupun PAS?? sedangkan dua2 adalah sama.. Kesemuanya adalah Org Islam dan Melayu.

Elok PAS bersendirian tanpa menyertai PR dibwh DSAI yg bermatlamatkan perjuangan individu shj. Bg sy bersekongkol dgn DAP adlh tidak boleh diterima langsung kerana mereka terang2 tidak mahu pembangunan bersama Islam ditegakkan. PAS harus sedar perbalahannya dgn UMNO hanya merugikan org Melayu dan Islam itu sendiri.

Janganla berbalah sesama muslimin sendiri. Renung2kanlah, Jika seorg ahli DAP itu mati, rakan2 dari PAS boleh bersama memberi penghormatan terakhir kepada si mati(spt nizar yg dok smyg lilin kat TBH tu..) Tetapi sekiranya jika sorg ahli PAS itu meninggal, adakah sahabatnya dr DAP boleh menyempurnakan solat jenazah kepadanya? Yg boleh bersama menyempurnakan solat jenazah tu pun org UMNO jugalah.. Merekalah sahabat kita yg seagama ngn kita. Oleh itu eloklah dihentikan perbalahan ini.

wslm..

Anonymous said...

org umnongok pandai ke solat jenazah?..
dok dlm umno pun bukan diorang nak laksanakan hudud anon 11:22 ngok!!..melayu nak bersatu apa kebendanya ngok kalu royalti kat negeri aku pun diorg tkr wang ehsan,pastu bg kat jpp..jpp sapa yg kontrol ngok?.umno la ngok..demo tuh makan puak2 dia jer..rakyat bleh sisa jer..paham ker anon 11:22 ngok?.

Agus MH Chang said...

"Depan orang boleh berpeluk bergelak dengan Ronnie Liu dan Elizabeth Wong, tapi kat belakang sebar fitnah dan kata nista pada DAP dan PKR."

Memang betul....!!! dah terang bersuluh lagi....!!!

Nie yang nyata cara Hassan Ali dan gengnya berpura-pura....berdosa tu..

Anak Bugis said...

anon 1122.
Orang melayu berhak untuk diberi option yang lebih baik dari Umno, fakta sejarah mesti dibetulkan sejak kecil kita diberi gambaran bahawa umno itu melayu dan orang melayu mesti menyokong umno..tapi hakikatnya umno gagal kerana kelemahan kepimpinan parti itu, zaman sekarang orang melayu perlu diberikan pilihan agar pemimpin melayu yang dipilih dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik, kerana itu kita perlu ada parti selain dari umno..

thatguy said...

nak buat macam mana....melayu mudah lupa!!

joostspring said...

anom 11.32


skrg ni pas nak buat hudud lg ke???

dlm 2,3 thn ni xde pun isu pasal hudud...ke isu hudud ni kena dimainkan ikut musim????

Anonymous said...

joostspring lidah dan tangan yahudi kat malaysia. walaupun x de cerita pasal hudud dari pas tp pas x pulak meluluskan lesen judi mcm bapak tiri ko tu. najib bapak freemason.joostspring buduh dan bengap...otak tahap taik babi..

Anonymous said...

joostspring dtg lg utk menonjolkan tahap kebodohan penyokong umno tegar.

Anonymous said...

Sebab tu lah aku dari dulu sampai sekarang tak pernah sokong PAS,sebab PAS bukan-lah JEMAAH untuk umat ISLAM amnya.PAS hanya sebuah PARTI POLITIK yg mana diwakili oleh individu2 yg mengunakan agama untuk kepentingan POLITIK mereka dan ada segelintir ulamak-nya yg mengeluarkan FATWA atau AMANAT yg boleh mengelirukan umat ISLAM amnya.Target ataupun misi mereka hanya lah untuk mendapatkan pemerintahan dgn alasan syiar ISLAM dapat disebarkan jika mereka dpt memerintah.Kenapa hanya dgn cara pemerintahan saja dakwah dan syiar ISLAM disebarkan?kenapa tidak dari sekarang sebarkan DAKWAH islam dgn tunjukkan akhlak yg baik pada org islam dan bukan islam?Tapi ini tidak berlaku.Apa yg terjadi adalah,apabila mereka baru saja mendapat sedikit kuasa dan jawatan,mereka telah tunjukkan warna mereka yg sebenar.Iaitu dgn berbalah sesama mereka disebabkan jawatan dan kuasa.Sebagai contoh di Selangor,walaupun berada di pihak minoriti,tetapi mereka berlagak seolah-olah mereka lah yg majoriti dan mereka lah yg paling berpengaruh. Kesimpulannya,PAS hanya sebuah parti POLITIK dan bukan satu jemaah yg wajib umat ISLAM ikuti dan sokongi.WALLAHU `ALAM

Anonymous said...

TGNA ada mengucapkan bahawa umno mesti mengubah dasar ataupun bubar umno dan pas kemudian buka parti baru. kenapa benda ni x diambil peduli. kenapa masih mengatakan TGNA x nak org islam melayu bersatu? sebabnya x ade pemimpin islam dari umno atau PAS selain TGNA yg sanggup letak jawatan dan berlapang dada bila x diberi jawatan dlm parti baru ni.

Anonymous said...

Dengan izin Allah Agama ISLAM pasti akan menang..Tapi bukan PARTI politik yg guna nama ISLAM.Jangan silap tau...

Anonymous said...

AKu nak tanya hang nasha dan hassan. Betoi ka hangpa berjuang kerana nak tegakkan syiar ISLAM??kalau betoi ikhlas buat kerana agama Lillahi Ta``ala,hangpa kena lah letak jawatan..sebab hang Nasha,dgn kwn hang si Hassan mat ali dan puak2 hang ni..menjadi asbab org bukan islam makin jauh dari ISLAM.Ni bukan benda main2 lagi..bukan mainan politik lagi..ini dah jadi bab penghalang org dari dekati agama ISLAM.Jadi kalau hang hassan ali dgn kwn hang nasha dan puak2 juak hang takmau juga letak jawatan,Aku mengesyorkan agar sesuatu dapat dilakukan oleh pihak PAS untuk melucutkan mereka2 ini dari jawatan mereka demi kepentingan agama.

Anonymous said...

anon 2.50pm kalu nk sebarkan islam tanpa ade kuasa (negara) knapa wujudnya negara islam madinah iaitu negara islam yg pertama sekali?

Anonymous said...

1)ADAKAH MEREKA YANG TERLIBAT DGN UG AKAN LETAK JAWATAN??
Jawapannya, sudah tentu tidak.Sebab dgn terbentuknya UG yg diusahakan oleh TASK FORCE 2010,maka mereka akan mendapat jaminan jawatan,kuasa,pengaruh dan habuan dunia yg seangkatan dgnnya.

2)BUKANKAH MEREKA ITU BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN ISLAM??
Jawapannya, itu sama sekali tidak benar.Mereka mengunakan nama ISLAM demi kepentingan POLITIK mereka untuk mendapat jawatan,kuasa,pengaruh dan habuan dunia.

Kesimpulannya,PAS perlu lakukan sesuatu dengan segera jika mahu parti ini relevan kepada pengundi2 yg dtg setelah era reformasi bermula.Jika keadaan sekarang berterusan,maka pas akan kehilangan sokongan dan yg lebih buruk lagi,pas akan jadi fitnah yg besar yg boleh menyebabkan orang bukan islam memandang serong terhadap islam,dan anak2 muda akan menjadi fobia dgn islam,disebabkan akhlak buruk yg di amalkan oleh sesetengah individu2 dan pemimpin2 dikalangan pas.Jesteru dari itu,adalah amat perlu tindakan segera diambil terhadap individu2 dan pemimpin2 yg berkenaan.Atau lebih baik PAS buang saja perkataan ISLAM dari parti mereka untuk megelakan agama ISLAM itu sendiri dari menjadi FITNAH asbab akhlak buruk individu2 dan pemimpin2 berkenaan.Wallahu `Alam

ANONYMOUS

joostspring said...

pandai beruk2 mat yeh pas cakap pasal agama....

tp time hasan ali lwn ronnie liu pasal isu arak xde sapa2 pun nak tolong dia....

ke arak tu halal dah sbb dap join pas!!!!!

Anonymous said...

Kalau agama tersebar dgn cara pemenrintahan..dari mula lagi Nabi saw cuba dapatkan pemerintahan dan kemudian baru sebar agama....Allah swt tak suruh Nabi Musa dapatkan pemerintahan dari firaun laknatullah,tapi Allah swt perintahkan Nabi Musa untuk dakwah firaun.Allah swt tak perintah kan Nabi Musa a.s ketuk kepala firaun dgn tongkat,tapi Allah swt suruh Nabi Musa a.s lemparkan tongkat beliau.Kesimpulannya,agama bukan boleh kita amal ikut akai,dan politik yg kita duk amal sekarang ni...adalah ciptaan yahudi..jadi macamana kita kata kita nak sebar syiar islam sedangkan cara yg kita guna pakai adalah ciptaan yahudi dan bukan cara Nabi saw?

Akibat guna pakai cara yahudi ni lah yg jadi pecah belah habis kita,sampai aib-mengaib,caci-maki,kafir-mengkafir sesama islam

Nabi s.a.w bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ مِنْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا ...

Maksudnya:
“Barangsiapa hidup selepas dari ku maka pastinya dia akan melihat perselisihan yang banyak … ”.
(Riwayat Abu Daud)


إِنَّ أُمَّتِي لا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلالَةٍ ، فَإِذَا رَأَيْتُمُ الإِخْتِلَافَ فَعَلَيْكُمْ بِسَوَادِ الأَعْظَمِ.
“Sesunguhnya (ulama’) umatku tidak akan bersepakat dalam kesesatan, dan sekiranya kamu melihat perselisihan hendaklah kamu berpegang dengan al-Sawad al-A’zham (Majoriti para ulama’).”

Anonymous said...

PUKIMAK HANG JOOSTSPRING!!!AKU BALUN PUNGGKOK HANG BARU HANG ADA AKAI!!!MANGKAQ PUNYA BARUA!!AKAI ADA KA???

Anonymous said...

Kalau lah ada 50% dari pemimpin PAS mcm Tuan Guru Nik Aziz..Dah tentu aku sokong PAS.Tapi setakat yg aku tau dan ikuti perkembangan PAS,tak jumpa lagi lah dan nampak gaya mcm takde jer penganti TGNA.

joostspring said...

pencacai pas dah panas bontot!!!!!

lbh dr separuh ulama pas bersetuju dgn UG tuk satukan umat islam...yg xsetuju aku rase nik ajis sekor je..sbb hati pedal dia tu busuk sgt2!!!!

so lu fikir la sendri pencacai2 pas totok nik ajis berkenaan sabda nabi yg anom 3.50 tu post..


lain la kl nik ajis rasa dia lbh maksum dr nabi..sbb tu pdi2 sesuaikan hukum hakam tuk kegunaan dri sendri!!!!!

Anonymous said...

Orang islam yang khianat dalam perjuangan boleh di hukum bunuh. Oleh itu marilah kita membunuh melalui undi rakyat, hassan ali, nasha dan hadi kafir sebab mengkhiaanti undi rakyat yang benci umno kafir dan celaka tu.
Kalau dia orang semua ni dah pandai sangat dalam islam kenapa mahu bersekongkol dengan umno yang kafir tu melainkan mereka juga macam kafir harbi dari sifat dan perangai mereka tunjukkan pada rakyat.

Anonymous said...

Orang yg rosak iman,solat pun takbetul lagi,tak sokong parti yg kau kata parti islam(SEDANGKAN ISLAM BUKAN PARTI)lepas tu kau terus nak bunuh jer..hmm..senangnya islam jenis ni..

Anonymous said...

1)ADAKAH MEREKA YANG TERLIBAT DGN UG AKAN LETAK JAWATAN??
Jawapannya, sudah tentu tidak.Sebab dgn terbentuknya UG yg diusahakan oleh TASK FORCE 2010,maka mereka akan mendapat jaminan jawatan,kuasa,pengaruh dan habuan dunia yg seangkatan dgnnya.

2)BUKANKAH MEREKA ITU BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN ISLAM??
Jawapannya, itu sama sekali tidak benar.Mereka mengunakan nama ISLAM demi kepentingan POLITIK mereka untuk mendapat jawatan,kuasa,pengaruh dan habuan dunia.

Kesimpulannya,PAS perlu lakukan sesuatu dengan segera jika mahu parti ini relevan kepada pengundi2 yg dtg setelah era reformasi bermula.Jika keadaan sekarang berterusan,maka pas akan kehilangan sokongan dan yg lebih buruk lagi,pas akan jadi fitnah yg besar yg boleh menyebabkan orang bukan islam memandang serong terhadap islam,dan anak2 muda akan menjadi fobia dgn islam,disebabkan akhlak buruk yg di amalkan oleh sesetengah individu2 dan pemimpin2 dikalangan pas.Jesteru dari itu,adalah amat perlu tindakan segera diambil terhadap individu2 dan pemimpin2 yg berkenaan.Atau lebih baik PAS buang saja perkataan ISLAM dari parti mereka untuk megelakan agama ISLAM itu sendiri dari menjadi FITNAH asbab akhlak buruk individu2 dan pemimpin2 berkenaan.Wallahu `Alam

ANONYMOUS

Anonymous said...

Anon 3.24<-- Aku nak tanya ko ni..Nabi saw asal dari Madinah ker???

Anonymous said...

ANON 8.10:<---Lebih baik hang bertaubat cepat2...suka2 hang jer nak kafirkan orang...Bahaya tahap maksima tu..jgn main2 bab ni...Silap gaya bangun di masyar nanti benda yg hang cakap tu patah balik kat hang..Sebagai saudara MUSLIMIN,aku minta hang taubat cepat2...sebelum terlambat..Wallahu `Alam

Anonymous said...

Anon 8.10 jgn ambil tugas Allah swt,kafir atau tak seseorang tu bukan dalam ketentuan hang..Perkara tu ketentuan dan dalam pengetahuan allah swt.Kita sendiri pun kita tau apa nasib kita diakhirat kelak.Sedangkan Saidina Abu Bakar r.a sendiri pun kata adalah lebih baik jika aku jadi lalang yg dimakan oleh binatang tamat riwayat,pasal takut nak berhadapan dgn Allah swt di akhirat kelak.Sapa lah kita ini kalau nak dibandingkan dgn Beliau?Jadi jgn kita angkuh dan confident sangat yg kita akan bangun diakhirat kelak sebagai org yg benar2 beriman dgn Allah swt.Dalam masa yg sama marilah kita berdoa dan berusaha untuk kearah itu dgn mentaati segala perintah Allah swt dgn cara yg ditunjukan oleh Kekasih Allah swt,iaitu Nabi saw dan mari lah kita meninggalkan segala larangan Allah swt.Apabila umat ISLAM saling caci mencaci sesama mereka,maka Allah swt tidak akan pandang mereka lagi.Wallahu `Alam

Anonymous said...

untuk pemimpin, ahli, penyokong dan pengundi pas (termasuk aku)......

bersedialah kita untuk berubah demi perjuangan parti. kita perlu bertindak sekarang sebelum semua angan-angan UG menjadi kenyataan.

sekarang telah mula serangan keatas husam & TGNA (org yg menentang UG) secara terang...masalah dalaman parti sudah tidak boleh dikawal..

wahai pemimpin pas, jangan hanya tgk dan membatu sahaja membiarkan keadaan menjadi melarat..buatlah tindakan tegas, buang yg busuk & bernanah yang akan merosakkan parti..jangan hanya menjaga periuk nasi sendiri..tak guna dilantik jadi pemimpin rakyat....

kalau UG menjadi kenyataan..ramai dr kita akan tetap berjuang dalam PR....yg terlibat dgn UG adalah pengkianat rakyat...tak guna rakyat menyokong masa pilihan raya dulu...rakyat tak pernah mintak pun kerajaan perpaduan PAS-BN

Anonymous said...

TG Harun Din...saya pernah dengar kaset Tuan Guru berkenaan mimpi Tn Guru jumpa Rasulullah...dlm mimpi bertemu Baginda...di hadapan khemah Rasulullah...sblm Tn Guru dapat lihat susuk tubuh dan wajah Rasulullah Tn Guru ckp Tn Guru lihat capal Rasulullah yg sgt lusuh...ketika itu terdetik dlm hati Tn Guru menyatakan yg capal Rasulullah itu lebih baik drp Tn. Guru....dan bila Rasulullah muncul ...Baginda menyatakan pd Tn.Guru..."wa anta"(dan itu lah kamu)...yaa apa yg Tn Guru buat pasal UG ni...mungkin itulah maksud mimpi itu....